Quantcast
Channel: Cerita Kak Z
Viewing all 450 articles
Browse latest View live

Sokong Liverpool Sama Seperti Sokong PAS

$
0
0



Assalamulaikum

Screen Shot 2015-08-10 at 12.29.25 AM

Aduh KJ.. ko saje buat panas.. tetiba buat statement macam ini. Seriously look unmature statement. Baru sahaja hendak sokong KJ jadi PM. Keluar statement ini.. harus pertimbangkan 100 kali. Awat lah hang ni...
Akak bukan penyokong Liverpool, tetapi bila buat penyataan macam ini merobek banyak hati. Oleh itu,
YB KJ.. sila jangan buat this kind of statement again...please

Hidup PAS

ok bai







KBBA Bloggers day @ Lawatan Ke Zoo Negara Kali ke 17 - PART 1

$
0
0
Assalamualaikum,



"kak, dah berapa kali akak pergi Zoo Negara?"
"17 kali..."

Banyak kali kan? Kenapa banyak kali?

Masa kecil kakak-kakak suka bawa adik dia yang comel bawa pergi Zoo sebab hendak kenalkan dengan binatang yang hanya ada di Zoo sahaja. Contoh harimau belang, singa, zirafah, gajah, badak air , badak sumbuk, kangaroo, babi hutan, orang hutan dan rusa. biasa kita akan melihat binatang ini di dalam television. Bila tengok depan mata baru rasa seronok.


Belakang itu adalah pintu Masuk Zoo.. dulu lain sekarang lain


Bila sudah besar selalu pergi dengan kawan-kawan, tempat dating dan sedara mara dari jauh, Kadang-kadang sekolah anak-anak buat lawatan mak dia pun ikut sekali. boleh hafal setiap jalan di dalam zoo. Tapi setiap kali pergi mesti ada perubahan.

Kedudukan zirafah masih kekal di tempat sekarang. Jirannya gajah telah berubah ke tempat lain yang di namakan savannah. Dulu keluasan Zoo negara tidak sama seperti sekarang. Sekejap sahaja jalan sudah habis. Sekarang kena habiskan masa setengah hari untuk menghabiskan seluruh zoo.

Anak dan cucu harimau


Masih ingat lagi sangkar harimau dan singa tahun 1980an. Kedudakan sangkar dalam, sempit dan berjaring. Kita akan melihat haiwan tersebut dari atas. Sekarang tidak lagi, kawasan sangkar lebih luas, dan boleh melihat lebih dekat.


Bergambar dengan gambar sahaja tak pe..kalau real takut ko.


Masih ingat lagi tidak suka bau yang tidak menyenangkan contoh zoo kotor dengan sisa makanan dan najis haiwan Tapi sekarang tidak lagi. Keadaan sangkar bersih, penjagaan binatang juga lebih teratur. Dulu tasik di tengah zoo kita boleh naik bot sekarang perkhidmatan bot tidak ada lagi. Kedai makanan juga terhad. Sekarang setiap penjuru yang kita lalui ada kedai makanan dan juga kedai cenderahati.


Dengan ahli KBBA

Pada 23hb August 2015, KBBA blogger Day, di Zoo Negara. Teruja juga sebab kali terakhir datang ialah tahun 2010, sebelum pindah ke Sungai Petani. Kali ini dalam kumpulan besar. Hakin, hanif dan Haris datang untuk kali yang ke-6 dan adik hanis untuk kali yang ke-3. Pukul 8.05pagi sampai menunggu pintu zoo di buka. Biasalah kami suka  awal.


Kami berlima sedang menunggu.. seawal 8.00 pagi sudah sampai

Kami bertolak datang awal sehari dan tidur di Bangi. Budak-budak 4 orang ni punya suka awal lagi sudah bangun. Semua pakai baju hitam sebab tema KBBA hitam dan merah. lain kali mak beli baju KBBA yer.. sarapan ringkas dalam kereta. Dalam kereta macam-macam mak pesan. jangan merayau-rayau, duduk dalam kumpulan, hendak ke toilet pun mesti inform mak dan macam-macam lagi. bila berada dlam kumpulan besar kita mungkin terlepas pandang anak-anak kita. Alhamdullilah sudah besar tidak perlu bawa botol susu, lampin, stroller dan baju lebih. Sekakarang sudah boleh jaga diri sendiri. dan lagi seronok dan faham untuk melihat haiwan yang ada.


Dengan penulis muda Azwar..

Jumpa budak ini disana.. Azwar Kamaruzaman. Penulis berbakat besar. Apa lagi bergambarlah kami. Seorang penulis buku masakan, seorang lagi penulis novel. Bila jumpa yang tua ni pun rasa muda..



Dalam kumpulan hornbill.. nasib baik tidak harimau..

Family akak di letakkan dalam kumpulan hornbill. Mudah untuk kami bergerak dalam kumpulan. Rasa macam pelancong pula. Kalau kita keluar negara terutama negara yang kurang pengunaan bahasa Inggeris kita akan mengenali kumpulan kita dengan tanda begini supaya kita tahu yang mana satu kumpulan kita. Anak-anak pun tahu dia kena gerak ikut kumpulan ini.. senang nak cari kalu hilang..Adik selalu hilang adehhhh.. anak aku tu...


Hanif the twin dengan anak Nani the triplet.



Ini farah, orang kuat untuk program KBBA blogger day ke Zoo Negara


Hanif dan Hanis


Haris dan Hanif di luar pintu masuk teruja

Sebelum masuk kami di beri penerangan, voucher makanan dan di bahagi mengikut kumpulan. Walaupun dalam kumpulan yang ramai kebajikan kami di jaga dengan baik. Setiap tempat yang  haiwan di lawati kami mendapat penerangan yang jelas. Akak rasa macam tertamu terhormat pula sebab Mr Phan dari marketing Department memberi penerangan secara individu.. sebab akak kan suka tanya dengan detail..Terima Kasih Mr Phan.

Walaubagaimana pun kunjungan kali ini lebih menarik. Keadaan Zoo negara yang bertambah baik akan menarik minat lebih ramai pengunjung. Mungkin perlu memperbaiki beberapa kelemahan. Akak nampak sebab sudah selalu pergi, Setiap kali pergi pasti ada benda baru atau sedang dalam pembaikan. Pihak pengurusan Zoo Negara.. Keep it up.. Semoga Zoo negara menjadi Zoo terbaik di rantau ini.

Sambungan di bahagian 2

ok bai







Shisha stick

$
0
0
Assalamualaikum


Belum lagi reda isu rokok elektronik berperisa ganja, warga kota dikejutkan pula trend terbaharu 'shisha stick', dipercayai mengandungi bahan menyebabkan ketagihan dan menjadi kegilaan golongan remaja.
Berbentuk dan bersaiz sama seperti pen serta mempunyai pelbagai warna, 'shisha stick mudah disembunyi sebagai alat tulis, menurut satu status pengguna laman sosial 'Facebook' yang turut memuat naik gambar bahan berkenaan.
Pengguna Facebook berkenaan menarik perhatian harga 'mampu milik' di sekitar RM17 ke RM20 dengan pelbagai perisa memudahkan lagi ia dibeli pelajar sekolah.
Status itu turut dikongsi pengguna sosial media lain dan menjadi viral sejak minggu lepas.
Hasil maklumat itu, Bernama membuat tinjauan di sekitar ibu kota dan mendapati ia dijual secara sembunyi hanya kepada golongan tertentu selain boleh juga didapati, antara lain, di kedai serbaneka.
Penulis berusia awal 40-an ini menyamar sebagai pembeli di Pasar Larut Malam Danau Kota, Setapak, di sini namun gagal apabila seorang penjual rokok elektronik memberi pelbagai alasan untuk tidak menjualnya kepada penulis.
Penjual itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam pada mulanya tidak mengaku menjual barangan itu namun setelah dipujuk, dia mengaku pernah menjualnya.
"Dulu memang ada jual tapi sekarang tak ada stok lagi abang," katanya.
Bagaimanapun, rakan sekerja berumur awal 20-an yang menyamar sebagai pelajar sekolah berjaya membeli 'shisha stick' di sebuah kedai serbaneka yang turut menjual barangan runcit dari Timur Tengah di Jalan Bukit Bintang, setelah terpaksa mengambil masa lama berunding.
Shisha stick itu tidak disimpan secara terbuka, dan peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Malek hanya mengeluarkan barangan berkenaan dari sebuah bungkusan apabila pelanggan terdahulu beredar.
"Do you want this one (shisha stick)...," kata Malek sambil menambah bahawa dia hanya mempunyai baki lapan shisha stick dalam stoknya.
Kelihatan resah sepanjang urusan jual beli itu, Malek bagaimanapun enggan mendedahkan asal barangan berkenaan.
Shisha stick itu dibeli oleh wartawan Bernama dengan harga RM17.
Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata shisha stick atau dikenali sebagai 'Shisha Pen' ataupun dengan nama 'Hookah Pen' adalah kategori rokok elektronik dan mempunyai fungsi yang sama seperti 'Vapor'.
Katanya shisha stick tidak popular berbanding vapor disebabkan kandungan cecair perisa yang sedikit dan tidak memberi kepuasan kepada pengguna berbanding vapor.
"Sehingga kini tiada undang-undang berkaitan larangan mengguna shisha stick," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata namun demikian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kementerian Pendidikan peringkat negeri dan daerah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berkerjasama bagi memantau penyalahgunaan bahan yang disyaki mengandungi dadah.
Mohd Mokhtar berkata pemantauan dan risikan polis mendapati setakat ini penggunaan shisha stick bukan merupakan kaedah baharu bagi penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja di negara ini.

Melawat Panda di KBBA Bloggers day @ Lawatan Ke Zoo Negara Kali ke 17 - PART 3

$
0
0

Assalamulaikum

Xing-Xing dan Liang-Liang adalah panda yang telah di pinjamkan pleh kerajaan negera China kepada Malaysia. Rakyat Malaysia adalah antara 13 buah negara yang dapat melhat panda lebih dekat tanpa perlu ke negara China. Semasa berada di Beijing, China, perasaan untuk melihat panda tidak berapa teruja. Ini kerana keadaan panda di zoo mereka hanya biasa-biasa sahaja. Mungkin sedikit tidak terurus. Bila kawan bercerita melawat panda di Zoo Negara, bersih dan cantik, Barulah perasaan teruja datang Masa dulu anak-anak kecil dan tidak faham. Waktu itu abang berusia 4 tahun dan kembar berusia 2 tahun. Sekarang mereka sudah faham baru seronok untuk bawa mereka melihat panda. Lebih seronok lagi bila  tahu Liang-Liang melahirkan anak. Tapi tidak dapat tengok sebab masih dia dalam kuarantin...

Menurut pegawai yang bertugas, Kita hanya boleh melihat panda tersebut bila bayi panda berusia 2 bulan. Nanti datang lagi... mesti comel.   Xing-Xing dan Liang-Liang di lahirkan pada 23 Ogos 2008.
Kelahiran bayi panda di Malaysia mengujakan semua pihak kerana sesuatu luar jangkaan. Baru setahun di Malaysia, panda ini sudah memliki naak. Ini bermakna mereka gembira berada di di Malaysia. Sebab kurungan mereka besar, bersih dan selesa. Mereka di letakkan di Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi, Zoo Negara.

Sebelum datang ke Malaysia, pihak Zoo Negara telah menjalankan beberapa kajian dari segi pemakanan dan habitat mereka. Alhamdullilah mereka berjaya. Panda suka makan buluh madu. Dari 8 jenis buluh yang di tanam hanya 2 sahaja yang di makan oleh panda-panda ini.Macam mana akak tahu.. tanya dengan Mr Phan, dari pihak Zoo Negara. Thank you Mr Phan there is a lot of knowledge I learn on that day.. 

Pada hari KBBA day datang ke Zoo Negara, kami telah di ajak untuk meraikan hari jadi kedua-dua panda ini Walaubagaimana pun hanya Xing-Xing yang ada...Liang-Kiang tengah berpantang 60 hari.

Sebelum masuk kami bergambar dan diberi penerangan. tidak di benarkan membuat bising  dan gambar tanpa flash mode. Sebab tidak mahu menganggu panda tersebut. Anak-anak telah diberi amaran terutama yang bernama Ahmad Hanis.. Lari-lari dan bising momee cubit dan bagi orang utan jaga.


Sesi bergambar beramai diluar bangunan


Penerangan sebelum masuk ke dalam pusat pamrean. 

Kami telah di terangkan , panda adalah jenis beruang, Makanan utama ialah buluh. Pada hari itu panda akan diberi makan Panda kek yang di buat dari campuran soya dan bahan-bahan lain. Orang besar-besar pun macam kanak-kanak-kanak ribena..


Tepi penempatan panda .. menanti panda keluar dari tempat makan


Xing-Xing


Xing-xing di jaga dengan elok sebab bersih


Habitat panda memang suka memanjat. Terutama pokok buluh


Cari apalah si Xing-Xing ..


Melihat dia berjalan didalam sangkar

Nampak besar tapi kuat memanjat


Panjat setinggi yang ada


Tempat dia bermain


Ada kolam air

Di Zoo Beijing, sangkar panda adalah simple, tanpa kolam air atau tempat dia untuk memanjat. yang hanya ada ialah, daun, daun sebagai makanan mereka. di Pusat Konversion ini, kita dapat lihat panda hindu dengan selesa dan gembira. Panda ini di asingkan dalam dua sangkar. Kerana panda bersifat dominan. Tidak suka di ganggu dan suka menyendiri walaupun berlainan jantina. Panda hanya boleh bersama ketika mengawan. Iaitu tempoh 72 jam dalam setahun dalam bulan Mei-Jun. 


Menyediakan panda kek untuk menyambut hari jadi Xing-Xing

Makcik bernama Azura mendengar penerangan dari pihak zoo mengenai panda


Kek di letak atas ais


Suprise.. happy birthday Xing-Xing


Slow motion


Hey.. it my Birthday cakes


What do we have here..



i can't talk my delicious cake... thank you..thank you

Panda-panda ini sukakan ais mungkin sebab sejuk. Didalam sangkar di sediakan satu ais yang besar tempat panda beristirehat. Ais ini yang telah bekukan dengan sejenis peralatan khas. Warna putih da atas adalah ais. Ais tersebut akan berada disitu tanpa cair sebab alat itu sentiasa membekukan air tersebut..nama macam peti ais lah... 




Ini adalah penjaga panda di Zoo Negara

Panda-panda ini di awasi oleh seorang penjaga yang di datangi khas dari negara China. Beliau arif mengenai panda, habitat dan pemakanan. Di kesempatan ini akak pun bergambar dengan dia. Sebab hari tu dia keluar TV pasal panda beranak..


Comelny panda ni..

Lepas ini datang lagi untuk melawat anak panda. Mesti comel. Korang ambillah kesempatan untuk melewatan panda-panda ni. Walaupun tiket mahal, tapi lagi mahal tiket kapal terbag untuk ke China. Betul atau tidak.Oleh sebab dia istimewa, anda pasti teruja dan mahu melihatnya dengan lebih dekat..


ok bai 

Adik berleter di pagi hari

$
0
0
Assalsmualaikum

Hari Selasa.. selalunya hari isnin si adik akan bust perangai blues. Alhamdulillah pagi ini baik. Dia paling awal bangun, mandi awal, pakai baju awal, sarapan awal.


Pukul 6.30 pagi dia duduk depan pintu tunggu abang-abang siap.
Pagi ini bukan emak yang berleter..adik yang berleter. Macam-acamlah dia cakap. Ikut perangai siapa lah agaknya

Ok bai

Nama Sebaris Dengan Wartawan

$
0
0

assalamualaikum


Tidak pernah bermimpi nama akak sebaris dengan nama wartwan lain. Mesti lah teruja. Dunia blogging dan dunia penulisan adalah dunia yang glamour. Macam artis juga. Wartwan di belakang tabir. tapi bloggng kita jadi perhatian. Artis lah itu. Sebab muka kita akan terpampang di internet seperti facebook, instagram, twitter dan blog. 
Masa mula- mula berblogging orang kita macam entah apa-apa. sekarang mula di kenali semenjak dua menjak menjadi ahli kelab blogger ben ashaari... muka akak merata..

tidak seperti majalah. orang tidak tahu siapa di belakang tabir. nama sahaja yang terpampang..tapi hendak mencari bahan bukan senang. kalau blogging isu semasa sahaja kita sudah boleh cerita. contoh apa yang kita buat dalam seharian kita. 

zura welcome to journalism world.. 


nama siti hazura itu adalah nama akak

1st task sebagai wartawan..

2nd task

ok bai

Alergy jumpa camera

$
0
0
Assalamualaikum

Bila akak dengan adik-adik dari kelab blogger ni pantang jumpa kamera mesti bergambar. Tengok lah kami ni semua macam rupa ada.
Sila nikmati gambar akak dan adik-adik


Dalam gambar ni ada razi, zarin, yaya b dan akak



Najeeb, yaya b ,razi dan akak






















Ok bai

Kuala Lumpur

$
0
0
Assalamualaikum

Kuala lumpur
For almost 30 yea rs i leave in Kuala Lumpur
Selebihnya di mana...? Ober sea, in sea, on land out land lah
Setiap hari byk yg berubah..
Baru 4 thn jer tinggalkan kl..utk jangka masa lama
Tu dia.. rmh kat kg pandan tu tenggelam habis dek bangunan kondo
Gambar dr klu 4.00pm, 6.30pm, 7.30pm n 10pm













Ok bai

Maggi Telur Mayong D'laila Mee Udang Sedap

$
0
0
Assalamualaikum

Minggu lepas pergi interview dsn photoshoot di kedai D'laila Mee Udang bertempat di MMA Corner Nilai..

Memang dugaan sebab semua nampak menarik..
Belum boleh makan lagi sebab hendak ambil gambar
Sabar zura...sabar anak-anak yer.. semua tunggu dengan penuh sabar dandi hidang dengan ABC ice krim yang sedap... ada ummppphhh..
Berbaloi sungguh dapat makan ABC.. berebut dengan adik....





  • Maggi telur mayong


Maggi ini lah yang Ben Ashaari selalu tunjuk di Blog dia..sedap sangat. Sebab lain dari yang lain. Tidak mahal pun. Kena datang bawa family kesini untuk cuba kelainannya





Maggi kambing

Si haris makan licin. Dia kata dia tidak makan kambing. Dia tidak sedar dia sudah ngaap tulang kambing





Mee udang

Sekarang mee udang yang sedap sudah berada di Nilai. Hendak ke Sg Dua jauh yang amat. So ke Nilai jer lah kita




Sup gear box

Adik dan hanif berebut makan sup ni. Kesukaan dia orang lah. Makan dengan nasi kosong. Teh o ais jumpa. Makan sampai kenyang. Jangan kata makcik Laila tak payung. Payung sampai speehless





Mee kupang

Pilihan abang hakim. Sepanjang waktu makan. Sedap momee.. nanti datang lagi.. sedap momee .. belajar dari makcik macam mana nak buat. Ialah abang nanti momee belajar. Tak pun bila free kita datang lagi





Asam pedas telur mayong

Sebab banyak sangat makan, Laila ta pow kan masak asam ini, Kami makan di hotel. Balik dari workshop style ..licin.. tinggal kuah aje. Budak-budak ni kalau sedap makan tak hinggat mak.. mak pun nyanyi lah batu belah batu bertangkup.. makan lah aku wahai batu belah...huuu





Mee ketam

Korang rasa korang telan air liur tak tengok ketam dia.. gluuuppp.. sedap nak arwah..sedap bangat.. akak makan orang kata mak mertua lalu pun tak perasan tau





Masak lemak daging salai cendawan kukur

Very authentic malay disheses. Dengan pedas, bau smoke daging salai dan cendawan kukur yang manis fuuuhhh.. berpeluh makan dengan nasi putih

Tapi kami makan lepas habis shooting lah...hiii. kalau berminat untuk memiliki resepi semua masakan diatas tunggu keluaran majalah aroma bulan oktober 2015.

Korang nak try memang akak bagi 5 bintang lah

D'laila juga ada membuat penghantaran di kawasan sekitar Nilai, Sepang, Putrajaya dan berdekatan tersebut.

Harga pun berbaloi ikut saiz dari RM7.00 -RM20.00

Bertempat di

D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER ( SILA WAZE )
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Ok bai

Abang jumpa hantu

$
0
0

assalamulaikum

Dia balik.. depan pintu
Ami.. tolong ambikkan towel abang
What happen to you abg..
Terkencing dalam seluar ..
Apesal..terjumpa hantu kat depan surau
Kata emaknya
No. 1 padan muka sape suruh blk lambat
No. 2 mcm mana rupa hantu tu..? Dia terbang dr kaw paya tu smp rmh wo besah..
No.3 sila basuh seluar tu bersih2 yer
Lain kali jgn gelakkan mak..klu mak citer hantu..
Ok bai

Cekodok pisang

$
0
0
Assalamualaikum



Cekodok pisang buat akak teringat pada arwah mak dam ayah. Sebab mak rajin buat. Ayah rajin makan. Setiap petang mesti ada sahaja kudapan yang mak buat untuk ayah dan anak-anak dia. Pisang tumbuhan yang paling senang hendak hidup. Suatu masa keliling ipni penuh dengan pokok pisang. Pisang nangka, pisang nipah, pisang tanduk, pisang masam manis, pisang 40 hari dan ada beberapa pisang nama yang akak tidak kenal

Hari ini hendak share resepi cekodok pisang. Simple dan sedap

Bahan

500 pisang..
100mlm air
200gm gula
200gm tepung
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Minyak untuk mengoreng

Cara
1. Kisar pisang, gula, air dan garam sekali
2. Kemudian bancuh dengan tepung
3. Bila sudah rata masukkan soda dan kacau hingga rata
4. Panaskan minyak
5. Jemput-jemputkan adunan tadi dalam minyak panas
6. Goreng sehingga kelihatan berwarna coklat

Kenapa soda di letak akhir sekali. Jika kita letak terlalu awal soda akan jadi tidak aktif. Bila kita goreng cekodok kita tidak mengelembung.

Selamat mencuba

Ok bai

Adik chumel

$
0
0
Assalamualaikum

'Momee adik chumel tak?' Bila dengar dia kata comel ke tidak mak dia terus pusing arah dia..



Aloo loo pakai cermin mata mak. Mesti lah comel. 4hb oktober adalah tarikh lahir dia. Dia sudah rancang macam-macam. Kek ada gambar kartun. Kek bulat. Kek coklat. Nanti bawa gi sekolah yer momee

Ok lah adik..

Ok bai

Kasut kickers

$
0
0
Tadi pergi mahkota prade. Window shopping. Masuk parkson. Ada sales rupanya. Pergi bahagian kasut. Jumpa kasut ini




Kena beli kasut bertutup. Perunding imej saya memberi nasihat sebegini supaya kami para blogger nampak kemas.

Harga asal ialah RM399.00 selepas discount jadi RM89.90. Woww..berapa percent discount dia.

Nak lah cantik dan flat shoe.. korek punya korek dalam handbag.. cukup RM89.90

Sukanya hati

Ok bai

Jangan Ikut Belakang Ambulan

$
0
0
assalamualaikum

AWAS
di larang mengikuti ambulan
ANDA SEDANG DIPERHATIKAN



Sebenarnya masih ramai lagi pemandu di malaysia ni masih tidak memperdulikan bunyi siren ambulan
Masih ego ditengah jln tanoa menepikan kenderaan mereka
Kenapa?


Buka nampu

$
0
0
Momee buka nampu?.
Buka nampu? Apa pula nampu tu...gelap lah..oww buka lampu..
Bukan lamou sahaja yang dia pelat.. lanti lanti lah momee
Lanti-lanti rupanya nanti-nanti

Adeehhh anak aku

Ok bai

Tahap IPU berapa ni?

$
0
0
Assalamualaikum

Hari ahad.. oagi lagi dah keluar rumah hantar abang gi tusyen. Lihat dekat luar berjerubu sangat. Sakit kejap




Penglihatan juga kurang

Rasa sakit tekat, bersin, nak tarik nafas rasa sakit hidung dan dada rasa sesak. Ini bermakna udara kita betul tidak bersih. Lusa momee dah nak ke kuala lumpur. Dia orang kena balik dari sekolah jalan kaki. Fuuuhhh... kesian anak ku.



Matahari di sebalik jerubu

Punca jerubu ialah pembakaran hutan negara jiran. Sudah bertahun tapi masih tidak jumpa jalan penyelesaian kedua-dua negara. Masing-masing menuduha antara satu sama lain. Mangsa siapa.. kita lah

Apabila keluar dari rumah di nasihatkan memakai topeng. Kurangkan aktiviti luar rumah. Jangan lakukan pembakaran terbuka dan minum air yang banyak

Ok bai

Suka pergi supermarket awal pagi

$
0
0
Akak suka pergi tolong buka pintu supermarket waktu pagi. Kenapa?
Supermarket dekat sahaja dengan rumah. Boleh nampak dari rumah banyak kereta atau tidak. Supermarket dekat ni namanya Family Store. Tiap-tiap hari penuh orang. Sebab murah. Orang kalau berniaga mesti datang beli di sini. Dan ada sistem credit katanya..entah lah yer

Akak suka datang awal sebab orang masih tidak ramai. Mudah hendak tolak troly. Lambat sikit penuh dengan peniaga mencari bahan mentah. Kemudian cepat dapat bayar. Kalau tidak..fuhhh panjang que.. paling sakit hati orang potong .. tapi jarang lah berlaku. Mau kena sound. Siap cepat.. balik cepat.. masak cepat. Mak kan busy.. driver, chef, makpak, blogger reporter.

Paling mustahak pergi awal pagi ni ialah.. tak kena saman sebab tak letak parking tiket....sebelum penguatkuasa datang waa dah ciow.. letak parking paling jauuhhh nun belakang

Weyyy.. Masjid Tanah ku udah moden tau. Kena letak parking tiket. Kalau tidak SAMAN..


Ok bai

Naik ERL

$
0
0
Budak-budak ni dah request lama nak try naik ERL. Selalu dengar mak cerita laju. Tapi tak selaju keretapi laju jepun lah.



Abang hakim dalam ERL




Hanif dengan muka hendak tahu




Haris memandang keluar menikmati kelajuan train

Teruja diaorang sebab selalu naik komuter, keretapi biasa, star atau lrt. Haris macam tidak percaya dari TBS ke KL sentral hanya 10 min. Harga tiket berbaloi lah dengan kelajuan dan kepantasannya. Kami berlima harga tiket RM14.40. Hanif, Haris dan Hanis, mak dia beli tiket kanak-kanak...hiiii

Kalau kita hendak ke KLIA. Rasanya ERL lebih effective dari segi masa dan cost. ERL boleh sampai ke KLIA 2 juga tau. Kenapa effective dari segi masa dan kos. Masa untuk sampai ke KLIA dari KL Sentral hanya 25min-30min. jem yang memang terkenal di kuala lumpur. Jika dengan kereta lebih kurang 1 -1 1/2 jam. Kos pula ialah jimat duit minyak, toll dan parking. Betul tak?

Ok bai

Orang berbaju putih

$
0
0
Masjid tanah-lubuk china-batu hampar-rembau-simpang ampat-padang kambing-jumpa hantu-masjid tanah

2 minggu lepas ada buat delivery ke Rembau. Waktu penghantaran ialah 6.30ptg. Sampai di rembau kul 7.30ptg. Lepas sekejap balik semula ke Masjid tanah. Ikut laluan rembai - Chengkau pula. Sampai simpang ampat dalam pukul 9.00mlm bawa slow malam-malam jarak penglihatan akak kurang sikit.

Simpang ampat-padang kambing.. masa dalam perjalanan ini adik cakap momee ada orang tahan nak tompang kereta kita. Haaisshh dalam hati kata apalah budak ni bising lah pula. Mak dia diam tak jawab

Mak sudah nampak. Tapi diam dalam hati baca jer ayat kursi. Bawa laju boleh tahan untuk lepaskan objek tu. Objek tu macam orang pakai warna putih tahan kereta. Orang atau hantu. Tidak pasti. Berdiri tepi jalan.. seram lah juga. Si abang ada tapi dia tak perasan. Dah jauh baru tanya abang ada nampak orang pakai baji putih berdiri tepi jalan ke tidak tadi. Tak de pun pun momee. Maknanya dia tak nampak adik sahaja yang nampak..

Apakah itu?

Tidak pasti ..biarlah..

Kalau cerita dengan kakak mesti dia kata kenapa lah benda ni suka sangat dengan ko.. tiada jawapan yang tepat untuk di bagi. Sebab selalu sangat nampak dan jumpa..huuuu...spesis apa lah aku ini?

Pernah tanya orang pandai-pandai. Jawapannya ko tu baik. Sebab tu benda ni suka. Benda-benda ni suka orang baik-baik. Ia ye ke?

Gelak jap

Ok bai

Cara menyimpan cream cheese

$
0
0
Cream cheese jika dibuka tidak boleh tahan. Jika kita simpan dalam peti sejuk cream cheese mudah berkulat. Masalah timbul jika kita hanya mengunak separuh sahaja cream cheese tersebut.Tetapi cream cheese boleh tahan lama dalam peti sejuk jika simpan dengan cara yang betul.




Simpan cream cheese dalam plastik





Ikat tanpa ada ruang udara

Caranya ialah simpang cream cheese dalam plastik bersih belum digunakan. Kemudian ikat dengan getah. Cara ini di ajar oleh Mamazieza Hassan, salah seorang guru roti akak. Tetapi diubah suai sedikit olah akak sesuai dengan keadaan.

Cream cheese selepas di ikat disimpan didalam peti sejuk. Bukan di bahagian freezer tetapi bahagian tengah yg menyimpan yogurt atau marjerin. Jika simpan di bahagian freezer. Cream cheese akan berketul sebab terlalu beku. Apabila defrost quantity air akan terasing dari cheese sebab itu cheese akan berketul

Selamat mencuba

Ok bai
Viewing all 450 articles
Browse latest View live