Quantcast
Channel: Cerita Kak Z
Viewing all 450 articles
Browse latest View live

Avocado Panggang dan Salad Scallop.. sesuai untuk diet

$
0
0





Resepi ini sesuai untuk mereka yang berdiet. Semua bahan yang ada dalam resepi ini sangat berkhasiat. Klaori yang rendah protien yang tinggi. Kalau anda beratkin mungkin ini pilihan korang. Ini juga merupakan Signature Dish. Anda boleh mencuba Resepi Chef Mozart Muhammad ini dengan mudah    


Resepi: Chef Mozart Muhammad
Lokasi: Ramada Plaza Melaka
Hidangkan: 4pax                    
Bahan untuk Perapan:

1 biji oren  untuk jus Juiced
2 ml jus  limau nipis
1 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang
3/4 cawan minyak zaitun
Secubit garam laut dan tanah yang baru lada hitam

Scallop

12 kapis laut besar
minyak zaitun extra-virgin

Avokado berkaremal :

Sedikit minyak zaitun
2 biji avokado di buang biji dan kulit potong 4
2 sudu besar gula
Sedikit garan
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

salad:

6 cawan“ baby lettuces“
1 biji limau gedang merah, di buang kulit dan potong dadu

Cara-cara:-

Bahan Perapan :

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk sederhana dan gaul rata.
  2. ketepikan 1/4 cawan perapan di dalam mangkuk kecil.

Scallop:

  1. Campurkan scallop ke dalam mangkuk dengan perapan.
  2. Tutup dan sejukkan selama sehingga 30 minit.
  3. Keluarkan scallop dari perapan dan keringkan dengan kertas tisu.
  4. Panas  kuali dengan minyak zaitun extra-virgin dengan api sederhana
  5. Letakkan scallop satu persatu masak hingga kekuningan kemudian terbalikkan
  6. Masak lebih kurang 2 minit
  7. Anagkat dan keringkan dari minyak ke atas kertas tisu dan ketepikan biar sejuk.

Avokado berkeremal

1.      Panas kuali tidak melekat dengan minyak zaiton dan api sederhana
2.      Taburkan gula, garam dan lada sulah keatas avokado
3.      Masukkan kedalam kuali dan biarkan gula tadi menjadi keremal.
4.      Masak selama 30 saat.
5.      Angkat dan biarkan sejuk sebentar

Salad:


  1. Campurkan “ baby lettuces“  dan limau gedang yang di potong dadu

Ayam panggang dengan daun selasih @ Basil

$
0
0
Mencuba sesuatu yang lain  terutama yang sedang mengamalkan diet protien. Resepi ini akan menjadi inspirasi kepda kita untuk mencuba. Kak Z sudah cuba senang dan sedap. Ini adalah antara menu yang Kak Z dalam diet seharian. Bahan-bahan jug amudah dan terjual di pasaraya besar. Joom kita cuba.



Resepi: Cehf Mozart Bin Muhammad
Lokasi: Zest, Ramada Plaza Melaka

Ayam panggang dengan daun selasih @ Basil

bahan-bahan

2/3 cawan minyak zaitun
3 sudu besar jus lemon segar, ditambah 1/4 cawan
1 1/2 sudu teh intan manis, kasar dihancurkan
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam hitam
400gm dada ayam tanpa tulang n kulit di basuh bersih
1 cawan daun selasih segar
1 besar ulas bawang putih
1 sudu teh lemon parut kulit

Cara:-

  1. Campurkan 1/3 cawan minyak, 3 sudu besar jus lemon, jintan manis, 3/4 sudu teh garam, dan 1/2 sudu teh lada.
  2. Perapkan dengan isi ayam.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama sekurang-kurang 30 min – 1 hari dan pusing-pusingkan ayam supaya rata.
  4. Campuran daun  selasih, bawang putih, lemon peel, baki 1/4 cawan jus lemon, 3/4 sudu teh garam, dan 1/2 sudu teh lada dalam pengisar sehingga hancur. Untuk dijadikan sos.
  5. Masukkan minyak zaiton sedikit demi sedikit. Boleh tambah gula atau garam jika mahu.
  6. Panaskan  kuali grill dengan api yang sederhana tinggi. Keluarkan ayam dari perapan.
  7. Grill ayam sehingga hanya masak, kira-kira 8 minit setiap sisi. Memindahkan ayam untuk disediakan pinggan.
  8. Sapukan sos pada ayam dan boleh di hidang



Salmon Grill dan Badam Panggang Bersalad

$
0
0


Salmon Grill dan Badam Panggang Bersalad


Kak Z suka makan Ikan Salmon terutama waktu diet. Sebab Ikan Salmon mempunyai protien yang tinggi. Kak Z alah kepada telur kena makan lain. Korang walaupun makan protien yang banyak, Kak Z masih makan karbo tapi dalam jumlah yang sedikit. Minum air secukupnya dan workout. Resepi hari ini mudah. Jadi korang mesti kena cuba

Resepi : Chef Mozart bin Muhammad
Lokasi Ramada Plaza Melakabahan-bahan

400gm isi ikan salmon
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam

Salad Badam panggang dan parsley

1 biji bawang merah
1 sudu besar cuka
garam secukup rasa
2 sudu besar caper 1 cawan daun pasli
1/2 cawan badam bakar
minyak zaitun

cara bakar ikan salmon:-


  1. Panaskan ketuhar kepada 450 darjah F. 
  2. Perapkan salmon dengan garam dan lada hitam
  3. Sapukan dulang pembakar dengan marjerin
  4. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak
  5. Letakkan ikan bahagian kulit sebelah bawah dia tas kertas minyak
  6. Bakar lebih kurang 12-15 min

Cara membuat Salad Badam panggang dan parsley


  1. Cincang bawang merah dan masuk kedalam mangkuk
  2. Campurkan cuka dan sedikit garam
  3. Cincang caper, daun parsley dan badam
  4. Campurkan kedalam campuran bawang bersama minyak zaiton
  5. Tambah sidikit perisa jika mahu
  6. Kacau biarkan sebentar
  7. Di hidangkan dengan ikan salmon tadi
ok bai

Lamb Chop Dengan Cherry Mint Sauce dan Kentang Bawang Putih

$
0
0



Korang kena cuba resepi ini. Resepi dari Chef Mozart. Selalu kita makan lamb chop dengan seasoning yang banyak tapi ini ada kelainan


Resepi: Chef Mozart Muhammad
Lokasi: Olio Restaurant, Ramada Plaza Melaka
bahan-bahan:

6 keping daging kambing untuk lamb chop
1 minyak zaitun
1 sudu besar daun rosemary segar
4 ulas bawang putih, dihiris
garam
Lada hitam

Kentang putar:

800gm kentang russet di buang kulit dan potong dadu
1/2 cawan krim putar
susu

Sos Ceri pudina:-

2 cawan ceri kering
2 cawan batang pudina
1 cawan daun pudina, dicincang
1/4 cawan gula
3/4 cawan air
1/8 cawan tepung jagung

Cara:-
  1. Basuh bersih daging kemudian keringkan.
  2. Perapkan dengan daun rosemary, bawang putih dan minyak zaiton
  3. Perapkan semalaman di dalam peti sejuk.
  4. Panaskan grill anda.
  5. Gaulkan daging kambing yang di perap tadi dengan lada hitam dan garam
  6. Daging perlu di sengetkan 45 darjah supaya masak rata.


Cara membuat Sos Cherry  pudina
  1. Masukkan ceri, air dan batang pudina kedalam periuk
  2. Masak sehingga mendidih atau 2/4 dari air.
  3. Keluarkan batang pudina
  4. Cincang daun pudina dan masukkan kedalam rebusan ceri
  5. Masukkan gula
  6. Larutkan tepung jagung dengan air supaya tidak berketul ketika masuk kedlaam sos ceri
  7. Biarkan mendidih sebentar dan sejukkan

Cara Kentang putar:-
  1. Rebus kentang dan bawang putih cincang.
  2. Toskan kentang dan bawang putih.
  3. Lenyek kentang dan masukkan krim
  4. Jika terlalu pekat tambahkan susu
  5. Boleh juga tambah serbuk perasa.


Asam Pedas Ekor Lembu Seri Pacific

$
0
0

Asam Pedas Ekor Lembu Seri Pacific

Perkongsian Resepi hari ini ialah Chef Azman Jemangin dari Seri Pacific, Kuala Lumpur. Masa Kak Z, hanya tahu asam pedas ikan. Bila sudah merantau macam-macam jenis asam pedas rupanya. Asam pedas  Ayam Mat Gebu makan masa pergi rumah Mat di Sedenak. Ini pula Asam Pedas Ekor Lembu. Lain dari yang kan? .. Selama mencuba.. 
Resepi : Chef Azman Jemangin
Lokasi: Zende, Seri Pacific, Kuala Lumpur

Bahan
5 ulas Bawang merah (*)
3 ulasBawang putih (*)
1 inchLengkuas (*)
1 inchHalia (*)
2 inchkunyit hidup (*)
10 bijicili kering (*)
1 inchBelacan (*)
2 btgserai diketuk
1 genggamdaun ketuk
1 ekorlembu
1 mangkukair asam
2 suduminyak
Garam secukup rasa


Cara:-
1.Kisarkan bahan-bahan bertanda (*). Panaskan minyak dan tumiskan serai sehingga naik bau.Masukkan bahan bertanda sehingga pecah minyak dan garing.
2.Masukkan ekor dan air asam dan sedikit air dan tunggu sehingga ekor empuk.
3.Masukkan daun kesom, bendi dan terung.
4.Masukkan garam secukup rasa.

ok bai

Sambal Tumis Petai Udang Berbicara

$
0
0

Sambal Tumis Petai Udang Berbicara

Musim petai yang banyak muncul kembali. Dekat ruma Kak Z banyak sungguh petai. Satu pokok tu dapat sebonet kereta Pak Utih Kak Z. Tukang panjat sepupu Kak Z. Arwah Mak Kak Z mesti cari mata petai yang besar kalau beli petai. Kakak-kakak dan abang-abang berebut kalau makan petai. Tapi Kak Z tak makan petai. Kak Z terlebih mat salleh. What to do.. 

Oleh kerana banyak petai di pasaran sekarang, korang mesti mencari idea untuk masak petai. Betul tak? Perkongsian hari ini ialah sambal tumis petai udang berbicara. Bila korang makan lauk ini..korang diam tapi udang yag bising.. 

Resepi: Chef Azman Jemangin
Lokasi: Zende, Seri Pacific Kuala Lumpur


Bahan-bahan:
4 ulas bawang merah (*)
3 ulas bawang putih (*)
2 inciBelacan
100gmcili kering (*)
20gmGula Melaka
1 mangkuk  air asam
10gPetai
Garam secukup rasa
1kgUdang
Minyak


Method:
1.Kisar bahan bertanda (*). Tumiskan bahan kisar bersama belacan sehingga garing dan pecah minyak.
2.Masukkan gula Melaka dan air asam.
3.Masukkan udang & petai dan tunggu sehingga mereneh dan udang masak.
4.Masukkan garam secukup rasa.
5.Siap untuk dihidang.

Ok bai






Snow Cheese Cake Slice

$
0
0


Semenjak diet ni, Kak Z tak makan karbo sangat. Kek lagi lah memang elak. Tapi disebabkan birthday abang Hakim kena lah makan juga. Sedap pulak tu kek ni. Walaupun simple tapi sedap.Kak Z boleh aje buat oreo cheese cake atau marble. Tapi cheese cake jenis tu padat sangat. Anak-anak dah kenyang sebab makan pizza dan benda lain. Baik buat jenis ni. Sekejap jer licin.

Bahan kek :-
4 biji telur A
125gm tepung naik sendiri
125gm gula castor
10gm ovellate
45gm air
75gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Cara:-
1. Pukul telur, gula, tepung dan ovellate hingga kembang
2. Masukkan air dan pukul sebentar
3. Masukkan esen vanilla kacau rata
4. Masukkan minyak jagung cara kaub dan balik perlahan supaya angin tidak keluar.
5. Loyang pembakar perlu di sapu grease dan alat dengan kertas minyak
6. Bakar dengan suhu 220 darjah celcius selama 10-15 min atau masak
7. Masak keluarkan dari loyang dan letak atas jaring supaya sejuk

Bahan cheese:-
250gm cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1 cawan whipping cream nom dairy..
1 sudu teh esej vanila
100gm cheddar cheese
Strawberry jika suka

Cara:-

1. Pukul cream cheese hingga lembut
2. Masukkan susu pekat dan pukul hingga rata
3. Masukkan esen vanilla whipping krim pukul hingga kembang
4. Salutkan seluruh kek dengan cream cheese
5. Parutkan cheddar cheese atasnya.
6. Boleh dihias dengan strawberry.


Ok bai

My Bodyguard Birthday..Happy Birthday Hakim

$
0
0


Happy Birthday Sayang..Lahir 16hb Ogos 2000 di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru. 16 tahun berlalu. Berat 3.1kg sekarang dah lebih tinggi dari mak dia. Dia paling kuat menangis. Umur 3 bulan berat 9kg. Korang bayangkan betapa kus semangatnya dia. Pernah masuk pertandingan baby comel. Boleh termenang. Kelakar pun ada..memang montel lah dia.




Dia kawan gaduh, nangis, gelak dan crime syndicate mak dia. Bila mak nangis dia yang pegang tangan mak dia.. mummy sudah-sudah jangan nangis. Nanti cepat tua. Boleh dia kata gitu. Tapi dia dah lalui banyak pahit manis dengan mak dia.



Sebagai anak sulung, pastinya dia sangat bertanggungjawap terhadap adik-adik dia. Adik paling takut dengan dia. Bila dia kata..Haniisss..jangan buat hal. Kecut telur adik. Di sekolah dia Presiden Persatuan Silat dan Ketua Darjah. Cita-cita hendak jadi Jurutera. insyallah mummy doakan. Bukan itu sahaja mummy doakan. Mummy doakan abang jadi anak yang soleh, beriman pada allah dan bertanggungjawab pada agama, ibubapa dan keluarga. Amin

Ok bai

Ketam masak Lemak Nenas Madu 3

$
0
0


Ketam masak Lemak Nenas Madu 3


Masa kecil dulu lauk kegemaran arwah ayah ialah masak lemak ketam. Arwah mak dulu menguasahakan kedai makan. Jadi memang pandai memasak pelbagai jenis masak lemak. Pekat dsn lemak berkrim. Kenapa Kak Z kalau buat masak lemak selalu pecah minyak dan tidak seperti arwah mak. Tu lah orang suruh belajar masak tak mau masa dulu. Cia cia cia..

Chef Azman dari Seri Pacific berkongsi resepi Ketam Masak Lemak Madu 3. Sedap dan ini boleh memenuhi citarasa korang. 

Resepi: Chef  Azman Bin Jemangin
Lokasi: Zende, Seri Pacific Kuala Lumpur

Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah (*)
3 ulasbawang putih (*)
1 inchkunyit hidup (*)
8 bijicili padi (*)
2 batang serai – diketuk
2 helaidaun kunyit
2 helaidaun limau
10gudang kering (*)
1 biji nenas
1 bijiSantan
2 keping Asam keeping
1kgKetam
2 suduminyak


Method:
1.Kisar bahan-bahan bertanda (*) sehingga lumat. Panaskan minyak masukkan serai yang diketuk dan tunggu hingga naik bau.
2.Masukkan pula bahan-bahan bertanda (*) tadi dan tumiskan sehingga garing.
3.Masukkan pula ketam dan nenas. Gaul sehingga sebati.
4.Masukkan pula santan, asam keeping, daun kunyit dan daun limau.
5.Tunggu sehingga mendidih masukkan garam secukup rasa.



Kek Batik Awesome

$
0
0

Kek Batik Awesome



Kek Batik Awesome yang Kak Z buat ni mudah sangat. Tidak sampai 20 minit siap. Tapi yang lamanya ialah kena simpan dalam peti sejuk untuk mengeraskannya. Kalau adik-adik yang duduk asrama atau rumah sewa pakai rice cooker pun boleh menyiapkan kek ini.

Hujung minggu begini anak-anak Kak Z suka keluar masuk dapur untuk cari barang makan. Kenalah Kak Z siapkan makanan yang cukup, mudah dan pastinya yang sedaplah. Bila tanya pagi tadi korang nak dessert apa? Kek batik katanya. Dalam bulan ni sahaja 5 kali Kek Batik sahaja pemintaan diaorang. Haris kata 'Kek Batik Mummy buat kita oranag penasaran'. Ceh..mengampu mak ker apa? Jom akak share buat kek yang teramat senang ni.

Bahan:
1 pek biskut marie.. patahkan 4
1/2tin susu pekat
1 buku butter
1/2 cawan air
1/4 cawan serbuk koko
3 sudu milo
3 biji telur

Cara:

1. Cairkan butter
2. Masukkan susu dan air
3. Kacau rata
4. Masukkan serbuk koko dan milo
5. Kacau lagi
6. Pukul telur dengan garfu dan kacau supaya telur tidak berketul
7. Biar mendidih sikit dan tutup api
8. Masukkan biskut marie dan kacau sehingga semua bersalut coklat
9. Masukkan kedalam loyang yang dialas dengan kertas minyak
10. Tekan supaya rata dan masukkan kedalam peti sejuk selama 2 jam.
11. Selepas 2 jama boleh di hidangkan.

Selamat mencuba
Ok bai

Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza OK! 2016

$
0
0

Credit gambar : Mummy Julia Ali

Kali ini Kak Z ke majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza, OK! 2016. Berdua dengan Mummy Julia. Majlis berlangsung di WISMA OK, HALAL HUB SERKAM MELAKA. Waaa.. bangunan baru. Excited...



Ini kali ketiga Kak Z memenuhi jemputan Orang Kampung. Setiap kali peraduan di jalankan pasti hadiahnya sangat menarik. Peraduan masih berlangsung. Peraduan Mini Bonanza OK! 2016 telah berlangsung dari 1 Februari hingga 30 Jun 2016.

Sepanjang tempoh peraduan tersebut, OK Group telah menerima ribuan penyertaan sehingga ramai yang menyertainya berulang kali. Peraduan ini bertujuan untuk menghargai pengguna setia produk Teh Herba Orang Kampung yang mempunyai tiga perisa iaitu, Teh herba Original, Teh Herba Limau dan Teh Herba Halia. Peraduan yang dikhususkan pada ketiga-tiga produk ini telah berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 200%. Selain ini OK Group juga dapat mengumpulkan testimoni dan komen-komen membina dari pengguna setia produk ini.




Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza OK! 2016 ini akan diadakan sebanyak 3 siri dimana setiap siri akan mempunyai kejutan atau informasi yang akan disampaikan. OK Group berbesar hati kerana sokongan dari pengguna sejak dari 30 tahun yang lepas tidak pernah mengecewakan. OK berjanji akan menjaga kualiti dan keberkesanannya sebaik mungkin untuk memberi yang terbaik kepada pengguna produk OK.




Pada kali ini, terdapat 8 pemenang akan menerima hadiah yang berupa TV LED Panasonic 32’ dan Laptop jenama Dell 15’. Kesemua hadiah ini disampaikan pada Majlis Penyampaian Hadiah Siri pertama.

Untuk siri kedua kami akan meengumumkan 8 pemenang yang bertuah yang akan memenangi hadiah berupa Jam Tangan Fossil dan Samsung Galaxy Tab 7’. Semoga pengguna setia produk OK sentiasa berpuas hati dan meneruskan menggunakan produk mereka.

ORANG KAMPUNG SEMUANYA OK!

Ok bai

Ikan Patin Asam Tun Teja

$
0
0

Masakan Ikan patin tempoyak memang terkenal di Temerloh Pahang, Walaupun Kak Z tidak makan tempoyak dan ikan darat seperti ikan patin, Kak Z berkongsi resepi ini untuk para pembaca yang sudi datang melawat blog Kak Z. Resepi asal adalah perkongsian Chef Azman Bin Jemangin dari Seri Pacific. korang boleh cuba yer.

resepi: Chef Azman Jemangin, Seri Pacific
lokasi: Zende, Seri Pacific, Kuala Lumpur

Bahan-bahan:
1 ekor Ikan Patin
2 sudu Tempoyak (*)
4 cawan air
2 biji Cili merah (*)
10 biji Cili padi (*)
1 inciKunyit hidup (*)
1 gengam daun kesom

Method:
1.Tumbuk cili merah, cili padi, kunyit hidup sehingga separuh hancur dan campurkan tempoyak dan gaulkan daun kesom.
2.Reneh air didalam periuk, masukkan bahan tumbuk tadi sehingga sampai mendidih.
3.Masukkan pula ikan patin dan perlahankan api dan bubuh garam secukup rasa

Berdosa Menjalinkan Hubungan Dengan Individu Sudah Berkahwin

$
0
0


Bila Kak Z baca artikel macam ini sedih rasanya. Sebab Kak Z pernah mengalaminya. Rumahtangga Kak Z ada orang ketiga. Memang jodoh dengan bekas suami sampai setakat itu sahaja. Puas merayu, bermandi dengan air mata, jerih dan penatnya rasa waktu itu Allah sahaja yang tahu. Siapa yang pernah mengalami keadaan ini.. pasti faham apa yang Kak z ceritakan. Artikel ini Kak Z ambil dari sahabat FB: Juliana Ahmad. 

 Kepada wanita yang memang hendak kasih sayang suami Kak Z dulu sebab dia kurang kasih sayang.. Kak Z tak mau komen apa-apa pasal dia. Dia tahu dan rasa sebab dia pernah jadi janda. Tapi yang sedihnya, anak-anak Kak Z jadi mangsa.. Alhamdullilah kami happy sekarang. Awak terima kasih sebab talakkan saya. Jika tidak saya mengharap awak balik setiap hari, sedangkan dalam hati awak ada dia yang lebih baik dari saya. Kak Z bangkit untuk terus maju membesarkan anak-anak yang hilang kasih sayang dari seorang bapa. Anak-anak..insyallah everything  going to be ok... amin

Jom Baca artikel ini....

Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian

Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti merampas hak milik orang lain yang akan mengakibatkan persengketaan.

Memang tiada istilah karma di dalam agama Islam namun, sebagai seorang muslim, kita haruslah percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpalnya.

Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.

Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.

“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.

“Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam sebuah hadis :

ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها
“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”
(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.

Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.

“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.

“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.

Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.

“Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.

“Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.

“Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.

Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )

Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :

المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه
“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”

“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini,” katanya.

Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.

“Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.

“Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.

“Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.

Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.

“Dalam Islam, memang tidak ada istilah karma tetapi tindakan seperti ini pastinya akan mey dengan doktrin sebab akibat, pelaku kejahatan akan mendapat siksa atas dosanya yang berbuat baik akan mendapat pahala,” ujar pengamat Hukum Islam di Banjarmasin, Hj Mariani MHI, kepada BPost Online.

Kerabu Manga Cinta Hati

$
0
0

Sekarang musim mangga masak. Sedap kalau buat Kerabu mangga. Cukup bahan kita boleh buat. Senang sahaja. Resepimini ialah resepi Chef Azman Bin Jemangin, dari Seri Pacific, Kuala Lumpur. Korang boleh cuba sebab memanh sedap

Resepi: Chef Azman Bin Jemangin
Lokasi: Zende, Seri Pacific

Bahan-bahan:-
2 biji Mangga
1 biji Cili Merah
3 bijiCili padi
2 bijibawang merah
5gmUdang Kering
10gmKacang Tumbuk
2 suduAir limau
Secukup rasa gula dan garam
Daun ketumbar


Method:
1.mayang halus manga, bawang, cili merah, cili padi.
2.Gaulkan bersama udang kering, air limau, gula & garam. Taburkan kacang tanah dan daun ketumbar.

Ok bai

Resdung Kurang Dengan Cendawan Susu Harimau Asli Tigerus

$
0
0

Produk Cendawan Susu Harimau


Cendawan Susu Harimau? Pelikkan? Ada ke? Adalah dan jangan pelik. Sebenarnya cendawan susu harimau telah lama digunakan oleh nenek moyang kita dan Orang Asli kerana mereka cukup arif mengenai khasiat cendawan ini. Tambahan ia memiliki khasiat tidak ternilai sebagai khazanah alam yang bermanfaat untuk semua.


Bentuk Cendawan Susu Harimau Dewasa
cendawan susu harimau mengandungi tiga bahagian utama iaitu payung (cap), batang (stem) dan ubi (sclerotium).

Cendawan ini digelar cendawan susu harimau kerana kononnya hanya ditemui di hutan yang mempunyai populasi harimau. Berdasarkan kisah dongeng, cendawan susu harimau dipercayai tumbuh di atas titisan susu harimau yang jatuh ke tanah semasa menyusukan anaknya.

Kak Z tahu pasal cendawan ini dari abang Kak Z di Sungai Petani, Kedah. Dalam hati merunggut, orang tua ni betul ke tidak beli cendawan entah apa-apa ni mahal-mahal. Bila sudah tahu khasiatnya.. hambik ko melopong. Banyak khasiat terutama yang ada penyakit resdung atau masalah paru-paru. Harga jangan cakap lagi boleh tahan. Sekarang tidak perlu masuk hutan untuk cari cendawan ini sebab Ligno Biotech telah menghasilkan Pil Cendawan Susu Harimau yang asli.

Macam mana Kak Z tahu pasal Pil Cendawan Susu Harimau ni? Macam ini ceritanya. Kak Z selalu melepak dengan kak ipar Kak Z di PWTC. Dia tanya awak ada resdung tak? Ada. Dia terus bagi ubat ini. Kak Z tanya ubat apa ni kak? Ubat resdung katanya. Dia bagi 2 botol. Mana dapat ni kak? Rupanya Foundation tempat dia berkerja sedang mengadakan kerjasama dengan Ligno Biotech untuk memperkembangkan lagi pasaran ubat ini. Merasa aku dapat ubat free..masa tu jer.. bila hendak pakai lagi kena beli lah.. mana boleh paree jer..haaaa..



Dia bagi amaran pada Kak Z .. awak jangan terkejut kalau makan ubat ini. Kenapa pula? Takut rasanya hendak mencuba. Dia kata lepas makan keluar segala cecair kuning. hijua, merah, hitam  dari mulut, hidung atau mata. Dah sudah kakak ipar aku cakap macam tu lagi lah cuak hendak makan. Makan aje dia kata sebab dia pun makan. Balik rumah simpan dulu. Tidak berani hendak mencuba. Suatu hari Hakim tanya mummy ubat apa ni? Ubat resdung mak dia jawab. Dia nak cuba. Lepas dia cuba lepas beberapa minit ..hambik ko hijau keluar dari hidung.. mata berair.. kepala ting tong sikit.. Ehhh ubat apa ni.Panik jap.. tanya kak ipar pasal hal ini. Rupanya kesan dari pengambilan ubat tersebut dapat dilihat dengan serta merta.



Selepas dua hari Hakim mengunakan ubat ini, mak dia gagah makan.. cuak lagi ko.. apa lah jadi pada aku ni kang lepas makan.. jadi purpe ke hijau? haaaa.. kelakar kan? Kak Z pun makan.. ting tong kepala aku. masa tu tengok cerita Korea pelakon Rain.. Nampak Rain kepala 2.. tapi dalam hanya 2-3 minit jer. Mata gedik-gedik gatal dan hingus mula keluar. Maknanya resdung Kak Z teruk lah.. Nasib ko lah Rain kepala ko dua.

Alhamdullilah Kak Z tak tukar jadi Hulk.. Makan sampai habis sebotol. Bagi tau Kak ipar hendak beli lah kat mana. Kak ipar bagi nombor talipon Ligno Biotech. Kak Z pergi sendiri ke kilang dia. Belajar pasal ubat ini. Kali ini bukan free yer.. beli tau. Sebab Kak Z puas hati dengan kesan ubat ini. Selepas 4 botol pengunaan pil cendawan susu harimau ini memang Kak Z rasa perubahannya. Jarang mata gatal kalau makan makanan laut. Dan bulan pertama, darah haid Kak Z berketul. menunjukkan dia membersiah dalaman Kak Z. 


Bermula dari bulan Jun 2016 - August 2016, Kak Z makan baru boleg cerita di blog. Sebab Kak Z hendak cerita apakah perubahan yang akak alami supaya rakan-rakan dan pembaca tahu dan mengalami kesannya.Semua anak-anak Kak Z bagi makan pil cendawan susu harimau ni. Terutama adik, sebab adik bila bangun pagi mesti gosok hidung dia. Kak Z bagi dia makan Tiggy Cocoa, perisa coklat. Suka sangatlah. Dia kan pengemar coklat. Sekarang dah tidak gosok hidung. Dia kata adik hensome sebab hidung tak gatal...hiii

Kak Z kalau free duduk lepas-lepas malas makan pil, Kak Z akan ambil uncang. Uncang macam teh juga. Kalau mereka yang susah untuk menelan ubat, Kak Z syorkan minum yang uncang. Kesannya sama sahaja. Cuma cara pembungkusan sahaja lain. Korang jangan risau asli ke tidak cendawan tu? Asli.. sebab Kak Z dah tengok depan mata cara diaorang proses. Naik sampai ke bilik pembiakan, tempat penyimpanan dan cara memproses. Betul.. tak bohong.. serius ni..


Kalau korang hendak beli Pil Cendawan Susu Harimau ini boleh melalui Kak Z. Sebab Kak Z dan kenal dengan boss Ligno Biotech, Ng Szu Ting. Senang Kak Z oderkan sekali. Pm Kak Z di https://www.facebook.com/sazuraarahman atau whatapp 0173556542 (whatapp sahaja)

TIGERUS atau  Tiger Milk Mushroom Sclerotia, 30 pcs -RM100
TIGERUS atau  Tiger Milk Mushroom Sclerotia, 60 pcs -RM150
TIGERUS atau  TMM Tea 15 uncang - RM48
TIGERUS atau Cocoa Chewable tablets 60 pcs -RM38.00

ok bai


Menang Beg LV Dengan Peraduan Selfie Ok Kacip Fatimah

$
0
0






korang meti teruja hendak masuk pertandingan yang di anjurkan oleh Group OK. Kak Z yang tengok beg dan pegang beg tu lagi lah teruja. Macam mana hendak mendapat beg LV yang menjadi idaman setiap wanita. Senang sahaja masuk peraduan yang di anjurkan oleh Produk Orang Kampung.




Tempoh peraduan dari 15 Ogos- 15 Nov 2016. korang kena beli Ok Kacip Fatimah yang macam di atas dan simpan resit perbelian sebagai bukti. Kemudian korang kenalah selfie dengan produk tersebut. Selfie dan post ke FB dengan mengunakan hastag #kfselfie  #lvkacipfatimah. Senangkan? 

Image result for produk kacip fatimah
Mana hendak mendapatkan produk Kacip Fatimah ini? Di rangkaian Mydin, farmasi dan kedai jamu yang terpilih. Rugi kalau korang tidak masuk peraduan ini. Sebab OK Group menawarkan 2 beg LV. KOrang selfie aje. Nant jumpa Kak Z masa hari penyampaian hadiah...insyallah...haaaa

Semuanya ok!

ok

Mutiara Terbesar Di Temui Di Pulau Palawan, Filipina

$
0
0



Mutiara Terbesar


Manila: Seorang nelayan menyerahkan sebutir mutiara dipercayai yang terbesar ditemui di dunia - lima kali ganda lebih besar berbanding rekod sebelum ini.

Lelaki yang tidak dinamakan itu menemui mutiara seberat 34 kilogram berkenaan 10 tahun lalu di perairan berhampiran Pulau Palawan. Dia tidak mengetahui nilai sebenar permata itu hampir AS$100 juta (RM403 juta) sebaliknya menyimpannya sebagai tangkal di rumahnya.


Dia bagaimanapun terpaksa berpindah selepas rumahnya terbakar awal tahun ini. Dia menyerahkan permata berkenaan kepada seorang pegawai pelancongan tempatan di Puerto Princesca yang mengesahkan ia ditemui di dalam seekor kima gergasi. Mutiara itu selebar kira-kira 0.3 meter dan sepanjang 0.67 meter - jauh lebih besar berbanding permata digelar Pearl of Allah yang seberat 6.4 kilogram dan bernilai AS$35 juta (RM141 juta).

Sementara itu, pegawai pelancongan terbabit, Aileen Cynthia Amurao berkata: “Nelayan itu menemui mutiara itu ketika menyelam untuk membebaskan sauhnya yang tersangkut pada batu besar 10 tahun lalu.

“Dia tidak mengetahui nilai mutiara itu, sebaliknya menyimpannya sebagai tangkal. Kami terkejut apabila dia membawanya. Kami perlu mendapat pengesahan daripada pakar mengenai nilai sebenarnya. “Namun kami yakin Purteo Princesca bakal mencipta nama sebagai tempat mutiara asli terbesar dunia ditemui.”

Katanya, mutiara itu akan terus disimpan di Filipina dan dia berharap ia akan menarik lebih ramai pelancong ke bandar berkenaan. Permata itu dipamerkan untuk orang ramai semalam. Mutiara terbesar sebelum ini ialah Pearl of Allah yang juga ditemui di Palawan pada 1934.



Ia kini dipamerkan di Ripley’s Believe It or Not! di New York. - Agensi

Sumber :- http://www.hmetro.com.my/node/161421

Musim Menuai Buah Dokong

$
0
0


Arwah ayah Kak Z tanam 3 batang pokok dokong di belakang rumah. Katanya nanti anak cucu boleh makan kalau dia dah tak de. Betul pun, arwah tak sempat merasa pun buah yang tanam tu. Cucu lah dapat makan. Masa Kak Z belum pindah balik Melaka, buah ini kena beli 3kg RM10.00. Sekarang belakang rumah sahaja sudah boleh petik. Kat atas-atas tu Kak Z nampak bukan main meriah buahnya berbuah. Jenuh nak panjat. Kena cari masa sesuai. Sebab bila kami pergi dekat pokok.. nyamuk datang menyerang.



Kak Z anak-beranak mesti pakai spy anti nyamuk. Kalau tidak habis darah kami kena sedut. Seronok... esok plan nak bawa tangga. Mak tidak boleh panjat ada jatuh tergolek macam nangka busuk. Assistant ramai. Apa lagi kerah lah..teruk mak dia.

Ok bai

VICTORIA SANDWICH CAKES UNTUK TERSAYANG

$
0
0

Antara kek kegemaran anak-anak Kak Z ialah kek ini. Kenapa?  Kek ini mempunyai secukup rasa yang membuat kita makan dan makan lagi. Rasa butter cake dan jem strawberry. Lepas tu ada cheese frosting pasti sedap betul tak? Kak Z share dari resepi lama yang Kak Z kemudian edit supaya lebih sedap dan menarik. Korang kena cuba buat baru korang boleh mengakui sedap sangat Kak z.

Mula korang kena buat Jem strawberry, kemudian buat kek. Sebab jem kena biarkan sejuk terlebih dahulu baru di letak atas cheese frosting. Kemudian baru boleh dihiaskan dengan buah strawbery.

Resepi Strawberry Jem

Sumber Dari blog 

CLASSIC STRAWBERRY JAM ~ CANADIAN STYLE

By : Evelyn / Athen
Source : Food.com
Adapted from : Cooking With Rosie

250 gm strawberries ~ buang tampoknya dan cuci bersih
70 gm gula
40 ml jus lemon
12 gm butter tanpa garam

  1. Dalam periuk kecil, masukkan strawberries dan panaskan atas dapur dengan api yang perlahan.
  2. Dengan menggunakan alat melenyek kentang ( potato masher) lenyek-lenyekan tapi jangan sampai lumat.
  3. Tambahkan gula dan masak lagi lebih kurang 2 minit
  4. Tambahkan butter dan masak semula sambil di kacau hingga adunan sedikit pekat.
  5. Matikan api dan buang buih-buih di atasnya
  6. Masukkan dalam botol kaca yang tahan panas dan telah direbus untuk menyah bakteria
  7. Tutup rapat dan rebus kan semula dalam air mendidih selama 15 minit ( botol tenggelam)
  8. Keluarkan dari tempat rebusan
  9. Sejukkan dan simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama
Resepi Butter Cake

Bahan-bahan

250gm butter Anchor
220gm gula castor. 
5 biji kuning
1 sudu teh esen vanilla
220gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu UHT


cara membuat kek:-

1. Pukul telur dan gula hingga butter putih
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
3. Masukkan esen vanilla
4. Campurkan baking power kedalam tepung
5. Bahagiakan tepung kepada 3 bahagian
6. Bahagikan susu kepada 2 bahagian
7. Masukkan 1 bahagian tepung kedalam adunan butter dan pukul hingga rata
8. Masukkan1 bahagian susu dan kacau rata.
9. Ulang sehingga habis
10. Potong kertas minyak ikut ukuran loyang
11. Sapukam shortening di atas loyang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak tadi
12. Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan kan
13. Oven perlu dipanaskam dengan suhu 180c
14. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 45mim
16. Kek cukup masak apabila sudah renggang dari kertas minyak atau berwarna kekuningan




Cara membuat kek


Pukul telur dan gula hingga butter putih


Butter kelihatan putih


Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi



Kelihatan gebu



Masukkan esen vanilla


Campurkan baking power kedalam tepung


Masukkan 1 bahagian tepung kedalam adunan butter dan pukul hingga rata


Masukkan1 bahagian susu dan kacau rata.




Potong kertas minyak ikut ukuran loyang, Sapukam shortening di atas loyang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak tadi



Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan  dan Oven perlu dipanaskan dengan suhu 180c. Bakar selama 45mim


Bakar hingga kekuningan

Kek cukup masak apabila sudah renggang dari kertas minyak


Resepi Cheese Frosting

Credit Resepi  : Azlita Aziz

Krim Keju 1

150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh paste Lemon

Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega, esen vanilla dan lemon paste
pukul sebati

Untuk krim keju yang ita gunakan

Krim Keju 2

200 gm krim keju
1 sudu teh lemon Paste
90 gm coklat masakan putih
150 gm krim bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
8 gm gelatin
30 gm air

  1. Cairkan gelatin ~ rujuk sini
  2. Cairkan coklat masakan cara double boiler
  3. Satukan gelatin cair dalam coklat putih
  4. Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
  5. Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih
  6. Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
  7. Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata
Selepas kek di sapukan dengan cheese frosting dan di letak dengan jem strawberry korang boleh hiaskan dengan strawberry dan blueberry. Ikut yang korang sukalah. 


Selamat Mencuba

Resepi Kek Butter dari Diary Kak Z
Resepi : Jem Strawberry dan Cheese Frosting dari http://www.azlitamasammanis.com/

ok bai


CHOCOLATE MOIST BUTTERSCOTCH CAKE

$
0
0



Chocolate kek kalau kita makan memang sedap bila tambah butterscotch lagi sedap. Masa Kak Z duduk di Sungai Petani, kalau buat kek ni mesti cepat habis di makan oleh ana-anak dan anak menakan Kak Z. Suka lah mak ni membuatnya. orang kata tak rugi walaupun bahannya mahal.  Ini resepi yang yang dah lama Kak Z guna masa buka cafe dulu. So selamat berjimba dengan kek korang.

Resepi Kek Coklat

Bahan  A

6oz butter
14oz gula castor
3 biji telur
Secubit garam

Bahagian B  – (bahan ini dibancuh bersama dan diketepikan)

 1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh panas
1 sudu teh esen
1 sudu teh EMULCO

Bahan C

8 oz High protein flour( Tepung Superfine pun boleh)
2 ½ oz serbuk coco
1 sudu teh soda bicarbonate
1 ½ sudu teh baking powder
8 ozair sejuk direct dari peti  sejuk

Cara:-

1. Pukul Butter dan gula hingga kembang. 
2. Masuk telur satu persatu. 
3. Kemudian masukkan bahan B yang telah dibancuh. 
4. Tepung dimasuk sedikit demi sedikit. 
5. Dipusing satu arah mengunakan whisk. Contohnya  jika kacau mengikut pusingan jam tetapkan arah itu hingga tepung habis dikacau. 
6. Akhir sekali masukkan air sejuk tadi.
7. Bakar kek ini api 170C selama I jam atau sehingga masak. 

p/s Untuk mendapatkan kek lebih moist kukus kek ini selama 1 ½ jam perlu ditutup dengan aluminum foil atau plastic yang diikat supaya wap air tidak masuk kedalam kek. Kalau tidak banjir kek kita.

biarkan sejuk dan kek di bahagi 3 lapisan


Ganache Chocolate

Resepi Chef Amar dari Majalah Saji
Bahan A
250 ml  dairy whipping cream
40gm sirap glukos

Bahan B

400gm coklat masakan
30gm butter
1 sudu pes  hazelnut.. kalau tak ada boleh gunakan pes badam

Cara:-

1. satu bahan A dan panaskan dalam periuk hingga nampak buih ditepi periuk
2. coklat perlu di cincang
3. masukkan bahan A kedalam coklat dan kacau hingga rata
4. masukkan butter dan pes kacau hingga butter cair.
5. sejukkan dalam peti sejuk sebentar

kek yang telah di bahagi 3 disaapu dengan coklat ganache.
kemudian salutkan kek dengan coklat ganache
masukkan kek kedalam peti sejuk sebentar sebelum di curahkan dan di hiasakna dnegan butter scotch

Butterscotch

200gm gula pasir
100gm butter
120ml whipping cream
1 sudu teh garam

cara:-

1. masakkan gula pasir hingga menjadi gula hangus.. tapi tidak terlalu gelap warna keemasan. gula perlu betul-betul cair
2. masukkan butter hingga cair
3. masukkan whipping cream dan garam
4, kacau hingga pekat
5. bila sudah pekat simpan butterscotch kedalam peti sejuk sebelum di tuangkan ke atas kek

butterscotch ini boleh digunakan untuk membuat roti sarang lebah..
boleh di simpan selama 2 minggu didalam peti sejuk

Selamat mencuba

ok bai
Viewing all 450 articles
Browse latest View live