Quantcast
Channel: Cerita Kak Z
Viewing all 450 articles
Browse latest View live

TRAVELOG PART 2 - MENANGIS KETIKA TRAVEL

$
0
0


4 kali Kak Z menangis disana. 1. Melihat matahari terbit di tepi pantai Haeundae 2. Semasa melihat Mount Fuji dari flight 3. Mendapat keputusan PT3 Hanif dan Haris  4. Masuk Hiroshima Memorial peace Park. Paling sakit hati dengan google  maps apps sebab asyik menipu jer. Adik beradik waze korang faham-faham la…haaaa. Feeling masa Nampak Mount fuji macam ko dapat bonus 24 bulan. Nangis dalam flight. Passenger sebelah aku agaknya gelak sib baik tak de orang sit sebelah. 

 Image may contain: ocean, sky, twilight, beach, outdoor, water and nature

Hauendae Beach

Lepas solat subuh Kak Z terus lari ke pantai Hauendae. 5 minit berjalan kaki dari hostel Kak Z. Bila tengok burung camar terbang Ya Allah memang menakjubkan kebesaran Allah. Orang pantai timur mungkin dah selalu tengok benda ni. kita duk pantai barat gayat ler. Sejuk  pagi tu suhu dalam 2 darjah . Kak z gigih tunggu selama 1 jam untuk ambil gambar ni. Masa tu dan dan keluar air mata. Nape nangis entah lah. Dah tua atau rindukan anak-anak masa tu. Kak Z memang baca dalam artikel sorang mat saleh mengenai pantai Hauendae ni. Sebab tu duduk area ni walaupun jauh. best 



Mount Fuji

Mount Fuji adalah salah satu gunung berapi yang sedang tidur kata my sister. 2jam perjalanan menaiki bus dari Tokyo.  Dalam flight dari Busan Kak Z dapat melihat Jepun ni kawasan berbukit bukau. Sayup-sayup nampak Mount Fuji. Bila nampak Fuji teringat adik pesan. Momee jangan lupa ambil gambar Fuji nak tunjuk kat kawan adik momee  gi Mount Fuji. dah lah rindu dengan rindu teringat pulak ayat-ayat cinta mau tak meleleh air mata mak dia.. Memang cantik lah selalu tengok di kalender. Hari tu nampak depan mata. Dalam bus memang ada pengumuman bila keluar dari lereng bukit yang mengatakan dah sampai Mount Fuji. dalam bahasa Jepun mana nak faham. Tapi memang lah dia nak bagi tau lah fuji tu di sebelah kiri. Huntung Makcik duduk tepi tingkap kiri.

Image may contain: 1 person, closeup

Dalam Shinkansen

Hari yang keluar keputusan PT3, kak Z dalam perjalanan ke Hiroshima dalam shinkansen. Sedih ko..anak-anak pergi ambil keputusan tanpa emak. Pergi dengan Maklang diaorang.. Pagi-pagi lagi Ustazah dan Cikgu Whatapp keputusan. Alhamdullilah memang baik.. Tapi mak diamkan dulu. Biar dia yang message mak dia. Happy sangat kami buat video call. Muka mak relax walhal,,dah balun nangis sebelum tu.. simpan mata bengkak di sebalik Rayban..pandaikan mak dia..


Hiroshima Memorial Park


Kali ketiga..adehhh dalam Hiroshima Memorial Peace Park aku mengalirkan airmata. Janganlah anak cucu keturunan kita terlibat dalam perang..bom apa-apa aje lah.. Memang sayup dan sedih. Ketika di sini kita akan melihat bangunan dimana bomb atom itu meletop. Bangunan itu masih ada untuk di jadikan monument. Waktu ini air mata belum keluar lagi tapi bila kita masuk ke dalam Hiroshima National Peace Memorial Hall mendengar air yang mengalir di tengah hall bulu roma tegak dan air mata mula mengalir. Dalam hall ini kita akan melihat kehancuran Hiroshima dari sudut 360darjah. Naik ke bilik tayangan mendengar cerita dari tayangan yang diadakan selama 20 minit. Kita akan mendengar cerita seorang lelaki yang kehilangan anak dia semasa pengeboman ini. Peristiwa yang berlaku semasa pengeboman tersebut.Insaf...Jangan lah anak-anak dan keturunan kita mengalami peristiwa macam ni.

Hiroshima National Peace Memorial Hall for the Atomic Bomb Victims

Hiroshima National Peace Memorial Hall

credit pic to:- 

 http://shomei-tanteidan.org/en/wlj/hiroshima-national-peace-memorial-hall-atomic-bomb-victims/

Seterusnya cerita hantu semoga korang tak boring baca.

Ok bai

TRAVEL LOG PART 3 - ITINERARY DAN PERBELANJAAN DI KOREA SELAMA 8 HARI 7 MALAM

$
0
0
Perbelajaan Kak Z bergantung kepada Itinerary yang Kak Z buat sebelum terbang. Duitnya kena cukup. Flight dan hotel telah siap di tempah dan bayar. Makanan yang di bawa juga perlu mencukupi. Duit poket semasa disana. 

Kak Z tidak membeli belah sangat di sana. Hanya beli serba sedikit untuk anak-anak dan sedara mara di Malaysia. Kita pun budget ciput. Duit yang dibawa cukup makan, beli tiket entrance, duit t-money untuk subway dan simpan jika berlaku kecemasan. Kak  Z bawa RM1,500 yang di tukar kepada Won. Masih lagi berbaki lagi sebelum terbang ke Japan. Masa di Narita Airport, Kak Z tukar semua duit Won kepada Yen. Jadi duit Yen ada lebih dari yang Kak Z dah tukar di Malaysia.

Ini adalah Itinerary dan perbelanjaan Kak Z ketika di Korea








Harap itinerary dan budget perbelanjaan ini dapat membantu korang buat plan dan menabung sebelum ke Korea. Jumlah keseluruhan Korea dan Japan RM8,646.00.

Ok bai

TRAVELOG PART 4: ITINERARY DAN PERBELANJAAN DI JAPAN SELAMA 16 HARI

$
0
0

Hari ini Kak Z share itinerary dan perbelanjaan saya selama 16 hari di Japan sebagai solo traveler. Solo traveler bukan pilihan untuk orang perempuan yang beumur 44 tahun. Alhamdullilah Kak Z dapat melakukannya...walaupun kesihatan Kak Z menurun beberapa bulan sebelum terbang.. alhamdulllilah sampai sana Kak Z dapat mengatasinya.

Persiapan bukan setakat mental.. fizikal juga. Kak Z dapat berjalan..mendaki dan berlari tanpa masalah...cuma demam sehari ..Korea sejuk sangat.. Perjalanan Kak Z bermula dari Korea terus ke Jepun selama 24 hari.  Banyak yang manis dari yang masam..paling best menangis nampak Fuji.. sebab selalu nampak dalam kalender..paling adventure naik Mount Shosha sensorang ..paling takut jumpa hantu kat hostel.. paling ngeri kena tahan di Narita airport.

Di Jepun Kak Z, bermula dari tokyo-fuji-kyoto-osaka(base)-hiroshima-kobe-himeji-okayama-fukuoka. Itinerary yang Kak Z share ni simple. kalau original pening sikit. nak ke wakayama.. akibat demam miss 1 hari perjalanan

Semasa di Jepun Kak Z mengunakan Goggle maps app dan rome2rio. Hyperdia membantu kalau nak naik shinkansen. Since Kak  Z travel jauh dari base Osaka, Kak Z memilih shinkansen. Kak Z hanya beli 2 pass sahaja iaitu Tokyo metro pass 72 hours dam JR 7 days pass. Lain-lain guna Icoca card. 
Keputusan bedasarkan apa yg dishare dalam RTJ dan belajar melalui blog mereka yang sudah biasa ke Jepun. Kali  ini travel yang senang dulu insyallah Kak Z akan travel ke tempat lain. Sesat di tokyo sekali..sesat berkali-kali di Osaka..baru adventure betul tak. but should try.. senang je.

Nak share cara naik shinkansen..Kak Z reserved tempat pada hari yang hendak travel di pejabat jualan tiket. Kalau dari shin osaka Kak Z pilih naik Sakura lebih selesa dari Hikari. jadual perjalanan dalam hyperdia.com

Korang baca itineray di bawah mungkin dapat membantu.










Insyallah jika dipanjang umur Kak Z akan datang lagi. Doakan kesihatan Kak Z lebih baik selepas ini.

wasalam..

ok bai

TRAVELOG PART 5: KENA USIK PAK COKOK DI JEPUN

$
0
0

Apa pak cokok? Kalau kat kampung Kak Z. Mahluk di alam ghaib. Dah Ccrita hantu? Ada 2 kali kena.Kalau kat Malaysia boleh ler Kak Z jampi ni kat Jepun entah dia faham tidak betul tak? Aku cakap melayu dia cakap Jepun . Kat mana akak kena Satu kali di hostel. Akak tinggal di area Asakusa. Sape pernah duduk di area Asakusa tau lah nape. Tempat tru memang sorrow. banyak bangunan lama. Asakusa adalah kawasan temple Sensoji. Tak mustahil ada mahluk tu area tempat akak tinggal. Hanay 300 meter jer..

Masa di hostel tak ada orang dalam dorm. akak sedang mengemas beg. Sebab ke esokan hari hendak ke Fuji. 2-3 kali bayang hitam lalu tepi akak. Ingat langsir terbang sebab tingkap terbuka. Tengok tingkap tutup..bulu roma tegak.. sah dia lalu lagi..sekali imbas jer.. tak tunjuk muka pun. Kalau tunjuk mau aku pengsan kat situ.. Terpampang front page surat khabar Jepun. Blogger Malaysia pengsan jumpa hantu. Memang mahluk ni  nak kacau aku. Kak Z kemas perlahan.. sambil tu bercakap "baik-baik jangan kacau." Handphone kat sebelah..akak baca ayat kursi dan buka surah Yassin dari handphone.. lepas tu dah tak lalu lalang dah..berdentum pintu kena langgar..seram lah mana tak seram..



Sekali lagi kena kacau masa di Mount Shosha. Mount Shosha ni adalah salah satu tempat pengambaran Last Samurai. Antara tempat memang Kak Z nak pergi. Sanggup naik ropeway yang memang aku takut. Masa nak turun ke Ropeway akak turun tak jumpa sorang pun. Walhal jalan yang sama semua orang ikut. Tak de orang langsung. Sebab jalan mengikut arrow yang ada. Dan ada orang lain sama jalan dengan Kak Z masa tu. tengah syiok-syiok jalan tak de orang. Mana pulak orang lain ni singgah temple lain ke. tapi sepanjang jalan macam tak de temple. Lepas tu atas pokok burung gagak ikut Kak Z. kita ni gatal tengok ler kat atas mana datang gagak tu. dia ikut dari satu pokok ke satu pokok. Kuat dia berbunyi. Lepas tu macam pusing tempat yang sama. Hurmmm.. mesti lain hal ni. Handphone kat tangan. dalam hati kata tak leh jadi. baca ayat kursi . Same time buka yassin.. Burung gagak tu bunyi sekali kuat dia terbang. Baru Kak Z nampak orang. Kalau cerita kat orang mesti kata mana ada. Tak kisah but it i gain some experience from there.


Kalau yang pernah pergi Mount Shosha akan tahu macam keadaannya..ada kubur, hutan, banyak patung Buddha dan juga temple. Masa Akak rasa sorang je Islam yang naik bukit tu masa Kak Z. Sorang pula tu. Mesti saja nak ngusik. Kak Z berenti kejap buka surat Yassin kuat-kuat dari HP. Dalam hati kata kang Nampak orang slow kan lah.. Alhamdullilah tak de lah viral orang Malaysia sesat di Mount Shosha. Bila dah nampak orang nak kecilkan volume HP. Tapi memang antara test yang Kak Z dapat. Mau tak seram.. sensorang ko 


Arashiyama Bamboo forest ni kalau lalu kena jaga-jaga sikit mulut kalau bercakap. Disebalik bulu-bulu yang ada tu kubur. korang mesti tak tahukan. cuba google settalite map. penuh dengan kubur. Masa di sini Kak Z berdebar juga. kot kot ada yang tunggu. Alhamdullilah tak jumpa. Ada plan nak melawat lampu sepanjang Bamboo Forest. Tapi mengenakan sorang cancel plan. Apa pun this is nice place. Even Mount Shosha pun cantik. Cuba kena beringat banyak..

Sambut cerita lain pula next travelog

Ok bai

TRAVEL LOG PART 6: MISI MENCARI MOUNT FUJI DI JEPUN

$
0
0


Gunung Fuji Di Depan Mata

Dari kecil Kak Z melihat Gunung Fuji. Tengok kat dalam kalendar jer lah. Simpan azam nak sampai sini. Dari dalam flight lagi Kak Z teruja sangat bila nampak Gunung Fuji. Meleleh airmata. Alhamdullilah may dream come thru. 

Gunung Fuji adalah gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3776 meter. Dan gunung berapi yang masih aktif. Sekarang gunung ini sedang tidur dari meletus. 
Jadinya Kak z pun memulakan meneruskan perjalanan ke Pekan Kawaguchiko. Pekan ni terletak di kaki Gunung Fuji. Untuk sampai sini ada 3 cara kalau dari Tokyo:-

1. Naik train dari Tokyo Station
2. Naik bus dari Shinjuku Bus Station atau Tokyo Station atau Akihabara Station.
3. Drive sendiri..

Kak Z naik bus. Resort bus dari Shinjuku Bus Station. Subway dari Asakusa  ke Shinjuku Bus Station. Beli tiket di tiket kaunter. Harga 1750Yen. Kak Z membuat carian di internet mengenai bus ke Kawaguchiko. Terutama dalam group FB - Road to Japan. Ramai yang menulis perlu membuat tempahan untuk tiket bus ke sana terutama  peak season. Tapi alhamdullilah hari yang Kak Z hendak ke sana terus dapat tiket. Korang boleh juga menempah lebih awal tiket ni nanti terlepas perluang pula melihat Fuji lebih dekat. Masa korang naik bus ni make sure korang simpan tiket ini sampai turun bus. Nanti tidak memasal driver bus tanya 'mana lu punya tiket...' . ingat yer. Simpan tiket sampai turun bus. 

Sepanjang 1 jam 45 minit perjalanan tidak membosankan sebab kita akan melihat kawasan perkampungan, dan bukit-bukit dengan pokok di musim luruh. Lebuhraya di Jepun sama macam di Malaysia cuma tidak sesak ketika Kak Z ke Kawaguchiko. Kalau korang tidak dapat naik bus, boleh juga naik keretapi ke sana.Tetapi tiket lebih mahal dari bus. Ambil keretapi dari Shinjuku JR station atau dari Tokyo Station. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit - 3 jam.  Perlu tukar beberapa station. Korang boleh rujuk jadual perjalanan di www. hyperdia.com. I  think you goin to enjoy the scenery.  


BUS RESORT EXPRESS

Kalau korang menaiki bus dari  Tokyo pastikan mengambil tempat duduk Kanan. Bukan belakang driver tau Sebelah tu. Ambil di tepi tingkap. Kalau menaiki Shinkansen dari Tokyo pastikan ambil dikanan kearah Selatan dan Kiri kearah utara. memang indah sungguh permandangan fuji dari dalam bus.Perjalanan ke Mishima untuk menaiki Shinkansen ke Kyoto sepanjang perjalanan memang melihat Gunung Fuji.


TIKET BUS SHINJUKU KE KAWAGUCHIKO

Bila kita melalui lereng bukit hati berkata-kata untungnya aku dah sampai sini. Siap berangan nak honeymood kat sini. di hujung highway tetiba ada pengumuman dalam bahasa Jepun. Ingat kan dah sampai kena ready lah. Rupanya dia umum belah kiri tu ada Mount Fuji. Masyallah dapat melihat dengan jarak yang dekat. Kak Z beruntung sebab hari cerah memang jelas nampak gunung Fuji. Snap-snap gambar sebanyak yang boleh sebab teruja. Siap hantar Whatapp kat group anak-anak .. nanti kita datang yer.. airmata keluar buat malu dengan mamat duduk kat sebelah.. berjurai.. Fuji woiii..dah 44 tahun baru sampai...haaaa  

Dari Shinjuku bus akan berhenti di Fujiyama Station. Kak Z turun di Kawaguchiko Station. Jadi korang jangan terkeliru nak turun dimana. Alert sikit waktu ni. Melainkanmemang korang nak turun di Fujiyama Station. Sebab di Fujiyama ada amuse park. Dari luar boleh nampak roller coster berpusing berlatar belakangkan Gunung Fuji.. not me.. kecut perut. Bus meneruskan perjalanan ke Kawaguchiko Station lebih kurang 10 minit sahaja. Turun Cari guide map atau ke information counter. untuk membeli pas atau mendapat info mengenai kawasan sekitar Kawaguchiko. Kalau korang dah siap itinerary dari Malaysia..insyallah tidak ada masalah dan dah tahu bus apa yang perlu di ambil untuk lawatan.


STATION KAWAGUCHIKO 


GUIDE MAP


BUS STAND DI KAWAGUCHIKO STATION

Sampai di Kawaguchiko lebih kurung pukul 11.45pagi. Kak Z terus pergi ke hostel. Rupanya keluar sahaja pintu hostel hambik ko Gunung Fuji depan mata. Memang cantik sungguh pemandangan yang Allah kurnia kan pada hari Kak Z sampai. Terang dan jelas nampak Fuji. Dari Malaysia dah set my mind untuk naik basikal meronda Lake Kawaguchiko dan Lake Saiko. Riki setiap hotel yang menyediakan basikal di dalam Google. Kemudian book melalui agoda. 3100Yen memang mahal untuk sebuah katil tapi sebaliknya dapat apa yang Kak Z idamkan..Pemandangan Fuji. Sebab tu Kak Z pilih K's House Mount Fuji:-

1. Nak sewa basikal
2. Dekat dengan Lake Kawaguchiko dan Lake Saiko
3. Dekat dengan supermarket
4. Dekat dengan bus
5. Senang untuk melawat kawasan sekitar




BASIKAL SEWA

Selepas check in Kak Z sewa basikal dari hostel dengan bayaran 150Yen/jam. Korang bayangkan dah berapa lama aku tak naik basikal. Practice dulu sebelum memulakan perjalanan. Pusing depan hostel 2-3 kali. Walaupun ada insurance. Mak sensorang kat sana nak. Takut juga kalau jatuh tergolek atas jalan. Tapi jalan raya di Kawaguchiko memang lengang. Selamat lah. Sambil kayuh berangan. Nak duduk Kawaguchiko lah..

Rumah comel-comel. Sebelah rumah ada kebun cucuk tanam. Tidak sibuk.. pemandangan yang cantik. Tanah sendiri kat Malaysia yang sikit punya besar tak nak jaga, berangan tanah orang. Tengok pokok pisang kaki tepi rumah. Lepas tu rumah ala ala kat Europe. Kawasan bersih, udara segar, tidak sibuk rasa macam nak minta kerja kat situ kalau tidak ada anak 4 orang di Malaysia. Lepas tu cakap fullstop Zura.. si debab tunggu ko balik.. ok lah balik lah.. Fuji nanti datang lagi.. Tak pe pasang angan-angan tidak salah kan kan kan?


TEPI LAKE KAWAGUCHIKO

Mula-mula gigih round Lake Kawaguchiko. Kemudian ke Lake Saiko. Semua cantik sebab berlatarbelakangkan Gunung Fuji. Tak tentu arah ambil gambar. habis bateri Handphone, DSLR dan GoPro. Rasanya masa spring mesti lagi cantik sekarang ni hanya daun-daun kering. Tak pe Fuji depan mata.

Kak Z cadangkan korang sewa basikal dari naik bus kalau larat berbasikal. sebab puas hati round dari Lake Kawaguchiko dan Lake Saiko. Allocate budget untuk sewa basikal. Kalau day trip.. ada kedai di pekan Kawaguchiko menyediakan sewa basikal. Tapi Kak Z tak tanya. Korang boleh google mengenai ini.


JOM ROMDA DENGAN BASIKAL

Kalau korang tak tahu naik basikal boleh naik bus. Ada 3 jenis bus tapi route yang berlainan. Korang google http://bus-en.fujikyu.co.jp/heritage-tour/detail/id/1/ insyallah maklumat mengenai bus tersebut ada di website ni. Kak Z tidak memilih bus sebab memang dah prepare untuk naik basikal. walaupun sejuk gigih kayuh basikal keliling tasik. Puas rasanya keliling Kawaguchiko dengan basikal. Balik sebelum tidur tampal koyok keliling betis dan peha. mau tak lenguh. tipu lah kalau kata idak kepada Kak Z yang dah lama tidak mengayuh. Ramai rupanya yang memilih untuk menaiki basikal. Sebab ada geng sama-sama mengayuh.


DEPAN HOSTEL GUNUNG FUJI

Since Kak Z solo. Makanan pun dah habis kena lah beli di supermarket. Jalan kaki 5 minit jer dari hostel. Korang tau tak berapa lama akak kat dalam supermarket tu.. 1 jam hanya nak beli roti dan butter. Pekara utama halal ke tidak? Akhirnya dapat yougart. roti, butter dan coklat. Itu lah alas perut malam tu. Boleh je nak makan dan masak di hostel dia orang benarkan. Tapi malas dan penat baik aku tidur, Share bilik dengan Korean lady. Cantik sungguh dia. Berborak sebelum tidur. Bercerita pasal masyarakat Korea. Dia graduate dalam ekonomi dari Universiti of Seoul dan pandai. Selama ni hairan dalam TV kenapa student Korea balik lambat rupanya.. pergi sekolah pukul 7 pagi sambung sampai ke malam belajar. Kalau anak-anak haku..mau meleleh air liur basi depan buku. Dia sendiri mengakui penat. Perangai sebiji macam aku muda-muda dulu..apa..Rahsia..haaaa..


ARAH KE CHUREITO PAGODA

Next day atau hari kedua ke Chureito Pagoda utk melihat Fuji lebih jelas. Sebenarnya dari hostel boleh je nampak fuji dengan jelas.Tetapi review mengatakan lagi cantik view di lihat dari Chureito pagoda.. Pada mulanya tidak termasuk dalam itinerary. Kak Z mahu meneroka 3 lagi Lake di sekira Fuji. Kak Z pergi juga untuk puaskan hati melihat Fuji dari view yang berbeza.



KERETAPI DARI KAWAGUCHIKO STATION KE SHIMPYOSHIDA STATION

Dari hostel Kak Z berjalan kaki ke Kawaguchiko Station. 15 minit perjalanan sebab bus pertama ialah pukul 9.00 pagi, Dekat sahaja kalau jalan di tepi-tepi rumah orang. Seronok lah waktu pagi penghuni pun belum bangun lagi. Ke Chureito Pagoda perlu menaiki keretapi dar Kawaguchiko station ke Shimoyoshida Station. Lebih Kurang 13 minit perjalanan


STATION SHIMOYOSHIDA

MEMULAKAN PENDAKIAN KE CHUREITO PAGODA
Gigih daki 30 minit. Banyak kali berhenti sebab kes mencungap. Tapi turun10 min - laju. Pagi tu bersarapan mengadap mount Fuji. Memang pemandagan dari atas bukit ni lain. Kita boleh melihat seluruh Mount Fuji. Orang kata Mount Fuji bertopi. Sebab salji telah menutupi  puncak gunung. Kalau bukan bukan musim sejuk, Gunung ini boleh di daki. Maybe not for me. Kak Z dapat melihat dari bawah pun dah bersyukur sangat. Balik Malaysia boleh bercerita pada anak-anak..mak korang tengok Mount Fuji depan mata. So Mulai hari ini Kak Z berazam mengumpul duit nak bawa anak-anak datang sini. Aminn..


GUNUNG FUJI DARI CHUREITO PAGODA

Dalam perjalanan pulang di Station Shimyosida terdpat pelbagai keretapi lama di pamerkan. Semua keretapi ini adalah cara perhubungan antara penduduk setempat. berbeza dengan dengan Japan Railway line. Sekarang Kak Z faham keretapi di Jepun mempunyai banyak syarikat. Sebab aku duk pelik kenapa keretapi di Fui mahal. Kalau hendak murah boleh beli pass untuk 1 hari atau pass 2 hari untuk kegunaan pelbagai kenderaan samada bus atau keretapi untuk kegunaan kita semasa di kawasan Kawaguchiko. Ia lebih menjimatkan dari membeli satu persatu. Kak Z beli satu persatu sebab hari pertama berbasikan dan mengunakan bus untuk 1 arah sahaja dan hari kedua berjalan kaki dan hanya ke Shimyosida. Oleh itu tidak berbaloi membeli pass. 


Balik dari Chureito Pagoda. Kak Z meneruskan perjalanan ke Mishima dengan bus. Tiket bus di beli di Kawaguchiko station dengan harga 2450yen. Perjalanan ke Mishima Station adalah 2jam. Dari sana Kak Z menaiki shinkasen ke Kyoto. Dalam bus memandang Fuji di sepanjang perjalanan. Memang indah. Itu adalah pengalaman menarik kepada Kak Z. Alhamdullilah


Fakta mengenai Gunung Fuji:-

Ketinggian -  3776 meter 
Terletak -  100 kilometer Selatan Barat Tokyo
Kali terakhir meletus - 1707–1708
Pengangkutan  - Bus, Keretapi atau memandu kereta dari kawasan sekitar
Bandar terdekat - Kawaguchiko

Budget misi melihat fuji

Bus: 

1. Shinjuku station -kawaguchiko station -1750yen
2. Kawaguchiko station- mishima station -2450yen
3. Local bus -300yen 3 kali ulang alik..selebih jalan kaki

Hostel -

K's House Mount Fuji - 3100yen ( book melalui Agoda)

Basikal :

3jam - 450 yen ( sewa dengan hostel)

Train :

Kawaguchiko - shimyoshida station - 700yen (Pergi dan balik)

Grand total = 8750yen

Kak Z memang menghargai perjalanan ke sini. Belajar sesuatu. mengenali gunung berapi. mengenali masyarakat juga mengenali diri ini. Bahawa aku terlalu kerdil di buni allah. Suburnya tanah mereka. Dan indah mata memandang

Ok bai


TRAVELOG 7 : ENGYOJI TEMPLE DI MOUNT SHOSHA

$
0
0


Daikodo -  Engyogi Temple

Last Samurai lakonan Tom Cruise dan Ken Watanabe buat ramai yang ingin tahu lokasi pengambaran filem ini. Melalui pembacaan Kak Z pengambaran untuk filem ini di lakukan dua negara iaitu di Jepun dan New Zealand. Oleh sebab Tom Cruise yang berlakon, Kak Z pergi lah ke tempat pengambaran tersebut di Jepun. Di mana pertemuan antara Capt Nathan Algren dan Jeneral Katsumoto diadakan di sebuah kuil. 


Ruang koridor berlatarbelakang Daikodo 

Kuil tersebut di kenali dengan nama Engyoji Temple. Dalam perjalanan untuk ke Engyoji Temple Kak Z membayangkan pokok sakura di tanam di hadapan temple tersebut. Cantik macam dalam Last Samurai. Tapi buat gelak diri sendiri. It just your imagination..berangan sendiri Zura. It winter.. hanya batang pokok sakura sahaja. Itu pun di tepi Engyoji Temple. Bukan di tengah-tengah padang. Pujuk hati sendiri.. at least Tom Cruise was here before you…haaaaa…


Keseluruhan kawasan temple

Macam mana hendak ke sini? Perjalanan Kak Z bermula dari Osaka. menaiki Shinkansen dari Shin Osaka perjalanan selama 40 minit. Kak Z mengunakan JR pass oleh itu bayaran telah termasuk dalam JR pass tersebut. Jika mengunakan pass harga sekali perjalanan dari Shin Osaka ke Himeji ialah 3940Yen. 



Daikodo 

Dari Himeji Station kita perlu menaiki bus untuk ke Mount Shosha Ropeway. Bus untuk Station Ropewaqy Mount Shosha ialah bernombor A11. Di dalam bus ada 2 option. Membayar untuk menaiki untuk bus sahaja dengan dengan tambang 290Yen  atau tambang bus pergi balik dan ropeway turun dan naik . Harganya 1300Yen.


Tiket bus pergi balik dan Ropeway naik dan turun


 Ropeway di Malaysia lebih di kenali cable car. Di Malaysia ada 3 tempat yang ada ropeway. 
1.Bukit Nanas, Kuala Lumpur..(telah di tutup)
2.Genting Highland Skyline
3.Gunung Macincang Skyline.

Image result for mount shosha ropeway

Mount Shosha Ropeway

Ketiga-tiga ropeway ini Kak Z tidak pernah naik lagi. Punca takutttt. Tapi hari ini dalam sejarah, Kak Z telah naik ropeway di Mount Shosha. Pelbagai doa untuk hilang takut telah hakak ko baca. Tapi paling mujarab ialah bismillah 9. Dada punya debar Allah sahaja yang tahu. Tapi gigih nak juga. Aku duduk depan sekali. Bila cable car mula bergerak nasib baik tidak melatah. Tidak pandang ke bawah atau kedepan. Duduk tegak macam patung cendana dua minit pertama. Selepas itu baru lah mampu bergerak memandang ke hadapan dan kebawah.. 5 minit dah sampai. Hampeh baru nak feeling dah sampai stesen atas bukit. Lawakkan? Mampu gelak sensorang dalam hati. Ialah ko solo traveller. Pefaham je lah. 


Loceng sebelum mendaki

Sampai di atas Mount Shosha ada 2 pilihan untuk sampai ke Engyoji Temple. Naik bus atau mendaki sampai ke temple. Sebelum meneruskan perjalanan perlu membayar 500Yen. Kalau hendak naiki bus tambah lagi 500Yen. Kak Z pilih daki konon untuk melihat keindahan sekitar gunung sepanjang perjalanan.. Jalanlah aku sensorang. Jumpa loceng besar. Gayat. Nak pukul takut kena sumpah. Ambil gambar je lah. Ialah lahkan kita ni islam.sesilap syirik Allah marah weiii.. so mengucap dulu ingat kita Islam sebelum bertindak luar jangkaan


Video semasa pendakian

Perjalanan naik keatas memang cantik tapi seram. Sambil layan pokok yang sedang Autumn. Terasa seramnya.  Sebab pokok rimbun, sunyi dan seorang diri. Lepas 10 minit barulah jumpa orang turun dari atas. Ada juga orang mula naik. Orang Jepun ni walaupun dah berusia masih kuat dan laju berjalan. Ada juga yang yang mendaki dari bawah tanpa menaiki ropeway. Kak Z tak mampu. Sebab stamina yang ada hanya untuk suku gunung tersebut. Pendakian berjalan selama 30 minit. Pilu baru nampak ramai orang. Ini pilu 1..nanti last sekali ada lagi pilu buat korang gelak bahak-bahak.



Niomon gate


Kita akan jumpa Niomon Gate. Sesi jatuh telah berlaku. Sikit jer. Tidak ada orang. Kalau ada orang malu juga. Masa tu tidak rasa. Dah balik ke hotel baru nampak lebam dan rasa sakit. Koyok juga lawannya. Ok sambung..Dari Niomon Gate alan lagi kita akan Maniden. 


Tangga Maniden

Untuk sampai ke Maniden Atas bukit dengan beratus tangga. Akak panjat bukit untuk sampai ke tempat ni.  Kak Z tidak masuk ke dalam hanya berada di luar sebab tidak mahu menganggu mereka bersembahyang. Kebanyakan yang datang untuk berniat dan membayar nazar. Kak Z berdiri di Terrace of the Maniden untuk melihat sekeliling kawasan Ambil masa dalam 20 minit untuk berada di situ.


Terrace of the Maniden

 Kak Z meneruskan lagi 10 minit perjalanan ke Mitsunodo. Ini adalah menjadi temple utama Engyoji Temple. Orang sedang bersembahyang memang bergema kawasan tersebut. Seperti yang Kak Z kata “ Tom Cruise was here before me..” mau aku tak suka. Setiap ruang aku nak ambil gambar. Baru perasan aku sorang je Melayu kat atas ni. Segan pun ada. Tapi sifat lantak ko aku kan ada. Akak tetap bergambar. 

Jikodo sekarang Muzium

Dan puas hati sebab dapat bau-bau bacang tempat Tom Cruise baring masa berbincang dengan Ken Watanabe. Masuk ada lah percuma. Tanpa bayaran. Kak Z hanya masuk Jikodo sahaja sebab menghormati agama lain dan juga agama kita sendiri. Niat hanya melawat tempat yang telah di bina 1000 tahun lepas dan belajar sesuatu  yangh baru. Untuk pengetahuan korang  Mitsunodo terbahagi kepada 3 bahagian 

1.Daikodo – Hall utama atau tempat sembahyang Buddha

2.Jikodo – Ruang santai dan makan

3.     Jogyodo – Gym



Jogyodo – Gym

Untuk penjelasan yang lebih korang boleh baca dari google. Tauuu… selesai berada diatas. Kak Z pun turun. Sesi turun ini Kak Z macam lost sikit. Ingatkan dah kena sorok dengan hantu kopek Jepun. Macam-macam baca baru jumpa jalan keluar. Korang boleh baca di http://www.azurarahman.com/2017/12/travelog-part-5-kena-usik-pak-cokok-di.html




Turun dari ropeway Kak Z menaiki bus A11 untuk ke Himeji Castle. Turun betul-betul di depan castle. Tambang sudah termasuk dengan tikat 1300Yen yang kita bayar. Orang ramai. Kak Z tidak naik. Sebab macam tinggi je. 



Himeji Palace

Ambil gambar dari bawah je lah. Cantik juga dari bawah. Himeji castle ada lah istana yang terbesar dan selalu di lawati. Tahun 1993 istana ni telah di iktiraf sebagai UNESCO World Heritage Sites. Insyallah Kak Z akan datang lagi baru lah menikmati dan mendalami sejarah istana ini. Lagi pun Kak Z kerja masa hendak ke Okayama. Dari Himeji Castle kita boleh berjalanan Kaki selama 10 minit untuk sampai ke stesen Himeji. BOleh juga naik bus dengan bayaran 100Yen. Kak Z naik bus sebab malas..sekian


Di hadapan Himeji Palace
Fakta:-


Mount Shosha terdapat Engyoji Temple tempat pengambaran Last Samurai. Bangunan temple ini telah dibina lebih 1000 tahun yang lepas.

Perjalanan ke Himeji Station

1.Shin-Osaka ke Himeji – Shinkansen selama 40 minit tambang 3940Yen Sehala atau mengunakan JR pass

2.Osaka ke Himeji – Local Train selama 1 jam 1490Yen sehala


Himeji Station – Mount Shosha Ropeway Station

1.Bus A11 – Turun stesen keretapi ada bus stop. Tunggu bus di situ. Tambang 1300yen untuk perjalanan pergi balik dan ropeway naik dan turun

Mount Shosha Ropeway – Engyoji Temple

1.Tiket masuk -500yen

2.Bus – 500yen

Cadangan perjalanan

1.Memulakan perjalanan diawal pagi tiba di Ropeway pukul 9.00pagi. 

2.Berada di atas mount Shosha selama 3 jam dan turun

3.Menaiki bus A11 ke Himeji Castle

4.Balik ke station

ok bai


TRAVELOG 8: 'GREAT OF TORI GATE' DI MIYAJIMA

$
0
0




GREAT OF TORI GATE

Editor tanya Kak Z kenapa pilih Miyajima? Apa you hendak cari di sana? Kak Z pun tanya pada diri Kak Z aku nak cari apa di sana sebenarnya? Sebenarnya Kak Z tertarik dengan Itsukushima Shrine. Macam tidak berbolai pula datang ke sini pada fikiran Kak Z lah waktu tu. Tapi bila dah datang macam-macam cerita menarik yang boleh Kak Z ceritakan untul travelog ini. 


Itsukushima Shrime Atas Pasir

Itsukushima juga di kenali sebagai Miyajima. Sebuah kepuluan kecil terletak di Teluk Hiroshima. Pulau ini terkenal dengan hutan yang mendamaikan dan kuil yang bersejarah. Di persisiran pantai terdapat satu gerbang besar yang berwarna  oren “Great Tori Gate”. Lebih di kenali dengan Itsukushima Shrine. Di bina pada kurun ke-12 dan di iktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site. Bila air pasang nampak seperti shrine ini terapung di atas air. Bila air surut rupanya shrine ini atas pasir.


JR Miyajima Ferry

Oleh kerana Mijayajima ini terletak di Hiroshima, Kak Z bertolak dari Shin Osaka seawal 6 pagi. Perjalanan dari Shin-Osaka ke Hiroshima Station mengambil masa 1 jam 3o minit dengan menaiki shinkansen. Dari Hiroshima station ke Miyajimaguchi mengambil masa lebih kurang 30 minit. Sampai Di Miyajimaguchi naik feri selama 15 minit ke Miyajima. Jika korang mengunakan JR Pass perkhidmatan feri di bawah kendalian JR ferry tambang adalah percuma. Harga tambang ialah  180YEN dewasa dan 90 Yen kanak-kanak untuk sekali perjalanan. Perkhidamatan ferry ini de kendalikan oleh syarikat berbeza. 

1.JR Miyajima Ferry
2.Matsudai Kisen


Dalam Feri


Itsukushima Shrine Dari Feri 

Sampai di jeti Miyajima bermulalah episode kelakar. Ketika Kak Z keluar dari terminal jeti satu pengumuman  yang mengatakan “The dear may harm you…etc. Please enjoy your trip”. Konon tidak hairan dengan rusa tu..bukan nak kacau pun rusa kat pulau ni. Sebab ramai yang pegang dan bergambar. Kak Z berlagaklah kekonon. Memang tidak ada niat hendak pengang. Banyak rusa di pulau ini tapi tidak sebanyak di Nara Park. 



Depan Jeti Miyajima

Memulakan perjalanan ambil gambar. Kiri kanan rusa. Tertarik dengan sebuah basikal di depan sebuah kedai makan. Kak Z berhenti untuk mengambil gambar dengan basikal tu. Setting dslr cantik pun posing. Tengah nak bergambar tetiba datang seekor rusa sodol plastic yang Kak Z bawa. Panik jap.. dia kejar Kak Z sehingga dapat plastik tu. Rupanya dia terbau limau yang Kak Z bawa dalam plastik. Adehhh haru. Habis lunch makcik di balun. Nasib baik rusa tu sempat ambil limau sahaja. Roti masih di balut cantik dapat di selamatkan. Kak Z telah di bantu oleh tuan kedai basikal menghalau rusa tadi….haaaa. Buat malu. Tapi experience yang boleh di buat cerita. Editor kata dapat juga you cerita disana. Ialahkan kalau tidak cerita pasal shrine sahaja pasti boring.


Rusa yang Tertarik Dengan Kak Z

Selesai kisah rusa Kak Z jalan beberapa minit kita akan melalui kedai yang menjual makanan dan cenderamata. Kak Z jalan dulu balik baru melawat tempat tu. Kita akan melalui gerbang masuk dan kiri kana nada  patung singa sebagai simbolik tempat tersebut. Kat korea pun ada patung singa di pintu masuk istana. Ialah singa kan kuat boleh jadi guard…kan kan kan. 


Gerbang Masuk Ke Itsukushima Temple



Lampu Yang Menerangi Jalan Ketika Malam



Pekan Miyajima

Dari jauh sudah Nampak  Itsukushima Shrine. Teruja antara misi ke sini ialah melihat shrine ini terapung di atas air. Tapi kecewa. Salah diri sendiri tidak periksa jadual pasang dan surut air di sini sebelum datang. Jadinya Shrine atas pasir bukan dalam air. Korang kalau hendak datang ke sini make sure check terlebih dahulu pasang dan surut air di pulau ini. 


Itsukushima Temple Ketika Surut

Sebab Itsukushima Shrine lebih menarik didalam air. Dari atas feri Kak Z dah jangka air surut. Shrine hanya akan berada di atas pasir. Pasrah… Since dah sampai pun di sini bergambar jugalah dengan shrine atas pasir. “Great Tori Gate” I’m here. But a bit disappointed with you. I’ll come again. Make sure my next visit you are floating. Jadi lepas ni siap kumpul duit. Sebab next mission kak Z akan datang semula untuk tour selatan Jepun dengan menaiki local train. Misi tahun 2020 insyallah..


Itsukushima Shrine 

Habis bergambar Kak Z jalan semula ke pekan cowboy Miyajima. Kali ini jalan dengan berhati-hati takut kena attack dengan rusa lagi sekali. Dari jauh hidung sudah ada bau benda yang di bakar dengan cheese minyak zaiton dan basil. 


Oyster Grill

Otak memang tidak terfikir Miyajima mmempunyai ladang tiram yang besar di Jepun. Sebab airnya bersih sesuai untuk penternakan tiram. Kak Z pernah baca somewhere but I forgot where. Sampai sahaja di pekan tu ada sebuah kedai sedang membakar tiram. 


Oyster Grill 500Yen 2 pcs

Masyallah..menjejeh air liur aku. Sebab bau nya menyusuk kalbu. Memula buka google translate dan kad halal yang Kak Z dah siap dari Malaysia. Tanya dia ada unsur ‘ba alif ba ya’ atau tidak. Dia kata tidak. Tapi hati still was was. Kak Z pilih basil, bawang putih dan minyak zaiton. Tiram tu di bakar atas arang. 2 keping 500Yen. Memang mahal but it ok since this is rare to get in Malaysia. Betul tak?


Dalam Pekan Miyajima

Kak Z round pekan 5 minit jalan pun habis.. hhiiii..kecil sahaja. Orang yang datang kebanyakkan datang makan makanan laut. As muslim I still thinking I’m a muslim even though it no 'ba alif ba ya' but still no.. kan. Jalan ke jeti untuk menerukan perjalanan ke Miyajimaguchi. Sebab next destination di Hiroshima ialah Hiroshima Peace Park.



Cara untuk ke Miyajima :-

No.
Location
Train
Duration
Price
 1.
Shin-Osaka – Hiroshima Station
Shinkansen – Nazomi
1 jam 30 minit
10,440Yen


Shinkansen - Sakura
1 jam 30 minit
10,230Yen
 2.
Hiroshima - Miyajimaguchi
Local train – JR sanyo Line for Iwakuni
30 minit
410Yen
 3. 
Miyajimaguchi – Miyajima
Ferry
- JR Miyajima
- Matsudai Kisen
10-15 minit
180Yen sehala


Kalau korang ada JR pass maka perjalan ke Hiroshima ada lebih jimat. Naik ferry pun tidak perlu bayar.

Fakta:- 

Itsukushima Shrine di bina pada kurun ke 12. Pintu masuk ke Temple Itsukushima. Juga di kenali“Great Tori Gate”.  Terletak di peisisran pantai pulau Miyajima

Peringatan:-

Berhati-hati kalau bawa makanan di sini sebab takut di ganggu oleh rusa yang comel. Nampak manja tapi ada udang di sebalik batu. Pasti anda kena kejar sebab makanan anda

Ok bai

TRAVELOG 9: THE BOMB DOME DI HIROSHIMA

$
0
0



THE BOMB DOME


Pengeboman Amerika keatas Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945, memberi kesan yang mendalam kepada negara Jepun. Sejak dari itu Jepun membangunan negara mereka menjadi sebuah negara yang maju. Malaysia menjadikan Jepun sebagai role model untuk pembangunan negara ini. Dasar Pandang ke Timur katanya. 

Memang Jepun sebuah negara yang maju. 2 minggu Kak Z di Jepun memang kagum dengan cara dia orang bekerja. Sistem pengangkutan memang tip top. Jepun tidak pandang ke belakang untuk memajukan negara dia orang. Siapa pernah ke Jepun pasti mengakui dengan kenyataan Kak Z. Misi kedua untuk datang ke Hiroshima ialah melihat kesan pengeboman atom di Hiroshima. Di angarkan seramai 20,000 orang askar dan 126,000 orang awamyang terbunuh di Hiroshima. Jumlah keseluruhan Hiroshima dan Nagasaki ialah lebih 226,000 orang terbunuh.


Kubur Besar Mangsa Bom Atom Hiroshima

Kak Z ada membaca kisah mangsa pemgeboman di Hiroshima. Semasa Bom di gugurkan waktu pagi orang sibuk membuat kerja dan pelajar mahu memulakan pelajaran. Dia mengatakan pagi itu di dalam perjalan ke Universiti Hiroshima tempat beliau belajar. Tetiba cahaya besar datang dari seberang sungai. Memang ada sungai di situ. Dia merlindung di sebalik bangunan selepas Nampak cahaya. Dia berada dalam keadaan terkejut. Hilang pendengaran sekejap. Sebab bunyi bom lebih kuat dari bunyi bom yang pernah di jatuhkan di Hiroshima. Selepas keadaan tenag baru dia dengar orang menangis, menjerit dan mnegrang kesakitan. Dia jumpa orang berlari tanpa pakaian dan kulit berciciran atas tanah. Akibat kepanasan ramai yang terjun kedalam sungai tapi mati tidak lama kemudian. Pada malam pengeboman bantuan belum sampai, ramai yang haus. Dia cuba bantu memberi air kepada mangsa. Tapi mangsa mati sebab sungai itu beracun. Selepas bantuan datang dia keluar dari Hiroshima. Dalam perjalanan ramai yang mati akibat kulit mereka pecah dan sakit. Memang bahaya sungguh bom atom ni kan?


Bomb Dome

Tapi apabila kita berada di Hiroshima Memorial Peace Park memang Hiroshima sudah berubah. A Bomb Dome masih kekal berdiri di  tepi sungai Hiroshima. The Memorial Cenotaph telah di ukir nama mangsa yang mati ketika pengeboman. Di depan Cenotaph ini ada padang tempat pengebumian beramai-ramai mangsa bom atom. Serius syahdu


The Memorial Cenotaph

 Kak Z masuk ke Hall of Remembrance, ketika masuk di tengah hall diaorang bina fountain yang menyebabkan kita rasa sayup dam sedih. Gambaran 360 darjah kehancuran Hiroshima. Dan juga nama mangsa. Minta maaf gambar tidak di benarkan ambil dalam hall ini. Keluar dari hall ada bilik tayangan. Waktu ini kalau penyedih memang menangis mendengar cerita mangsa. Dia kehilangan anak dan keluarga dalam kejadian. Kita terfikir zalimnya manusia akibat ketamakan.  Dalam hati berdoa jangan lah ada bom atom ini lagi.  Subhanallah..


Monument Di Hiroshima Memorial Park

Keluar dari Memorial Park… ada sebatang sungai yang memisahkan antara memorial park dan A Bomb Dome. Sungai ini pernah tercemar akibat bom atom. Di kisahkan cahaya api yang besar datang 2 kali. Kali pertama ramai yang tidak dapat berlindung. Dan kali kedua mereka cari tempat perlindungan di dalam sungai tapi air sungai juga terbakar. Oleh itu ramai yang mati terbakar didalam sungai. Ada juga yang mengunakan sampan sebagai perlindung dan mereka selamat. 


Cara untuk ke Hiroshima Memorial Park

1.Miyajimaghuci – Shin-Hakushima station
        JR Sanyo Line ke Shirachi
        Tempoh perjalanan 25 min

2.Shin-Hakushima Station – Handori Station
        Astramline ke Handori

3.Handori Station – Hiroshima Memorial Park
        Berjalan kaki selama 10 minit.

Sesat adalah wajib di Jepun. Tapi jangan risau ada polis yang akan membantu untuk menunjuk arah. Semasa  kesini Kak Z sesat. Pusing 3 kali tempat yang sama. Tidak perasan ada yang memerhati Kak Z. Rupanya pak polisi. Kena tahan. Dia minta passport. Takut juga lah sebab siap minta passport. Muka lain dari yang lain biasalah. Sebenarnya dia hendak menolong. Diaorang tunjuk arah kepada Kak Z samapi ke tempat yang di tuju. Jepun memang selamat. Sebab itu Kak Z berani itu travel solo. Kali ini datang atas dasar tugas. Oleh itu masa memang mencemburui kita. Lain kali Kak Z datang secara secara santai. Betul-betul melawat kawasan sekeliling .

Ok bai


TRAVELOG 10: EAST GARDEN IMPERIAL PALACE TOKYO

$
0
0

Tokyo ialah ibu negara Japan. Masa Kak Z tiba di Tokyo dari Busan, Tokyo berada di penghujung Autumn. Masih ada pokok merah dan kuning. Kalau di Korea pokok banyak dah togel. Memang cantik. So kena carilah dedaum autumn untuk puaskan hati. Sebab di Korea salji dah turun dan pokok dah botak. Antara tempatnya ialah East Garden Imperial Palace di Chiyoda city Course. Kenapa Kak Z pilih ke sini. Sebab tak ramai orang senang hendak menikmati permandangan.




Public Walkway, East Garden


Map East Garden Di Pintu Masuk

Dipintu utama ramai orang terutama pelancong dari China. Susah hendak bergambar. Kak Z sampai pukul 9 pagi berjalan kaki dari Asakusa ke Chiyoda 6.5km. Serius tak rasa penat. angin sepoi sepi sepnajang perjanan. Haus pun idak.. berpeluh pun idak. Sambil jalan tengok keindahan bandar Tokyo waktu pagi. Memang best.


Autumn Di East Garden

Jalan waktu pagi jumpa orang hendak pergi kerja dan kanak-kanak hendak ke sekolah dengan berjalan kaki. Bila traffic light merah sama-sama berhenti. Kanak-kanak  pergi sekolah beramai-ramai. Mak pak tak hantar pun sampai bilik darjah. Memang berdikari anak-anak diaorang.  Bila lampu hijau sama-sama berjalan. Ada juga yang berbasikal. Tinggal basikal tepi jalan tidak ada yang curi. Memang menakjubkan... gayat kejap


Basikal Yang Di Tinggal Tepi Jalan

Tidak banyak kenderaan diatas jalan raya. Serius tak de jem pun melainkan depan istana sebab kenderaan turunkan pelancong. East Imperial Garden terdiri daripada tiga kawasan utama:- 

1. Tōkagakudō (Music Hall)
2. Ninomaru Garden
3. Suwa no Chaya

Petikan dari Google:-

"The East Garden adalah di mana kebanyakan bangunan pentadbiran untuk istana terletak dan merangkumi kawasan bekas Honmaru dan Ninomaru dari Kastil Edo, sejumlah 210,000 m2 (2,300,000 kaki persegi). Terletak di dasar East Garden adalah Imperial Music Hall Tokagakudo, Jabatan Muzik Lembaga Pertemuan Rumah Tangga Imperial, Arsip dan Jabatan Mausolea Imperial House Agency, struktur untuk pengawal seperti Dojo Saineikan, dan Museum Koleksi Imperial.



Beberapa struktur yang telah ditambah sejak zaman Meiji telah dikeluarkan dari masa ke masa untuk membolehkan pembinaan Taman Timur. Pada tahun 1932, kuretake-ryō dibina sebagai asrama untuk puteri imperial, namun bangunan ini telah dibuang sebelum pembinaan taman-taman ini. Bangunan lain seperti kandang dan perumahan telah dikeluarkan untuk mewujudkan Taman Timur dalam konfigurasi sekarang.




Kerja pembinaan bermula pada 1961 dengan kolam baru di Ninomaru, serta pembaikan dan pemulihan pelbagai menyimpan dan struktur dari zaman Edo. Pada 30 Mei 1963, kawasan itu diisytiharkan oleh kerajaan Jepun sebagai "Relik Bersejarah Khas" di bawah Undang-undang Perlindungan Hartanah." - sumber Wikipedia


Restored Wall Di East Garden

East Garden Imperial Palace telah terbuka kepada orang ramai secara percuma selama lebih dari 45 tahun. Anda boleh memasuki taman ini dari tiga pintu masuk; Pintu Ote-mon, Pintu Hirakawa-mon dan Gerbang Kitahanebashi-mon yang boleh diakses dari Stesen Otemachi, Stesen Takebashi, dan Stesen Tokyo.



Otemaon Gate Pintu Masuk East Garden

Tepat pukul 9.05 pagi Kak Z sampai di Otemaon Gate. Pak guard dah tunggu dan minta kita tulis nama sebelum masuk. Lenggang... Taman ini kau yang punyalah. 

Dari gate kita akan jumpa The Museum of Imperial Collection. Di muzium ini mengenai sejarah  sejarah singkat kehidupan Putera dan Puteri Takamatsu. Banyak gambar yang dipamerkan yang memberi pengunjung pandangan tentang kehidupan Nobuhitoof Takamatsu. Foto-foto itu mengikuti hidupnya dari masa kanak-kanak, pertemuannya dengan isteri masa depannya (puteri), perkahwinan, dan peralihan ke putera berpengaruh. Beliau adalah anak ketiga Putera Mahkota Yoshihito, yang dilahirkan pada 3 Januari 1905 dan menjadi presiden bagi pelbagai organisasi dalam pelbagai bidang setelah perang dunia kedua.


The Museum of Imperial Collection

Di samping paparan fotografi, pelawat juga boleh menemui beberapa koleksi seni yang baik, yang diwariskan oleh Putera dan Puteri Takamatsu, yang memberi penerangan tentang minat mereka dalam seni. Porselin, lukisan, pakaian, dan puisi yang dicipta oleh Putera dan Puteri dipaparkan di muzium ini. Walau bagaimanapun, fotografi dilarang di sini.


Restored Wall East Garden Imperial Palace

Di sebelah muzium, pengunjung akan gembira mencari rumah kayu dengan banyak bangku yang disediakan. Cenderahati dan buku-buku yang berkaitan dengan maharaja Jepun dan keluarga imperial dijual di dalamnya. Pengunjung juga boleh menonton filem dokumentari tentang keluarga imperial yang ditunjukkan di skrin tayangan.


Daun Kering

Berikutan laluan di sepanjang kawasan Sannomaru, pelawat akan tiba di bahagian kedua taman besar ini yang dipanggil Kawasan Honmaru. Kawasan ini adalah yang paling luas dan mendedahkan pelawat ke pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam di seluruh taman. Pokok ceri, mawar, buluh, kebun, dan taman teh juga terdapat di laman web ini. Sisa-sisa rumah penjaga pintu juga boleh dilihat di seluruh kawasan Honmaru.


Di sudut kawasan Honmaru, pelawat boleh naik Pangkalan Tenshudai Donjon yang dulu menjadi menara istana utama. Pembinaan menara, yang terletak pada 58m, telah siap pada tahun 1638 di bawah arahan Shogun ke-3. Walau bagaimanapun, ia rosak pada tahun 1657. Pada masa kini, sisa-sisa menara istana digunakan sebagai dek pemerhatian.


The Foundation of the former castle tower


Di samping Pangkalan Tenshudai Donjon, berdiri Dewan Konsert Tokagakudo yang dibina pada tahun 1963 dalam peringatan ulang tahun ke-60 Maharaja Kojun. Kawasan Ninomaru adalah kawasan akhir, rumah kepada pelbagai spesies tumbuhan yang dikumpul dari seluruh wilayah Jepun, serta taman gaya Jepun.

Kak z menghabiskan masa di situ selama 2 jam. Memang kawasannya cantik. Pengunjung pun tidak ramai kerana mereka tetumpu dia Istana utama. Puas hati dapat bergambar di musim autumn.

 Pintu masuk Otemon ke East Gardens adalah berjalan kaki singkat dari Stesen Otemachi di Chiyoda, Tozai, Marunouchi, Hanzomon dan Mita Subway Lines. Ia juga boleh dicapai dalam jarak 10-15 minit berjalan kaki dari Stesen Tokyo. 



Atau korang boleh berjalan dari tempat penginapan korang  kalau dekat dengan Chiyodo. Kak Z duduk di Asakusa. Masa perjalanan 1 jam sebab jakun tengok Tokyo.

Jam & bayaran

Jam

9:00 hingga 16:30 (sehingga 17:00 dari pertengahan April hingga Ogos; hingga 16:00 dari November hingga Februari). Kemasukan berakhir 30 minit sebelum ditutup.

Tutup

Isnin, Jumaat, Tahun Baru (28 Disember hingga 3 Jan) dan beberapa majlis khas. Jika hari Isnin atau Jumaat adalah hari cuti kebangsaan, taman-taman ditutup pada hari berikutnya.

Kemasukan

Percuma

Ok bai



TRAVELOG 11: SAGANO ROMANTIC TRAIN

$
0
0


Sagano Romantic Train apa yang anda lihat dengan menaiki keretapi ini? Kak Z pun tidak pasti sebelum menaiki keretapi ini. Katanya pemandangan cantik ketika musim spring dan autumn. Kak Z naik di akhir autumn. Apa lagi sejuk tahap gigil. Duduk lagi coach yang tidak bertutup padan muka aku. Pakai sarung tangan pun beku. Nak menyumpah pun tak boleh sebab sendiri yang cari pasal, jadi sabar je lah sampai turun. 


Memang romantik kalau berdua tengok keindahan kawasan sepanjang trek keretapi. Kalau sejuk boleh warm each other. Tapi beku kalau ko solo traveller. Kak Z naik dari Torokko Kameoka Station dan turun di Torokko Arashiyama Station. Taubat nasuha aku. Sejuk punya pasal. Hidup kat negara -40c tak lah sesejuk ini. Ini memang sejuk betul. 



Dalam perjalanan menaiki keretapi ini kita akan melalui pemandangan indah di sepanjang Sungai Hozu. Pokok di sepanjang perjalanan masih berwarna merah oren dan kuning . Ada juga yang berwarna hijau. Kalau Kak Z sampai lebih awal  mungkin lebih cantik. Sebab melihat yang di tulis didalam blog-blog lain, Sagano Romantic train mungkin seronok di naiki ketika spring atau awal autumn. jangan datang akhir autumn atau musim sejuk. Mulut dan pipi korang pasti mengalami kekejangan macam Kak Z. Cuba hendak senyum pada Malaysian yang tegur pun tak mampu. adehhh.. sejuuuukkk



Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Torokko Kameoka Station dan turun di Torokko Arashiyama Station. Walaupun sejuk Keretapi ini penuh dengan penumpang. Ada beberapa coach. Pasti yang berebut ialah coach tanpa bumbung. Kak Z tanpa sedar diri asal dari negara panas book coach tersebut. Tiket Kak Z telah tempah awal sehari sebelum perjalanan di Stesen Tambaguchi, Kyoto. Awalnya macam panik mungkin tidak dapat tiket untuk awal pagi. Tanya pada master station boleh atau tidak beli tiket Sagano Romatic Train di stesen beliau. Beliau akata boleh. Alhamdullilah Train Master boleh berbahasa Inggeris. Rata-rata train master di Jepun yang Kak Z jumpa boleh berbahasa basic English. Jadi korang jangan risau kalau sesat di Station keretapi. Sebab yang muda-muda semua boleh berbahasa Inggeris. Tapi masalah kalau naik bus. Semua yang jumpa tidak tahu berbahasa Inggeris. Yang sukanya mereka suka hendak menolong walaupun seorang bahasa itik dan seorang lagi bahasa ayam.


Semasa membuat tempahan master station akan tanya pukul berapa? dari mana ke mana? coach yang mana? Tempat yang mana jika ada kekosongan? Berlagak..pilih pukul 9.15 pagi. Dari Torokko Kameoka Station dan turun di Torokko Arashiyama Station. Coach tidak bertutup dan duduk tepi tingkap. 


Pergi balik hostel, mamat arab yang jaga counter reception. Dia tanya "are you serius choosing that coach?" dia bantai gelak. Dia nasihat bawa extra baju panas sebab sejuk. Akibat kedegilan diri sendiri memang sejuk. hingga tidak mampu mengambil gambar yang cantik. Sedikit frust. Kalau tanya Kak Z, are you goin to ride again? Jawapannya tidak. Mungkin 10 minit dan harga tiket 620Yen boleh beli Kebab. Itu pendapat Kak Z. Mungkin orang lain pendapatnya lain. So korang study betul-betul sebelum buat keputusan.




Kak Z naik dari Torokko Kameoka Station dan turun di Torokko Arashiyama Station untuk ke Bamboo Forest. Turun keretapi hanya 5 minit sahaja berjalan kaki dari station. Bagi ibubapa yang bawa anak dengan memakai stroller agak sukar juga untuk melalui tersebut. Kalau korang nak cuba juga why not boleh aje. Daku tidak sanggup. Maybe dah tua kot. Anak-anak pun dah besar rasa macam susah tengok orang lain susah payah bawa stroller anak-anak meraka menaiki tangga station dan berjalan ke bamboo forest.



Macam mana hendak menaiki Sagano Ramantic Train ini? Korang boleh membuat tempahan awal atau beli di station di hari untuk menaiki train tersebut. Book awal dapat tempat duduk dan pilih the best seat dah pastinya seat tepi mengadap sungai. Tempahan boleh di buat di JR ticket Kyoto Station atau kawasan sekitarnya. Kak Z beli di station kecil iaitu Station Tambaguchi. Sebab mereka boleh check dalam sistem samada ada kekosong atau tidak. Kak Z pun seperti korang juga yang belum pernah naik keretapi ini. Risau tiket habis. Bila tanya pada master station rupanya boleh juga di beli dengan dia orang. 

Ada beberapa pilihan untuk menaiki keretapi ini Kak Z pilih Torokko Kameoka Station dan turun di Torokko Arashiyama Station. Pilihan lain dari naik dari Saga Arashiyama turun di Torokko Kameoka. Atau dari Saga Arashiyama station turun di Torokko Arashiyama kemudian ke Bamboo Forest. Tapi Laluan Saga Arashiyama ke Torokko Arshiyama tidak beberapa menarik katanya melalui review blogger yang lain. 



Oleh kerana Kak Z naik dari Torokko Kameoka Station, Kak Z ambil train dari station Tambaguchi arah Kameoka dan turun di Umahori Station. Bayaran tidak pasti sebab pakai JR pass. Korang boleh check di www.hyperdia.com atau www.rome2rio.com. Disana ada detail mengenai harga tiket keretapi.




Turun di Umahori kena berjalan lebih kuran 20 minit. Dalam cuaca sejuk perlahan sikit berjalan. Jangan risau ada pertunjuk di sepanjang perjalanan. Lalu sahaja bawah jambatan sudah nampak sawah padi. Orang jepun tanam padi bukan tabur tapi semai cara cucuk anak padi ke dalam tanah. Macam mana Kak Z tahu? Sebab mak pak kami dulu tanah padi cara ni. Cuba lihat sawah ini. Ikut susanan dan teratur. 

 

Dari sawah padi terus belok ke kanan. Jalan terus hingga nampak station Sagano Scenic Station. Sepanjang perjalanan kita mungkin bertemu orang tempatan. Cuba-cubalah senyum pada mereka. Insyallah mereka akan tunjuk arah pada korang mana hendak di tuju. Diorang tahu kita ni pelancongan luar. Jangan takut lah....


Sampai sahaja station korang kena naik atas setingkat. Pada meraka yang bawa stroller atau wheel chair ada lalu untuk mereka yang memerlukan. Yang sihat dan mampu naik tangga je lah.. Senang lah semua kemudahan ada disini.










Sampai atas ada ticket counter. Yang tidak membeli ticket lagi boleh beli di sini. Tempat duduk 'pat pat dia punya" siapa cepat dia dapat lah. Kalau lambat maybe kena berdiri atau tempat duduk lebih kearah bukit bukan cerunan sungai.  Tidak mengapa berdiri lagi senang untuk ambil gambar 15 minit jer pun. Pada tiket ada tertera tempat duduk yang telah kita pilih. Jangan risau kalau tetiba tempat duduk kita kena chop dengan orang lain. Memang orang itu cari nahas.



Keretapi dari Saga Arashiyama adalah pada pukul 9.00pagi. Keretapi akan sampai di station Torokko Kameoka pada pukul 9.15. Gate akan di buka pada pukul 9.00. Sambil menunggu keretapi sampai bolehlah bergambar. Orang memang ramai jadi berhati-hati dan jangan tolak menolak. Semasa Kak Z nak naik sedih juga kita beratur tapi pelancong dari negara lain bertolak dan berebut. Korang jangan ikut perangai macam tu faham..



10 minit kesejukan didalam train sampai di Torakko Arashiyama. Kenapa turun di Torakko Arashiyama sebab hendak ke Bamboo Forest. Ini namanya jalan belakang. Waktu Kak Z sampai masih tidak berapa ramai orang senang hendak bergambar. Oleh itu next travelog kita cerita pasal Bamboo forest...pisttt belakang bamboo forest tu ada kubur tau...hiii


Lokasi

Arashiyama, Kyoto, Japan

Jam Beroperasi

Masa dari 9:00 hingga 16:00 (sehingga pukul 17:00 pada waktu sibuk)

Tutup

Rabu (kecuali cuti umum, semasa musim cuti musim panas dan musim cuti musim gugur), 30 Disember hingga akhir bulan Februari

Kemasukan

620 yen sehala antara Stesen Torokko Saga dan Stesen Torokko Kameoka

Ok bai

TRAVELOG 12: BAMBOO GROVES ARASHIYAMA, KYOTO

$
0
0



BAMBO GROVES, ARASHIYAMA

Terbayang-bayang buluh yang rimbu ketika berada di Bamboo Groves, Arashiyama.  Rimbun betulkan kepada yang pernah sampai ke sini. Kalau lah dapat kat anak-anak Kak Z for sure jadi meriam buluh. Bergegar rumah. Nasib baik duduk kampung Melaka. Kalau duduk Kg Pandan macam dulu mesti datang polis tahan. Kemeriahan meriam buluh sudah tidak ada lagi sekarang Punca ramai pencipta meriam besi yang hilang tangan. Orang suruh buat pakai buluh ko buat pakai besi. Insoof mak...


Melalui pembacaan Kak Z untuk memasuki Bamboo Groves ada 2 tempat masuk.:-

1. Dari Tenryu-ji Temple
2. Dari Stesen Torakko Arashiyama.

Kak Z masuk dari Stesen Torakko Arashiyama. Mencabar sikit sebab jalan tanah merah berbukit. Bukan jalan merah macam di Malaysia. Jalan ni cantiklah dan tidak berlumpur. Cuma licin  sikit kalau selepas hujan jadi korang kena berhati-hati sedikit. Kalau yang bawa stroller atau naik wheel chair Kak Z cadangkan masuk dari  Tenryu-ji Temple. Mudah sebab jalan lebih rata. 



Apa yang Kak Z cari di sini yer? Sebab di sebalik buluh tu tanah perkuburan. Orang Jepun rasanya suka di kebumikan  kat kawasan berbuluh. Kalau korang naik shinkansen dari Mishima ke Fukuoka korang akan nampak perkampungan orang Jepun. Di setiap perkampungan yang Kak Z nampak kawasan perkuburan adalah di kaki bukit dan kawasan berbuluh. Di Korea pun bergitu. Masa naik KTX dari Seoul ke Busan kawasan perkuburan mereka sama macam Jepun. Cuma di Korea ada yang besar-besar. Maybe orang kaya. Di  Jepun saiz kecil..paling seram kubur orang Melayu. tettttt.... alamak cerita pasal kubur lak.. 


Sebenarnya nak datang waktu malam sebab nak tengok Arashiyama Hanatoro yang berlangsung pada December 8 to 17, 2017 time: .17:00 to 20:30. Akibat penakut setelah tahu di sebalik buluh ialah kubur cancel jawapannya. Maka datang siang hari. Pukul 9.30 pagi Kak Z dah sampai. Untung belum ramai orang. Hendak bergambar pun senang. Buluh-buluh di sini bukan macam Malaysia. Dia tumbuh sebatang-sebatang. Cari juga rebung dia kat mana. Tak de.. kalau arwah mak dapat ni. Masak lemak daging dengan rebung lah jadinya. Selamat ko rebung Jepun. 



Mereka betul-betul jaga bamboo groves. Dia tutup kiri kanan trail supaya buluh terjaga elok. Tapi ada juga tangan yang gatal mengukir nama kat buluh. Buat malu Malaysia jer..silalah ubah-ubah perangai vandalism sebelum ke negara orang adik-adik. Aku asyik kutuk dalam hati pasal pelancong dari China buat perangai. Anak Malaysia pun buat perangai kat Jepun..maluuu..sebab tu sentiasa tutup muka.


Jalan-jalan sambil jalan berangan..nak tanam buluh depan rumah..cantik ko..lepas tu fikir semula. Baik tak payah silap hari bulan nampak mahluk UFO celah buluh tu. Tak mo..takutt. Pokok buluh di Bamboo Groves ni di jaga rapi supaya hidup sihat. Tinggi-tinggi pulak tu. Ni baru ada imej hantu galah. Dia orang buat kajian dan menjaga kawasan ini jika pokok buluh ini rosak. Kenapa? Sebab Jepun mahu mengekalkan groves ini sebagai tarikan pelancong. Kalau korang ke Jepun memang ramai pelancong. Semua rasa selamat. Itu cara Jepun menjaga pelancong yang datang. Malaysia patut contohi Jepun. Kak Z hendak berjalan sensorang di Kuala Lumpur sekarang pun takut. Dulu KL tu aku yang punya. Sekarang tidak lagi..oleh itu harap sangat penguasa kita buat sesuatu secepat mungkin.



Baru-baru ni Kak Z ke Hong Kong. Ramai orang yang berniaga sesuka hati di tepi jalan. Di Jepun kedainya teratur. Hendak berniaga tepi jalan pun di pasar karat. Masuk dari Station Torakko Arashiyama keluar di  kawasan Tenryu-ji temple, tiada orang berniaga atau membuat kacau di kawasan ini. Kedai-kedai di sini memang teratur. Penarik beca pun tidak rebut pelanggan. Mereka sangat hormat dan sopan dengan pelancong. Di Malaysia what can i say.. speachless. Bukan hendak kutuk tapi memang kena perbaiki. 


Balik kepada bamboo groves. Jalan didalam groves tu memang tidak panas..sebab jalan di lindungi buluh. Selepas pukul 9.30 pagi pengunjung dari arah Tenryu-ji Temple telah mula ramai. Alhamdulillah sesi mengambil gambar dah selesai. Jika tidak sesak. Kak Z cadangkan korang datang awal untuk menikmati kawasan dan bergambar dengan tenang.




Dari bamboo groves kita ke Togetsukyo bridge. Akak hendak bergambar di situ ya Allah punya ramai manusia masa tu. Macam mana nak pacakkan tripod DSLR ambil gambar diri sendiri ni. Akhirnya pacak gopro kecik sikit. Akibatnya banyak gambar kurang memuaskan. Kecewa sikit. Editor pun cakap..nanti hantar you lagi ambil gambar banyak-banyak di situ. Nak meloncat dah tua. Maka dalam hati kata..yahoooo...alhamdullilah. Togetsukyo bridge ko tunggu aku datang tahun 2020. Doakan akak sihat sampai waktunya. Seronok ko.




Togetsukyo Bridge atau di kenali dengan "Moon Crossing Bridge" adalah mercu tanda Arashiyama yang paling ikonik. Ia pada asalnya dibina semasa Tempoh Heian (794-1185) dan paling baru dibina pada tahun 1930-an. Jambatan ini kelihatan menarik dalam kombinasi dengan pergunungan hutan di latar belakang. Katanya ada sebuah taman ditepi sungai dengan berpuluh-puluh pokok ceri terletak bersebelahan dengan jambatan. Masalah semua daun dah gugur masa aku datang. So tidak  nampak pokok ceri yang ada di tepi jambatan, sungai dan yang ada hanya ranting pokok. Siapa suruh datang masa sejuk datang lah waktu blossom betul tak? Oleh korang plan betul-betul untuk tengok Cherry Blossom untuk menikmati permandangan yang cantik.



Kedai makan dan cenderahati memang banyak bila korang keluar dari bamboo grove tu. Tapi pilihan Kak Z Lawson juga. Kedai lain nak masuk takut 'ba alif ba ya'. Lepas tu kita sakit makan berpantang. Kena kurangkan daging. Ayam sure tak sembelih. Masuk lawson makan onigiri tuna dan air Van Hauten. Bagi backpacker macam akak.. kenyang dan jimat ko makan benda alaaaahh tu. Jadi tidak kelaparan lah korang di sana.



Katanya boleh sewa kimono. Ramai pelancong pakai kimono. Comel je pakai. Sopan sungguh jalan. Kak Z tak teringin nak pakai. Oversize.. Tapi teringin nak naik beca tarik tu. Memandangkan poket guwa licking tanamkan lah impian dalam bamboo groves tadi..


Habis kawasan di lawat next destination Kinkakuji temple. Naik bus aje dari Saga Arashiyama. Kalau korang ada pass. Memang jimat lah. Kak Z guna Icoca je.. sebab travel naik train dah guna JR pass. Lapi pun bukan nak travel jauh. Dokek-dokek jo..so korang kalau nak guna mana-mana pass rancang dulu perjalanan korang supaya jimat..transportation Japan mahal untuk tempat-tempat korang nak kunjungi. Malaysia masih murah. Hong kong lagi murah.


Harap korang suka baca travelog Kak Z ni. Sedikit sebanyak boleh menjadi panduan pada korang yang hendak datang sini. Next Inari dan Nara.


Cara Untuk Ke Kawasan Saga Arashiyama:-

1. Keretapi Jepun (JR)

Cara terpantas dari Stesen Kyoto ke Arashiyama disediakan oleh JR Sagano Line (juga dikenali sebagai JR Sanin Line). Satu perjalanan ke Stesen Saga-Arashiyama mengambil masa 15 minit dan kos 240 yen. Dari Stesen Saga-Arashiyama, pusat Arashiyama boleh dicapai dalam perjalanan 5-10 minit.

2. Keretapi Keifuku (Randen)

Kereta api kecil di Laluan Keifuku Arashiyama menghubungkan Arashiyama dengan Stesen Omiya di persimpangan Shijo Street dan Omiya Street di Kyoto pusat (20 minit, 210 yen). Keifuku Railways juga menyediakan akses ke Stesen Kitanohakubaicho di utara Kyoto, tidak jauh dari Kinkakuji, Ryoanji dan Kuil Ninnaji (20-30 minit, 210 yen). Kena transfer sekali di Stesen Keifuku Arashiyama terletak di tengah-tengah Arashiyama.

3. Keretapi Hankyu

Dari Stesen Kawaramachi atau Karasuma di pusat bandar Kyoto (Shijo Street), mengambil Hankyu Main Line ke Stesen Katsura dan dipindahkan ke Hankyu Arashiyama Line untuk Arashiyama. Perjalanan sehala mengambil masa kira-kira 20 minit dan kos 220 yen. Stesen Hankyu Arashiyama terletak di seberang sungai, iaitu perlu menyeberang jambatan Togetsukyo kira-kira 5-10 minit berjalan kaki dari pusat Arashiyama.

4. Dengan bas

Talian bas menghubungkan Arashiyama dengan beberapa bahagian Kyoto, namun, disarankan untuk ke Arashiyama dengan kereta api untuk mengelakkan risiko terjebak dalam kesesakan lalu lintas.

5. Dengan kereta

Datang dengan kereta tidak disyorkan kerana kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta yang terhad. Walau bagaimanapun, pengembara dengan kereta yang berminat boleh juga  melawat kawasan pegunungan Takao, jalan tol Arashiyama Takao Parkway jalan yang mudah menghubungkan Arashiyama dengan Takao (1180 yen satu arah).


Ok bai


Bambo groves Arashiyama Kyoto JTNO Backpacker Japan Osaka Sagano JR Togetsukyo 


TRAVELOG 13: DARI FUSHIMA INARI KE NARA PARK

$
0
0

Setiap kali menyentuh keyboard ada dua benda akan terjadi. Idea mencurah atau tidak ada idea langsung. Idea mencurah bermaksud baik sehari boleh menulis beribu perkataan. Di kala tiada idea sepuluh kali ulang di laptop pun belum tentu boleh menekan keyboard. Ini yang terjadi semasa menulis cerita ini. Punca apa yang hendak di cerita? Pasal tiang-tiang oren dan templenya dan pasa Nara yang banyak rusa? Mana cukup kalau tidak berencah. Rencah itu yang kena garap sampai jadi sebuah cerita yang menarik bagi menarik minat pembaca.

Kak Z bukanlah penulis blog yang tip top toe. Penulis blog yang teruk katanya. For me that is a good comment. As everybody know Kak Z hanya penulis hanya sambilan. Akak memang telus setiap penulisan Akak. So I write base on my experiemce. Kak Z juga  ada tugasan wajib yang lain sebagai ibu dan perniagaan. Bila kita telah merantau banyak tempat. Pergi ke banyak negera kita akan bawa 2 pengalaman untuk diri kita:-

1. Pengalaman yang baik boleh jadi panduan untuk hidup kita 
2. Pengalaman yang buruk yang kita kena buang jauh-jauh. 

Semasa di Jepun. Kak Z melihat negara ini bersih, displin, teratur dan menepati masa. Itu Kak Z puji. Tambahan perkerjaan bahagian depan 'Front desk staff' sangat menghormati pelanggan mereka. Contoh kepada pelancong seperti kita. Tidak dinafikan orang awam pun sangat membantu pelancong macam kita kalau kita sesat. Tapi ada juga keburukan di sebalik kebaikan. Sebab nobody perfect. Ketika menaiki keretapi dari Nara ke Kyoto ada sepasang suami isteri yang tua. Keretapi sangat penuh ketika itu. Kak Z dapat tempat duduk. Tapi pasang ini tidak. Kak Z tunggu samada ada mereka akan di beri tempat duduk atau tidak. Tempat duduk Oku, ibu mengandung dan orang tua telah di penuhi oleh orang muda yang sibuk bermain handphone. Kita memahami dari airmuka dia berharap untuk dapat tempat duduk. Rasa tanggungjawab itu datang. Kak Z bangun dan beri tempat duduk kepada pasangan tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih pada Kak Z. Jadi perhatian kejap dalam train. Sampai di Kyoto station kita ni slow sikit sebab nak baca google map yang kuat menipu tu.. memang kuat menipu...hiii. Sedang berjalan ada orang dari belakang tegur. Rupanya pasangan tadi hendak menolong. Cakap itik dan ayam. Mereka hendak juga menolong. Rasa terharu. Kesimpulan banyak tempat Kak Z pergi macam-macam ada.


Fushima Inari Taisha  sebuah kuil, yang terletak di Fushimi Ward di Kyoto, Jepun. Kuil ini terletak di kaki  gunung yang juga dinamakan Inari yang 233 meter (764 kaki) di atas permukaan laut, dan masuk laluan gunung ke banyak kuil yang lebih kecil yang berjarak 4 kilometer  dan mengambil kira-kira 2 jam berjalan kaki . Tiang-tiang oren ini di kenali dengan nama tori. 


Setiap torii di Fushimi Inari Taisha telah didermakan oleh perniagaan Jepun. Struktur paling awal dibina pada tahun 711 di kaki bukit Inariyama di Kyoto barat daya, tetapi kuil itu telah pindah pada 816 atas permintaan sami Kūkai. Struktur kuil utama dibina pada tahun 1499.  Di bahagian bawah bukit adalah pintu utama dan kuil utama. Di bahagian belakang kuil utama adalah gunung di atas gunung, ada tempat suci. Untuk naik ke atas korang berjalan di bawah ribuan torii.  Kak Z tak mampu. Sakit lutut..

Senbon torii


Torii yang banyak-banyak ini dipanggil Senbon torii. Kegiatan mendermakan torii ni telah bermula tersebar sejak zaman Edo (1603 - 1868) untuk menunaikan hajat dan ucapan terima kasih kepada tuhan mereka. Kita pulak datang sini sebab hendak gambar sebab tori tu very artistik . Yang Islam kalau berhajat di sini boleh jadi syirik dan pada yang beragama lain boleh meneruskan niat anda.


Tempat suci ini terletak di luar Stesen JR Inari untuk Nara Line, perjalanan lima minit dari Stesen Kyoto. KaIau menaiki Keihan Electric Railway jalan kaki  jauh sikit dari Stesen Fushima-Inari. Kak Z naik Keretapi JR . Sebab mengunakan JR pass. Lepas melawat Fushima Inari Kak Z meneruskan adventure ke Nara Park di Nara. 30 minit juga perjalanan dari Inari ke Nara.Tempat suci ini dibuka 24 jam  dan tiada bayaran masuk.


Sampai di Nara tempat yang Kak Z cari ialah Nara Tourist Information Counter.  Kenapa? Walaupun ada google maps untuk panduan. Tiada keyakinan. Pasti berlaku unsur penipuan. So jalan penyelesaian pergi information counter. Kemudian cari bus ke Nara Park. Berdasarkan tunjuk ajar encik information counter naik bus no. 2 warna kuning. 


5 minit naik bus kuning dah sampai Nara Park.. belum habis mak nak berangan. Turun betul-betul di Nara Park. Dari jauh dah nampak rusa. WARNING ada bau kurang menyenangkan. Faham-fahamlah korang kat ladang rusa. Tahan ler sikit.  Jalan lebih kurang 5 minit dari bus stop kita akan nampak Nandaimon Gate.

Sebelah Kiri kita kedai yang menjual pelbagai makanan dan cenderahati. Bila beli makanan sila berhati-hati bungkus elok-elok supaya rusa tidak kejar kita.  Masuk ke dalam Nandaimon Gate kena jalan sikit untuk sampai Todaiji Temple. 


Todaiji adalah salah satu kuil yang paling terkenal dan bersejarah di Jepun. Todaiji juga adalah mercu tanda Nara. Kuil itu dibina pada tahun 752 sebagai kuil kepala semua kuil Buddha seluruh di Jepun. Asalnya Nara adalah bandar utama. Oleh sebab terlalu sibuk bandar di pendah ke tempat lain pada tahun 784. 


Dewan utama Todaiji, Daibutsuden adalah bangunan kayu terbesar di dunia, walaupun pada masa kini pembinaan semula 1692 hanya dua pertiga daripada saiz dewan kuil yang asal. Bangunan besar-besaran ini merupakan salah satu patung gangsa Buddha terbesar di Jepun (Daibutsu). Tinggi 15 meter, Buddha duduk mewakili Vairocana dan diapit oleh dua Bodhisattva.


Keluar dari Nandaimon Gate, Kak Z menuju ke Museum National Museum. Konon nak masuk muzium tapi ada bayaran. Sebelum masuk baca dulu info. Dalam muzium ada beberapa patung buddha dan gambar sahaja. maka cancel. Seberang jalanYoshikien Garden. Sebab terlupa charge bateri maka gambar garden tidak dapat di ambil. Coverage Kak Z hanya untuk kawasan Nara Park. jadi selesai tugasan Kak Z perlu balik ke Kyoto. Sebab petang tersebut perlu menghadiri suatu event di Osaka. Nara next time Kak Z datang lagi untuk explore Nara hingga Wakayama.

Nara Park  lima minit berjalan kaki dari Stesen Kintetsu Nara atau sekitar 20 minit berjalan kaki dari Stesen JR Nara. Sebagai alternatif, naik bas berwarna kuning. Terdapat banyak hentian di sekitar taman.

Sebaiknya untuk datang kesini ambil masa suntuk untuk berjalan seluruh Nara. Kak Z tidak sempat. Rasa macam rugi. Sebab Nara banyak benda  menarik boleh kita lihat. Kak Z baca didalam www.japan-guide.com rasa rugi datang setengah hari. Kena plan betul-betul. Jangan main redah nanti korang yang rugi


Cara datang ke Fushima Inari

Keluar dari Stesen JR Inari untuk Nara Line, perjalanan lima minit dari Stesen Kyoto. KaIau menaiki Keihan Electric Railway jalan kaki  jauh sikit dari Stesen Fushima-Inari. Kak Z naik Keretapi JR . Sebab mengunakan JR pass.

Cara datang ke Fushima Inari

Nara Park  lima minit berjalan kaki dari Stesen Kintetsu Nara atau sekitar 20 minit berjalan kaki dari Stesen JR Nara. Sebagai alternatif, naik bas berwarna kuning. Terdapat banyak hentian di sekitar taman.

Ok bai

TRAVELOG 13: KURASHIKI CANAL, OKAYAMA

$
0
0

Kurashiki Canal terletak setengah jam menaiki train dari Okayama Station. Meh nak cerita pasal lawatan Kak Z kesini. Semasa buat itinerary untuk datang ke Jepun, Kak Z banyak membaca dari blog-blog yang menulis pasal Kurashiki Canal ini. Airnya bersih dan cantik. Dengan budget yang ada, Kak Z masuk Kurashiki ke dalam itinerary. Sebab semua review kata cantik. Dalam FB group Road To Japan pun ada yang mengatakan cantik. Memang cantik. Tapi bukan tempat Kak Z.




Ku bayangkan terusan seperti di Amsterdam or di Sheffield and Tinsley Canal Trail or Havard.  Paling tidak Terusan Wan Mat Saman. Tapi tidak. Airnya jernih. Tapi pendek je terusan tu. Ada 2 ekor swan dalamnya dan boat yang yang bawa pelancong meronda canal tersebut.



Memang buat gelaklah. Sampai pun dah lewat selepas melawat Kojima Jeans street. Tepi-tepi terusan ada kedai dan bangunan rumah yang telah di ubah suai menjadi muzium dan kedai makan. Kak Z jenis yang adventures. Bila sampai tempat yang romantik, jadi lain rasanya. Salah Kak Z juga, high expectation. Bagi mereka yang suka keindahan ala-ala Inggeris, rumah tepi terusan dan menikmati teh secawan di restoran berdekatan ...why not. Boleh sahaja datang kemari.


Di sini ada arked untuk membeli cenderahati. Sedikit mahal dari Osaka. Ice Cream yang sedap.  Jalan mudah untuk sampai kesini ialah menaiki train dari Okayama Station ke Kurashiki Station. dari Kurashiki Station Jalan kaki ke kawasan terusan. Kawasan terusan adalah 10-15 minit berjalan kaki dari jalan keluar Kurashiki Station. Jalan utama, Motomachi-dori, mengarah ke selatan dari stesen ke kawasan terusan, tetapi berjalan melalui arked membeli-belah selari lagi senang dan cepat. Pelancong juga boleh mengambil bas ke hentian bas Ohara Bijutsukan (2 minit, 170 yen), yang terletak tepat di sebelah Muzium Ohara.



Kurashiki mempunyai kawasan terusan yang dipelihara yang bermula pada Tempoh Edo (1603-1867), ketika bandar itu berfungsi sebagai pusat pengedaran beras penting. Malah, nama "Kurashiki" boleh diterjemahkan secara kasar sebagai "bandar gudang", yang merujuk kepada gudang di mana beras itu disimpan.



Banyak bekas rumah Kurashiki telah diubah menjadi muzium, butik dan kafe. Muzium Ohara adalah muzium Kurashiki yang paling mengesankan, mempamerkan koleksi karya besar oleh seniman Barat yang terkenal. Kak Z tidak dapat mengambil gambar sebab waktu sampai kesini sudah lewat petang, Since it winter kawasan cepat gelap. Semasa dari stesen keretapi ada 2 cabang salan hendak kesini. Kak Z ambil jalan kanan semasa pergi dan jalan kiri ketika balik.




Jika ada plan untuk datang ke Kurashiki buat itinerary untuk Okayama untuk sehari termasuk Kurashiki. Kak Z hanya pergi ke Kojima Jeans Street dan Kurashiki ketika di Okayama. Ada juga yang datang ke Okayama untuk bermain snow masa winter. Memang cantik Okayama juga da taman dan istana yang cantik masa musim Spring. Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini. It will be my next plan. 

Pengalaman di Jepun ada pahit dan manis. Lebih banyak manis dari pahit. Manis orangnya tapi few days rasa pahit tu ada walaupun sedikit. Mengenai hal penginapan. Kak Z nasihat korang. cari penginapan yang betul-betul untuk  korang menginap. Jangan fikir murah sahaja tapi fikir keselesan dan keselamatan. Kak Z travel dari  Korea ke Tokyo pergi Fuji kemudian ke Kyoto akhir sekali menginap di Osaka, semua Kak Z duduk dorm. Memang best jumpa orang dari negara lain. Tapi menginap di Osaka memang serik. Geng satu dorm pun merasakan pekara yang sama. 

Satu malam pemilik geusthouse masuk tanpa mengetuk pintu ketika kami dalam bilik. Sebab Kak Z berani, Kak Z warning pada dia next time if you want to enter this room please knock the door because we all ladies here. If not i'll will write a bad review about you. Hari pertama sampai, bilik overbook. Jadinya kita lah mangsanya. Guesthouse yang mana? Better Kak Z tidak share namanya.. Sebab I don't create issue to fight with them. My advice for you guys.. cari betul-betul.

Untuk ketika ini cerita Jepun sampai disini. 16 hari travel solo di Jepun. Rasa cukup selamat. Sebelum ke Jepun, travel Korea 10 hari. Balik dari Jepun travel ke Hong Kong. Memang berbeza. Korea dan Jepun wajib sesat dan Hong Kong tidak mudah sesat. Perjalanan Kak Z adalah  research untuk membuat travelog perjalanan solo untuk wanita yang berumur seperti Kak Z iaitu Makcik Backpacker. Insyallah doakan berjaya. Buat sementara waktu ini adalah catatan perjalanan Kak Z ke Jepun. Versi lain catatan perjalanan ke Korea dan Hong Kong dan Hong Kong lagi sebab baru mendapat surat tawaran untuk ke Hong Kong semula. Julai ke Thailand. Insyallah November 2018, Kak Z akan solo road tour ke Portugal, Spain, Adorra dan Monaco. 

Doakan kejayaan projek ini.

Sekian terima kasih.

ok bai

Kurashiki Okayama Kojima JNTO Japan Solo Traveler JR pass Muslim

KEINDAHAN PULAU LANGKAWI DARI CABLE CAR LANGKAWI

$
0
0


LANGKAWI CABLE CAR
(Gambar Hakmilik - bharian.com.my)

Selepas travel around the world balik ke Malaysia Impian Kak Z hendak ke Pulau Langkawi. Kawan-kawan Kak Z gelakkan Kak Z, satu dunia dah jelajah, tapi Langkawi belum sampai. Azam ialah menjejak Gunung Mat Cincang dengan cable car. Sebelum ini, Kak Z memang tiada impian untuk menaiki cable car kerana gayat. Tempat yang tinggi seperti Gunung Mat Cincang juga mungkin Kak Z.  tidak akan sampai. Tetapi selepas menaiki cable car di Mount Shosha, Himeji dan cable car di Lantau Island, Hong Kong, Kak Z menjadi berani.  Oleh sebab Kak Z naik di Pulau Langkawi. Korang juga boleh google mengenai LANGKAWI CABLE CAR untuk keterangan lanjut. Perjalanan 15 minit untuk naik keatas. Macam-macam perasaan yang akan timbul. Tengok bawah pun takut. Tetapi bila keadaan sudah selesa baru Kak Z mampu melihat kehadapan dan ke bawah. Memang cantik sebab di bawah ada hutan hujan tropika yang cantik dan pemandang sekliling kearah laut dan hutan. Keadaan ini tidak sama  semasa di Jepun dan Hong Kong. Dalam hati tidak berhenti berdoa jangan takut. Tetapi kecantikan persekitaran menutup segala rasa takut.

Apa ada di Langkawi?

1.Cable Car Langkawi 

Cable car Langkawi untuk sampai ke puncak adalah selama 15 minit. Dalam perjalanan menaiki gunung ke puncak gunung Mat Cincang, kita akan melihat pemandangan ke hutan hujan, pulau kecil dan air terjun Langkawi. 

2.Langkawi Sky Bridge 



SKY BRIDGE LANGKAWI
(Gambar Hakmilik - mstar.com.my)

Langkawi Sky Bridge adalah jambatan pejalan kaki yang melengkung sepanjang 125 meter. Kita boleh pemandangan Gunung Mat Cincang, Telaga Tujuh dan beberapa pulau kecil yang mengelilingi Langkawi. Terletak 700 meter di atas paras laut, ia hanya boleh di hubungi melalui stesen akhir dari Langkawi Cable Car.

3.Dataran Lang 


DATARAN LANG LANGKAWI
(Gambar Hakmilik - cuti.my)

 Dataran Lang, juga dikenali sebagai Eagle Square, adalah sebuah arca yang menarik 12 meter tinggi helang yang bersedia untuk terbang dipaparkan di atas platform yang tinggi. Menjadi tempat popular untuk melihat feri berlabuh pada waktu petang.


4.Underwater World Langkawi  

Terletak di Pantai Cenang, Underwater World Langkawi menempatkan lebih daripada 500 spesies makhluk laut termasuk anjing laut pelabuhan, penguin rockhopper, seahorses, serta flamingo dan itik mandarin. Salah satu acara utama ialah terowong bawah air sepanjang 15 meter, di mana anda boleh menikmati pemandangan jerung, ikan pari raksasa, dan kura-kura hijau.

5.Taman Hidupan Liar Langkawi & Bird Paradise 

Taman Hidupan Liar Langkawi & Bird Paradise menempatkan lebih daripada 2,500 burung eksotik dari 150 spesies seperti burung kenari, itik, parakeet, burung hantu, helang, toucan, tanduk dan flamingo. 

6.Taman Laut Pulau Payar 


PULAU PAYAR
(Gambar Hakmilik - utusan.com.my)

Taman Laut Pulau Payar adalah tempat yang terkenal untuk snorkeling dan menyelam. Ia adalah kira-kira 45 minit dari Jeti Kuah dan anda boleh mengambil sama ada bot nelayan atau bot laju untuk sampai ke sana. Salah satu ciri-ciri terbaik Taman Laut Pulau Payar ialah Coral Garden, bahagian terpencil yang dipenuhi dengan karang berwarna-warni. Mereka yang ingin meneroka taman itu perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa (memancing dilarang sama sekali) untuk aktiviti snorkeling.

Negeri Kedah bukan hanya ada Pulau Langkawi sahaja. Tetapi banyak tempat menarik yang lain korang boleh kunjungi. Kedah Lebih di kenali negeri jelapang padi. Terletak di utara Malaysia. Kalau korang memandu kereta dari Jitra ke Sungai Petani, kiri dan kanan jalan di penuhi dengan sawah padi. Selama 3 tahun Kak Z tinggal di Sungai Petani, Kedah banyak tempat yang dapat di lawati. Kedah juga terdapat banyak aktiviti dan pusat pelancongan yang kita tidak ketahui. Kak Z sendiri tidak tahu pada mulanya wujud tempat-tempat menarik di Kedah. Bila jiran-jiran Kak Z cerita, barulah kita tahu kewujudan tempat-tempat menarik ini.  Silalahgoogle https://www.traveloka.com /en-my/travel/malaysia/kedah.  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kedah. Dalam  blogpost ini Kak Z akan cerita tempat yang Kak Z pernah pergi untuk korang kunjungi jika datang ke negeri Kedah:-

Antara Tempat Untuk Di lawati

1.Gunung Jerai




KETINGGIAN GUNUNG JERAI DI JERAI RESORT
(Gambar Hakmilik - azurarahman.com)

Gunung Jerai terletak di Gurun, Kedah. Mengambil masa 20-30minit untuk menaiki gunung ini dengan kenderaan. Jika kita melalui lebuhraya PLUS  dari Sungai Petani ke Gurun atau Alor Star ke Gurun kita dapat melihat  gunung ini di selaputi kabus sangat cantik. Dari Pantai Merdeka pun cantik terutama waktu pagi selepas hujan. Udara di atas gunung sejuk dan segar . Ketika Zaman Sriwajaya Gunung Jerai ini adalah petunjuk kepada para pedagang yang datang berdagang dengan Kerajaan Kedah Lama. Oleh sebab itu, dikaki Gunung Jerai memang banyak candi hindu lama. Tinggalan itu masih kelihatan sehingga ke hari ini. Ketinggian iaitu 1,217 meter di atas paras laut dan merupakan puncak tertinggi di Kedah. Gunung Jerai juga sangat popular dengan pendakian tangga Kenari 1000 tahun yang bermula dari  Hutan Rekreasi Titi Hayun. Terdapat juga taman rekrasi yang lain iaitu Hutan Rekreasi Seri Perigi dan Hutan Rekreasi Sungai Teroi terletak di kawasan itu. Gunung Jerai antara tempat kegemaran Kak Z kunjungi. Kalau bermalam di Gunung Jerai Resort. Aktiviti utama ialah berjoging. 

GUNUNG JERAI DARI PANTAI MERDEKA
(Gambar Hakmilik - azurarahman.com)

Dari Puncak kita akan kelihatan sawah padi terbentang luas dari Yan ke Alor Star terutama ketika musim menanam padi dan menuai padi. Di satu bahagian kita dapat melihat Pulau Sumatra dan Pulau Langkawi. Terutama ketika hari cerah. Si sepanjang Selat Melaka akan kelihatan Kapal-kapal besar sedang menyeberangi Selat Melaka. Juga pulau-pulau kecel di persisiran pantai Yan. Dari satu sudut yang lain kita dapat melihat Pulau Pinang dan Pantai Merdeka. 


2.Muzium Candi Lembah Bujang.



CANDI LEMBAH BUJANG
(Gambar Hakmilik - mstar.com.my)

Lembah Bujang di Kedah mempunyai runtuhan purba dan artifak dari tamadun Hindu-Buddha yang hilang. Kawasan arkeologi ini adalah tapak kerajaan Hindu-Budha kuno yang memerintah wilayah ini dari abad ke-4 AD. Lebih dari 50 kuil Hindu dan Buddha atau chandis (atau candi) telah digali dari pelbagai tapak di lembah. Artifak dan peninggalan yang ditemui di kawasan pengalian, sejak abad ke-4, termasuk tembikar tembikar, patung-patung batu ikon Hindu, batu bersurat, alat logam, barang-barang seramik, hiasan, manik-manik dan batu-batu sembahyang. Sejarah Langkasuka dan Sriwijaya banyak berlaku di Lembah Bujang. Lembah Bujang terletak di Daerah Kuala Muda. Kuala Muda ketika zaman Sejarah Kedah Lama, adalah kawasan perdagangan terutama dari India dan Timur Tengah. Mereka menjadikan Gunung Jerai sebagai petunjuk kepada mereka untuk datang ke Kuala Muda. Zaman dulu sekitar Kuala Muda memang banyak candi-candi hindu di bina. Tetapi semenjak kedatang Islam dan pertumbuhan masyarakat di sekeliling Kuala Muda, banyak candi ini telah di roboh . Walaubagaimanapun kesannya masih dapat di lihat di Lembah Bujang. Lembah Bujang terletak di kaki Gunung Jerai. Sebuah muzium khas untuk mempamerkan peninggalan lama sekitar Lembah Bujang. Didalam muzium ini terdapat serpihan pinggang mangkung, tempayan dan duit lama yang telah di gunakan ketika zaman perdagang di Kuala Muda. Usaha mencari kesan sejarah masih di jalankan di Lembah Bujang. Semasa Kak Z masih tinggal Sungai Petani, selalu ke Tanjung Dawai, Kak Z dapat melihat usaha pihak muzium mencari kesan-kesan peninggalan masih di jalankan. Bagaiman bentuk candi di Lembah Bujang? Di sekeliling Muzium ada tinggalan candi yang boleh kita lihat. Ada di antaranya yang telah di pindah dan di bina semua di sekeliling muzium ada juga yang memang itu adalah tempat asalnya. 

3.Segantang Garam



RUMAH RAKIT
(Gambar Hakmilik - azurarahman.com)

Memula dengar segantang garam rasa kelakar pun ada. Sebenarnya itu adalah nama tempat Segantang Garam. Kepada peminat memancing, Segantang Garam adalah tempat yang paling sesuai untuk memancing. Abang Kak Z ada rumah rakit untuk membela ikan di Sungai Kuala Muda. Ini adalah tempat yang selalu kami berkelah. Walaubagaimanapun ini adalah hak persendirian. Korang boleh menyewa chalet terapung di sekitar Segantang Garam, Tangkap Ikan masak boleh terus masak. Ini adalah aktiviti berbaloi bersama kaum keluarga. Kemudahan Chalet ada bilik tidur, bilik air dan tempat memasak. Jadi tidak perlu risau hendak mandi dan tidur kalau menginap di Chalet terapung Segantang Garam.

4.Tanjung Dawai


ARKED TANJUNG DAWAI
(Gambar Hakmilik - orangkedah.com)

Kakak-kakak Kak Z paling suka datang Tanjung Dawai sebab boleh membeli hasilan laut yang di oelh penduduk tempatan. Antaranya ikan bilis, ikan kering dan belacan Kedah. Belacan Kedah sedap buat laksa. Korang tahu atau tidak Tangjung Dawai salah satu tempat pengeluaran ikan bilis. Petang-petang waktu masuk senja, mesti nampak kapal bilis balik dari laut masuk ke Kuala Muda. Sungai Kuala Muda tu Besar tau. Bila kita duduk dari Pantai Merdeka kita akan melihat satu persatu kapal ini masuk. Pada mulanya Kak Z hairan kenapa banyak kapal masuk. Selepas di beritahu oleh abang Kak Z, bahawa itu adalah kapal ikan bilis, rasa teruja. Macam anak ayam masuk reban petang hari. Untuk membeli ikan segar pun boleh kalau korang datang awal pagi atau petang. Tanjung Dawai juga terkenal dengan kedai Makanan laut. Oleh itu pelbagai pilihan kepada mereka yang gemar ikan bakar. 

5.Bisik-Bisik 




BISIK_BISIK SEDANG DI JALANKAN
(Gambar Hakmilik - utusan.com.my)

Bisik-Bisik dalah aktiviti menjual ikan secara berbisik antara penjual dan pembeli. Pasar Bisik-bisik ini terdapat di Kota Kuala Muda. Untung para pembeli jika pandai tawar-menawar. Udang besar, ikan segar dan banyak pilihan. Masa mula-mula Kak Z mengenali pasar bisik-bisk selalu kecewa. Sebab tidak pandai tawar menawar. Bila jiran Kak Z ajar, selepas itu orang kata ‘expert’. Aktiviti ini siapa cepat dia dapat. Pada yang mula datang kesini seelok-eloknya ajar orang tempatan untuk mendapat twaran yang menarik. Pasar Bisik-Bisik  adalah setiap hari di Kota Kuala Muda


ANTARA MAKANAN PILIHAN:-

1.Nasi Ulam 

Di Kelantan nasi ulam di kenali nasi kerabu. Tetapi di Kedah memang di panggil Nasi Ulam. Nasi Ulam adalah hidangan yang unik di mana nasi dicampur dengan sayur-sayuran mentah segar dan bahan istimewa termasuk bunga halia, udang kering, cili padi, timun, buah-buahan dan kelapa parut yang dipanggang. Ia adalah hidangan tradisional yang kebanyakannya dimakan semasa bulan puasa orang Melayu. Nasi ulam ini dihidangkan bersama daging dengan air limau dan gula Melaka.

2.Pulut Inti 


PULUT UDANG
(Gambar Hakmilik - mstar.com.my)

Pulut Inti atau nama lain pulut udang, Di Sungai Petani, Kak Z selalu beli pulut inti di gerai makcik Simpang Tikam Batu – Teluk Wang. 5 keping RM2.00. Inti dalam pulut udang ini ialah kelapa yang di masak dengan cili, serai, bawang dan udang. Kemudian pulut di isikan inti kelapa tadi dan di balut dengan daun pisang. Di bakar atas bara arang. Tempat lain memang jarang kita jumpa. Memang nikmat. 

3.Laksa Kedah 


LAKSA KEDAH
(Gambar Hakmilik - jkkn.com.my)

Laksa kedah memang sedaplah sebab mengunakan ikan segar. Ikan kembung di Kedah adalah ikan segar untuk membuat kuah laksa. Bila di campur dengan belacan Kedah. Lebih-lebih lagi mee laksa yang di buat sendiri. Jika kawan-kawan cerita kedah memang teringat laksa Kedah.

4.Kuih Karas 

KUIH KARAS
(Gambar Hakmilik - kedahnews.com)

Jika korang ke Pekan Rabu, Alor Star kuih karas di jual panas-panas. Korang boleh tengok macam mana dia buat kuih karas tu. Rasa lemak dan manis. Kuih kena goreng dan berbentuk seperti mee hoon

5.Gulai Nangka 

Gulai Nangka dan daging antara makanan tradisi wajib korang cari di Kedah. Kalau kenduri kahwin biasa kita jumpa. Kalau tidak ada, korang boleh makanan di kedai masak kampung. Sebab ini antara makanan yang sedap mengunakan kari cara orang Kedah memasak. Selkain dari nasi kandar

6.Ikan Bakar 

Ikan bakar pergi mana-mana pun orang suka. Sebab Kak Z duduk di Sungai Petani tempat yang best untuk makan ikan bakar ialah Tanjung Dawai. Sebab Tanjung Dawai adalah kawasan nelayan. Banyak pilihan ikan yang di tangkap oleh nelayan sekitar Tanjung Dawai

Sebenarnya banyak lagi tempat yang Kak Z belum terokai lagi di Malaysia bila melihat  UNSEEN MALAYSIA dihttps://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia. Insyallah ada kelapangan Kak Z akan bawa anak-anak untuk mengunjugi tempat-tempat menarik di Malaysia.

Ok bai

TRAVELOG 14: BUKCHON HANOK VILLAGE

$
0
0

BUKCHON HANOK

Baru nak buka cerita pasal Korea. Sebelum ni cerita pasal Jepun. Idea pasal Korea lambat sikit sampai. Di Korea, Kak Z hanya melawat Seoul dan Busan. 10 hari di Korea. Ku impiakan mencari Jo In Sung. Batang hidung pun tak de. Orang Korea tidak seperti orang Jepun. Sedikit kasar. Ramai juga pelancong Malaysia datang ke Seoul.

Pada hari Kak Z ke Bukchon Hanok Village ni, berjalan jumpa orang Malaysia, Macam jumpa sedara mara kat kampung. Dari Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Melaka dan Sarawak.  Meriah saling tegur menegur. Ada juga yang sombong.  Banyak tempat akak pergi kita senyum sebab tahu orang Malaysia, dia paling muka. Tidak apa lah. Seoul selamat untuk solo traveler? Sepanjang disana Kak Z rasa selamat. Bukchon Hanok Village hari ke tiga di Seoul.


PINTU SALAH SATU RUMAH DI BUKCHON H ANOK

Dikelilingi oleh Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung dan Kuil Jongmyo, Kampung Bukchon Hanok adalah rumah kepada beratus-ratus rumah tradisional, yang dipanggil hanok, yang tarikhnya kembali kepada Dinasti Joseon. Nama Bukchon,  diterjemahkan ke "kampung utara", m terletak di utara Seoul, Cheonggyecheon Stream dan Jongno. Hari ini, kebanyakan hanoks ini beroperasi sebagai pusat kebudayaan, rumah tumpangan, restoran dan rumah teh, yang memberikan pengunjung peluang untuk mengalami, belajar dan melibatkan diri dalam budaya Korea tradisional.

Sedikit kecewa ketika datang kesini. Sebab Kak Z expect untuk melihat rumah tradisi lama seperti yang dapat di lihat di Namsan Hanok. Walaupun pun replika, rumah di Namsan Hanok memberi kita gambar lebih jelas mengenai perkampung masa zaman Joseon. Rumah lama Bukchon Hanok kebanyakan telah di ubah suai dan hak milik persendirian. Kita memang tidak boleh masuk untuk melihat keadaan dalamnya.


POKOK BUAH PISANG KAKI MEMANG BANYAK

Kak Z datang kesini Bukchon Hanok bukan untuk melihat atau minum di cafe-cafe dan membeli belah di sekitar penkmapungan tapi mahu melihat rumah tradisi mereka. Apabila Tourism Korea mempamerkan mengenai perkampungan  ini Kak Z teruja dan my target is to come here. Lebih berjalan dalam kampung moden Korea pula bila masuk didalam kampung ini.

Frust itu tidak terasa sangat sebeb sebelum itu Kak Z sudah melawat Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung dan Kuil Jongmyo. Kalau korang tanya Kak Z hendak datang semula ke kampung Bukchon Hanok pastinya tidak. Tidak adventure langsung. 

Nasihat perjalanan Kak Z kepada sesiapa mahu ke Bukchon Hanok. Korang kena naik Subway hingga ke Stesen Anguk. Kemudian korang ke Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung dan Kuil Jongmyo. Sebelah Bukchon Hanok sebelah menyebelah dengan Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung dan Kuil Jongmyo Lepas tu baru korang ke Bukchon Hanok

Tempat yang boleh korang lawat selepas Stesen Anguk → Pusat Kebudayaan Bukchon → Gahoe-dong 11beonji → Bengkel Embroidery Hansangsu → Gahoe Drawing Shop → Muzium Bukchon 'Old Fragrance'→ Rumah Anguk-dong Yun Boseonga → Stesen Anguk.

Ok bai




CERTIFIED PROFESSIONAL TRAINERS' GRADUATION AND GALA DINER

$
0
0

On May 21, 2018 IPMA UK Announces Appointment of K.C. See to Management Board, International Professional Managers Associations (IPMA) UK announces the appointment of K.C. See, The Founder of QuestCorp Global Inc US to the Management Board. The Board is fully impressed with K.C.’s fundamental principles of improving the professionalism and performance of managers in both public and private sector organisations. 

K.C. See is now formally appointed to serve in a Management team as an Asia Pacific Manager with responsibilities to co-ordinate all the activities in the region, seeking enduring collaborative arrangements with various management training providers and Associations in the region who share the same vision. “We are delighted to announce K.C. See in our Management Board, K.C. See is a recognized expert in a strategic portfolio prioritization, and business development, with extensive leadership experience involved in key growth sectors namely education, coaching and mentoring," Mike Wooi says at the 60th Batch Graduation and Gala Dinner of Certified Professional Trainers (CPT) held at Sheraton Hotel Petaling Jaya.



IPMA CEO, Mike Wooi added that he is honoured with the outstanding achievement of QuestCorp Global in providing training to managers, provides training to empower and enhance the competencies of managers via CPT course. K.C. See said that he is thrilled to be joining the Board of IPMA UK and looking forward to being a part of this rapidly growing company with such exciting opportunity to participate and to be part of the process of improving managerial performance and effectiveness in all areas of business, industry and public administration.


IPMA UK’s primary objective, as an International examining, licensing and regulatory professional body, is to improve the key skills required for effective management. Through examination and licensing qualifying scheme IPMA UK strive to create awareness and understanding of new technology and new techniques of management so that the qualified managers have the necessary skills to improve their personal effectiveness for their organisations and also to enable them to have a satisfying and rewarding career in Management.

About the Company: 

QuestCorp Global Inc US is a diversified multinational involved in key growth sectors, namely education, coaching and mentoring, organization strategic development and consultation, property as well as investment. QuestCorp builds communities and improve their performance, productivity and profits. Quest has worked with most major organisation in and across the region. Its various corporate training programmes as well as public seminars serve as valuable platforms, as for one of the programmes Certified Profession Trainer has been exposed to and involved in live training and special engagements.  For more information, please visit our website http://questcorpglobal.com 

QuestCorp Global Inc US K.C. See International Professional Managers Associations (IPMA) UK 

RESEPI PELBAGAI BUN GEBU

$
0
0

Dah bersawang blog ni. Sebab dah lama tak update Kak zbusy sangat lah. Hari ini pun gagah buka blog dan tulis resepi. Ramai yang PM minta resepi roti telajak gebu yang Kak z guna untuk berniaga. Resepi ni adalah asas untuk korang buat pelbagai jenis bun. Kak  Z hanya bagi asas sahaja ye.

Resepi

Bahan A

1kg tepung high protien
200gm gula pasir
3 biji kuning telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh bread improver
1/2 teh bread softener
3 sudu besar susu tepung
11 gm instant yis /1pek instant yis
450gm air sejuk + ais

Bahan B
120gm marjerin

Cara:-
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mix
2. Uli sehingga semua rata
3. Masukkan bahan B dan putar lagi selama 15 minit atau doh kita nampak licin.
4. Akak uli sampai 15 minit. Memang licin
5. Kalau uli pakai tangan buat 250gm adunan sahaja. Kalau tidak lenguh tangan korang untuk dapat doh yang licin
6. Timbang doh 50gm hingga habis. Boleh dapat 40biji
7. Kemudian bulatkan. Cara korang kena tengok.youtube cara gentel doh roti
8. Buat hingga habis. Kemudian bentuk ikut kesukaan korang. Cara pun dalam youtube.
9. Biar doh naik selama 1 1/2 jam atau 2 jam. Bergantung suasana tempat korang buat roti kalau panas 1 1/2jam dah boleh bakar. Kalau sejuk 2 jam.
10. Sebelum bakar .. egg wash.. egg wash adalah untuk sapu atas doh aebelum bakar. Nanti akan jadi berkilat.
11. Suhu atas 200gm dan suhu bawah 190gm. Bergantung kepada oven korang. Korang nampak coklat dan berkilat dah masak lah tu.
12. Makan panas-panas sedap ko.

Cuba resepi ini insyallah menjadi sebab mudah. Kak Z memang banyak resepi roti. Tapi tok guru punya. Ini yang Kak  Z guna setelah  Kak z ubah ikut citarasa sendiri. Ramai suka.

Selamat mencuba

Ok bai

RESEPI MEXICAN BUN YANG MUDAH

$
0
0

Mexican bun selalu mengugat iman Kak Z. Boleh pula macam tu kan. Mana tidaknya bau kopi dan butter pastinya menusuk deria bau kita. Anak-anak kalau lalu tepi bakery shop yang jual mexican bun  pasti request nak roti ni. Sebab tu Kak Z belajar cara membuatnya. Alhamdullilah... sekarang Kak Z dah boleh jual mexican bun ni. Doakan Kak Z mampu buka sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis bun. Amin insyallah..

Untuk resepi bun korang guna resepi yang Kak  Z dah tulis sebelum ni. Ni Kak Z bagi link http://www.azurarahman.com/2018/08/resepi-pelbagai-bun-gebu.html?m=0. Kak Z guna resepi ni sahaja cuba teknik membentuknya Kek Z kena ajar disini. 

Bahan

Doh dari resepi pelbagai bun gebu
250gm butter suhu bilik. Makna sejuk lah jangan beku sangat

Cara membentuk doh

1. Potong butter  kecil-kecil  jadikan 30 biji
2. Simpan dalam peti sejuk biarkan mengeras
3.  Timbang doh 60gm setiap satu dan bulatkan
4. Mengunakan goller canai doh agak untuk isi butter. 
5. Tutup butter rapat seperti kita isi inti-inti lain supaya butter tidak terkeluar nanti
6. Kemudian susun atas dulang pembakar yang perlu jarak dalam 5inci. Sebab nanti icing atas roti akan cair.
7. Biarkan doh kembang yer sehingga 1 1/2jam.
8. Boleh di masuk dalam cawan atau terus atas dulang pembakar. Ikut creativiti korang. Kak z letak atas dulang pembakar terus lagi cantik
9. Sambil tu kita sediakan icing kopi

Icing kopi kak Z guna resepi dalam blog Zalin Zalina lebih mudah dari resepi pernah Kak z belajar. Dan juga mudah di uruskan

Resepi Icing Mexican Bun
Bahan:-

100 gm Butter /marjerin
90 gm  Icing Sugar
2 biji Telur B    
110 gm  Tepung Gandum
2 sudu kecil coffee emalco (ada jual kat kedai bahan bakeri)
1/2 sudu kecil Baking Powder

Cara:-

1. Pukul butter dan icing hingga kembang . Kak Z guna hand mixer je
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi lagi hingga rata
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder pukul lagi hingga rata
4. Akhir sekali masukkan coffee emalco
Kacau guna senduk hingga rata
5. Masukkan adunan dalam piping beg sebab kita akan pipe atas roti
6. Kak Z akan biarkan adunan selama 30 minit untuk menjadi sedikit cair dan mudah dia pipe atas doh roti.


7. Tunggu hingga roti kembang. Korang pipe can adunan kopi secara pusaran.
8. Tutup setengah doh. Nanti adunan kopi akan cair dan mengembang kebawah.
9. Bakar roti hingga menjadi coklat seperti gambar di bawah


Puas hati dapat makan yang gebu sebegini. Anak -anak kak z sekali hadap 5 biji kalau baru keluar oven. Sebab memang sedap. 

Selamat mencuba

Ok bai


JADILAH PEMANDU YANG BERHEMAH

$
0
0
Di Malaysia had laju maksimum lebuhraya ialah 110km/jam. Tapi selalu kita lihat ramai yang memandu lebih dari had yang dibenarkan. Diorang tidak rasa takut ke? Kak Z tekan minyak lebih pun sudah fikir pasal anak-anak. Takut membahayakan diaorang. Melalui kajian, 40% kemalangan di jalan berpunca dari laju. Kemalangan kerana laju selalunya berkesudahan dengan maut. Yang menanggung perasaan sedih ialah mereka yang masih hidup. Pastinya ada anak yang menjadi yatim piatu, ibu bapa kehilangan anak dan suami atau isteri kehilangan pasangan mereka.




Bermain handphone ketika memandu memang menjadi kemarahan Kak Z. Selalu Kak Z jumpa mesti kena hon. Kalau duduk di kawasan kampong, orang tua pandu kereta perlahan bolehlah kita faham. Tapi, kalau orang muda pastinya sambil memandu bermain handphone. Boleh menyusahkan kereta lain di belakang. ¼ kemalangan jalanraya disebabkan bermain handphone lah. Dua minggu lepas tailor Kak Z meninggal sebab accident di Lendu. Penumpang yang ikut serta dalam kereta tu beritahu punca kemalangan disebabkan anak dia bermain handphone ketika memandu. Walhal 2-3 hari sebelum kemalangan Kak Z jumpa untuk ambil baju dari dia. Sihat walafiat, tiba-tiba meninggal. Memang terperanjat! Oleh sebab itu diadakan peraturan jangan bermain Handphone ketika memandu.

 

Gambar di atas adalah patung digunakan untuk mengingatkan supaya pemandu perlu berhati-hati kerana terdapat kerja pembinaan jalan di hadapan. Ini adalah antara peraturan kepada pemandu supaya berhati-hati.  Dalam dunia ini memang perlu peraturan jika tidak orang akan sesuka hati buat keputusan. Mematuhi peraturan had laju, tidak mengunakan handphone, bagi lampu isyarat dan tidak memotong  secara merbahaya adalah untuk mengelak dari berlaku kemalangan. Ini adalah benda asas untuk kita mendapatkan lesen kenderaan . Betul atau tidak? Tapi, ramai yang tidak mengikuti peraturan ini. Haraplah setiap pemandu boleh bertukar attitude menjadi permandu yang berhemah. 


Lagi satu, kalau korang mengantuk atau tidak sihat tolong elakkan daripada memandu, Korang ingat atau tidak masa bulan Ramadhan lepas pasangan suami isteri kemalangan  di Taiping, Perak. Itu adalah saudara Kak Z. Puncanya, beliau mengantuk. Malam sebelum tu dia menguruskan jenazah adik dia yang meninggal. Siang tu, dia terlalu letih tapi dia tetap memandu. Seperti Kak Z kata malang tidak berbau. Selepas pengebumian adiknya, dalam perjalanan pulang dia pula yang terlibat dalam kemalangan maut. 




Last sekali, korang janganlah hanya memandu kereta  tanpa servis kenderaan korang. Kalau kereta Kak Z setiap 5000km, Kak Z akan hantar untuk servis. Kalau tidak  servis kenderaan, memang susah nanti kalau nak memastikan kenderaan korang dalam keadaan yang baik. Kita bawa anak ke hulu ke hilir dengan menaiki kereta. Kak Z memang jaga kereta betul-betul supaya tidak rosak. Sebenarnye, industri insurans banyak memberi manfaat pada semua pemandu di Malaysia tapi Kak Z kesal bila ramai tidak tahu mengenainya.


Insurans Motor kini telah diliberalisasi, bermakna premium insurans atau sumbangan takaful kini mengambil kira profil risiko pemandu dan kenderaan . Misalnya bila Kak Z mempunyai risiko yang lebih rendah maka kadar insurans / sumbangan takaful akan turut rendah. Macam ni lah baru adil kepada semua pemandu, korang belajarlah lebih tentangnya dengan melayari website berikut :


#PlayYourRole

“Jadilah pemandu yang mematuhi peraturan jalan raya. Keselamatan anda adalah keselamatan orang lain juga."

MENGHAPUSKAN KESAN JERAGAT DAN JERAWAT HITAM DI MUKA

$
0
0
Jeragat hitam di muka boleh menyebabkan kita rasa hilang keyakinan apabila berhadapan  dengan orang. Terutama Kak z yang berniaga dan menjual Unit Trust. Mesti sasaran utama muka kita yang bertompok. MALU yang nak cakap lah. Macam mana Kak Z dapat jeragat? Kak Z tidak mengunakan sunblock dengan cara yang betul dan masa berniaga putu piring  berada di bawah panas terik.

Selepas Kak Z berhenti berniaga putu piring, Kak Z mula menjaga muka. Kesan jerawat pun banyak sedih. Jerawat ni berpunca mengunakan produk yang salah. Apabila Kak Z berhenti mengunakan produk tersebut hilang semua jerawat yang timbul.

Hari ini Kak Z hendak kongsikan cara Kak Z mengurangkan sedikit demi sedikit jeragat Kak Z. Dalam masa 1 bulan jeragat kak z berkurangan. Note: jeragat tidak boleh hilang sepenuhnya cuma kita boleh kurangkan sahaja dan mengelak dari timbul lagi. Cara Kak Z adalah plug and play..mana yang sesuai dan tidak menimbulkan masalah lain Kak Z gunakan.

PENJAGAAN WAKTU MALAM

1. Sabun Marine Essance

Sabun Marine Essance ini adalah jenama Hai O sabun yang bagus. Bukan hanya untuk menghilangkan jerawat atau jeragat tapi untuk badan yang menghadapi masalah kulit. Contoh gatal-gatal. Caranya ialah Kak Z akan potong sabun ini kepada 6. Jimat sikit lah. Boleh tahan untuk sebulan.  Ambil 1 bahagian sahaja setiap kali digunakan. 
1.Kak z akan ambil letak di tangan dengan air biarkan dia berbuih.
2. Sapukan di mukakan dan biarkan selamat 20 minit
3. Bila dengan air biasa dah cukup.
4. Lap muka biar kering
5. Cadangan pengunaan 3 kali sehari untuk lebih berkesan

2. Toner Luminous Pearl


Toner Luminous Pearl dari Cosmoderm. Banyak toner yang Kak Z guna ini yang bagus untuk kulit muka Kak Z. Lembut muka lepas tepek benda ni di muka. Toner ini akan menutup pori-pori kita yang dan terbuka luas tanpa kita sedar. Umur Kak Z dah 46 tahun banyak merenggang awak.. jadi kena lah tutup lubang-lubang bekas jerawat tu supaya licin muka. Betul tak? Korang boleh je guna toner yang sesuai untuk korang janji toner. Tapi Kak Z recommend yang ini lah. Memang bagus. 
Cara guna
1. Selepas bilas dengan air bersih keringkan muka dari air
2. Titikkan 2 titik toner atas tapak tangan yang bersih dan sapu di seluruh muka. Pastikan tangan bersih. Atau gunakan kapas muka. Kak z guna tangan sahaja
3. Biarkan kering sekejap baru sapu cream yang lain

3. Brightening Night Serum


Night serum dari Cosmoderm banyak keistimewaan. Kak z berhenti mengunakan night serum ini selama setahun. Habis kusam muka Kak Z. Kak Z gunakan semula alhamdullilah muka Kak Z nampak ceria dan cerah semula. Ramai juga yang tegur.  Alhamdullilah berkesan. Kak Z cukup takut dengan jerawat pasir dan jerawat macam bisul. Sebab kulit Kak Z memang sensitif dengan kebanyakan produk. Kak Z cuba produk lain. Nangis jerawat tumbuh melata atas muka.Masalah hormon pun punca ialah dah berusia. Tapi bila guna serum ni dah tak de jerawat yang tumbuh. Seronok awak. Muka kita dah elok..cara mengunakannya
1. Selepas pengunaan toner gunakan serum ini. 
2. Picit 2 kali kemudian sapu di muka
3. Ratakan di seluruh muka dan pangkal leher.
4. Hanya digunakan waktu malam
5. 2 hari guna 1 hari tidak. Tujuan untuk pembaik pulih secara semulajadi.

4. Dark Sport Corrector


Dark sport corrector ni akan menghilangkan kesan hitam je akibat jeragat dan jerawat. Bahan dalam cream ini hanyalah dari bahan buah-buahan. Tiada hydroquinon. Oleh itu yang risau kesan sampingan. Cara memgunakan cream ini.
1. Selepas meratakan serum di muka sapukan cream ini
2. Picit  hanya sekali atau 2 kali tengok berapa banyak kesan jerawat korang. Kak a ada jeragat dan jerawat. Oleh itu tekan 2 kali. Sapu pada jeragat dan kesan jerawat.
3. Sapu secara bulatan dalam 30 saat.
4. Lepas sapu boleh lah tidur

PENJAGAAN WAKTU SIANG

1.SABUN
2. TONER
3. Vitamin E Cream
Kak Z telah mula mengunakan moisturiser dari seawal 18 tahun wajib pakai sebelum keluar rumah. Bagi mengelak kulit yang kering. Macam-macam produk kak z dah guna. Sekarang Kak Z guna Vit E Cream Cosmoderm. Ini yang paling sesuai. Tidak ada masalah jerawat tumbuh. Sebab ada produk moisturiser yang berminyak dan tidak balance PH nya hingga menyebabkan kita berjerawat. Berdasarkan pengalaman kak z lah.. daku dah terkena. Konon mahal lagi elok tapi hampeh..hii. Sekarang kak z guna ini. Formulasi Cosmoderm ini adalah seorang wanita yang memahami kehendak wanita. Jadi dia tahu bahan yang sesuai untuk wanita. Oleh itu memang sesuai untuk kita. Cara pengunaan selepas bersihkan muka dan apply toner gunakan moisturiser ini dengan sapi di seluruh muka.

4. Sunblock SPf 50 Biore UV

Sebelum ini kak z guna sunblock SPF 50 Biore UV, kak z guna sunblock cosmoderm. Tapi tidak sesuai. Korang boleh guna yang mana sesuai untuk muka korang. Tak semestinya Biore UV. Tapi wajib spf 50 dan uv protect. Orang asia bahagian selatan lebih terdedah kepada sinaran matahari. Jadi perlindungan adalah lebih. Ada 1 produk memang elok tapi mahal. Kak Z lupa nama produk tersebut. Cara pengunaan ialah selepas 3 dia atas sapukan sunblock kat muka..lepas itu pakai bedak. Kak z tak suka pakai bedak. Semenjak kulit muka dah elok semula i lioke nature face. 

Pengalaman kak z dalam produk penjagaan muka macam. Dari mahal ke murah. Kita kena tahu setiap produk kita guna. Jalan salah akan memberi kesan yang lebih teruk. Belajar dan kaji yer adik-adik

Untuk membeli produk ini boleh PM kak z di
Ok bai
Viewing all 450 articles
Browse latest View live