Semenjak cerita Acap hilang di sekitar Gua
Tempurung, macam-macam entri yang Kak Z baca. Entiti memang ada di sekeliling gua dan dalam gua. Akak selalu pesan pada diri akak jaga mulut bila hendak melangkah masuk ke dalam gua. Bagi salam...fuhh berpeluh ada yang menjawap.. tapi aku tak nampak. Minta izin kat orang dalam tu..kata sekadar nak melawat.
Semua ini berlaku dengan izin Allah. Sebab akak tidak mahu membawa ke arah syirik. Kita mohon perlindungan dari Allah. Jangan bagi benda alam ghaib ni kacau kita. Sebangai manusia yang beradab masuk tempat orang bagi salam dan minta izin.. Alhamdullilah , Allah melindungi akak dan anak-anak yang bersama dengan akak.1st time masuk gua berdebar juga lah. Kali ni cuti-cuti Malaysia. Rupanya ada tempat imenarik di Malaysia ni. Rugi kalau korang tak mencuba pengalaman ni. Orang asyik cerita Pakistan cantik, New Zealand cantik.. Jepun cantik. Termasuk lah kakak yang menulis ni.
Walhal dalam Malaysia ada tempat menarik macam ni untuk di ceritakan kepada kawan-kawan backpacker. Bukan hanya laut yang cantik atau shopping mall sahaja Malaysia ada. Tapi ada juga gua untuk di terokai. Masa akak travel backpacker selalu tanya.. apa yang best pasal Malaysia.. beach and shopping mall. Nampaknya akak salah. Minta maaf.
Ini adalah day trip ikut rombongan sekolah anak. Selalunya gunung yang ku daki. Tapi kali ni cuba masuk gua pulak. Dari Melaka bertolak pukul 11 malam. Sampai tapah 4 pagi. Solat subuh dan sarapan. Akak nasihat. Sebelum masuk gua sila makan yang berat. Sebab kita memerlukan tenaga yg banyak. Tangga yang tinggi dari satu stage ke stage yang lain. Kemudian turun meredah sungai dalam gua. Pukul 8.30 counter tiket di buka.
Kami memilih package wet tour 3. Mudah sikit sebab bawa budak sekolah. Apa pun best. Tengok lah gambar kegembiran kitaorang dalam gua dan keluar gua.
Masa masuk dalam group ada auntie 65thn. Dia masih kuat untuk naik tangga yang tinggi dan melawan arus air sungai dalam gua. Waktu ni memang kena berkerjasama antara satu sama lain walaupun berbilang bangsa. Korang kena kena cuba pengalaman ni.
Korang boleh tengok full video di youtube SGB TRIP TO GUA TEMPURUNG 17 NOVEMBER 2018. Merasi macam mana keadaan di dalam gua.
Ini adalah package yang di sediakan
Dry Tour 1: Golden Flowstone
Lawatan ini akan bawa anda kira-kira 20 minit untuk sampai ke platform 3 yang dikenali sebagai Golden Flowstone. Anda akan melihat batu kapur yang bewarna emas di platform ini. Jumlah tempoh lawatan ini akan mengambil masa kira-kira 40 minit.
Bayaran masuk:
Dewasa – RM8.00
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun – RM4.00
Warga Emas 60 tahun ke atas – RM4.00
Waktu Pelancongan: 9:00 pagi hingga 4:00 petang setiap hari.
Dry Tour 2: Top of The World
Pakej pelancongan ini memerlukan sekurang-kurangnya 5 orang dewasa yang membawa anda 50 minit untuk sampai ke platform 5 yang dikenali sebagai Top of The World. Ia diberi nama tersebut kerana lokasi ini adalah yang tertinggi di seluruh gua. Jumlah tempoh lawatan ini adalah 1 jam dan 45 minit.
Bayaran masuk:
Dewasa – RM12.00
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun – RM6.00
Warga Emas 60 tahun ke atas – RM6.00
Masa Lawatan: 9:00 pagi hingga 3:00 petang setiap hari.
Wet Tour 3: Top Of The World and Short River Adventure
Pakej pelancongan ini memerlukan sekurang-kurangnya 8 orang dewasa jarak perjalanan sekitar 2.4km. Anda akan melalui Golden Flowstone dan Top Of The World. Seterusnya, akan dibawa ke pintu masuk dengan menggunakan sungai bawah tanah. Sudah pastinya anda akan basah apabila anda berjalan di sepanjang sungai yang sejuk dan jernih. Jumlah masa yang diperlukan untuk keseluruhan lawatan adalah 2 jam dan 30 minit.
Bayaran masuk:
Dewasa – RM15.00
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun – RM7.50
Warga Emas 60 tahun ke atas – RM7.50
Masa Lawatan: 9:00 pagi hingga 12:00 petang setiap hari.
Wet Tour 4: Grand Tour
Lawatan ini adalah lawatan yang paling mencabar dengan tempoh masa 3 jam dan 30 minit. Anda akan menempuhi jarak 3.8 km dari permulaan pintu masuk hingga ke sungai bawah tanah. Lawatan anda akan merangkumi semua tiga lawatan yang di atas serta pergi ke arah timur gua dan kembali melalui sungai bawah tanah.
Bayaran masuk:
Dewasa – RM30.00
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun – RM15.00
Warga Emas 60 tahun ke atas – RM15.00
Masa Lawatan: 9:00 pagi hingga 11:00 pagi setiap hari.
Group kitaorang memilih Wet tour 3. Mungkin lain kali baru pilih wet tour 4.
Selamat mencuba
Ok bai