Quantcast
Channel: Cerita Kak Z
Viewing all 450 articles
Browse latest View live

KUIH KERIA SIRA GULA PUTIH

$
0
0



Kak Z mula suka makan kuih keria ni bila dah tua. Sebab makan yang kawan Kak Z buat. Nama dia Sarina Ahmad. Dia lah kawan yang sangat baik. KAwan Susah dan senang. Kami lost contact sebab dia terlalu busy menguruskan kehidupan di kota yang sibuk Kuala Lumpur. Kak Z cuba cari call tapi nombor talipon beliau telah bertukar. Mana mau cari ini nyonya lor. Suatu hari kalau Kak Z free hendak cari dia di Pasar Semenyih. Katanya dia da berniaga pisang di situ. Dia ibu tunggal yang sangat gigih membesarkan anak serami 5 orang.

Bila makan Kak Z pelik kenapa kuih dia luar garang dalam penuh keledek. Selalu kalau kita beli akan rasa banyak tepung betul tak? Anak saudara Kak Z puji mak sedara dia. Kuih Keria Makcu lebih sedap dari kuih keria antarabangsa tu...hiii. Betul atau tidak wallahualam.. Walaupun Kak Z duduk di Melaka belum lagi berkesempatan untuk mencuba Kuih keria yang viral tu. Nanti kita yer.

Apa pun Kak Z share resepi yang kawan Kak Z ajar. Kak Z membuat sukatan supaya korang boleh buat secara accurate. Mudah. Selamat mencuba UOLS..

Bahan Doh:-

500gm ubi keledek putih
100gm tepung ubi
50gm tepung gandum
secubit garam

Cara:-

1. Ubi keledek pilih yang kecil cepat empok
2. Buang kulit dan rebus
3. Rebus jangan terlalu lama agak dah empok angkat dan tapis air
4. Lenyek kan ubi tadi dan biarkan sejuk sedikit..
5. masukkan tepung ubi, gandum dan garam
6. Uli hingga rata... jangan tambah tepung kalau lembik biarkan sebentar dia akan keras
7. kepalkan bulat-bulatdan buat seperti roda atau ring hingga habis
8. Goreng dengan api perlahan dan minyak tidak terlalu panas
9. Pusingkan perlahan supaya tidak hancus
10. Goreng hingga coklat dan garing
11. Angkat dan tapis minyak



Bahan Gula untuk Sira

1/2 cawan air
2 cawan gula pasir

cara:-
1. Panaskan air hingga mendidih didalam kuali
2. Gunakan kuali supaya mudah untuk kacau keria nanti
3. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut
4. Kacau lagi supaya gula jadi karemal dan keperangan
5. Masukkan keria dan tutup api
6. Kacau keria tadi sehingga gula jadi keras
7. Jangan kacau atas dapur.. kalau boleh tempat bersimen supaya gula cepat keras
8. Kacau rata hingga semua keria disalut gula

selamat mencuba




Ok bai

JANGAN AMBIL GAMBAR ORANG SAKIT DAN SHARE

$
0
0
Kadang-kadang kita tidak perasan ambil gambar orang sakit boleh membuka aib pesakit tersebut. Niat kita baik utk memohon doa agar persakit sembuh. Tapi niat kita tu boleh menjurus ke arah lain

Contohnya kita tidak sensitive kepada aurat pesakit. Ambil gambar pesakit tidak memakai baju. Kemudian korang siarkan kedalam FB atau IG. Satu dunia akan melihat gambar tersebut. Silap hari bulan ada pula yang share.

Kak Z pesan pada anak-anak dan saudara mara, tolong jangan ambil gambar Kak Z terlantar atas katil. Kak Z maybe tidak sedar keadaan Kak Z masa tu. Betul tak? Memang kita mahu bersangkat baik. Tapi aurat dan aib Kak Z akan terdedah.

Mohon doa sudah cukup. Tidak perlu gambar dan mohon doa. Even kalau kita mati pun ada orang duk sibuk viral gambar tersebut. Konon nak jadi penyiar pertama.

Sekian

Ok bai

TANAH BERTUAN TAPI DIBIARKAN SEMAK HINGGA MERBAHAYAKAN JIRAN

$
0
0



Sudah 2 kali rumah Kak z di masuki anak ular. Pagi tadi nampak mak ular. Takut juga. Harap-harap tidak masuk rumah. Sejak ular masuk rumah tidur malam jadi tidak lena. Bukan itu sahaja, sekarang musim angin dan hujan pokok ara belakang rumah yang jaraknya hanya 10 meter dengan rumah Kak Z.

Pokok ara tu sangat besar dan tinggi. Kalau rebah atas rumah Kak Z , ranap orang kata. Dulu bila hujan dan ribut, berdoa pada Allah jangan pokok-pokok keliling rumah ni rebah ke rumah Kak Z. Kawasan mana? Kampung Kak z ialah Kg Seri Terubuk, Masjid Tanah, Melaka



Kalau korang datang rumah Kak Z baru korang tahu apa yang Kak Z rasa. Jiran-jiran Kak Z tidak mahu membersihkan tanah kawasan mereka. Tuan tanah ada tapi tidak mahu mengemaskan tanah mereka. Bukan menjadim kerisauan Kak Z, kakak Kak Z, mak saudara dan sepupu yang berada di kawasan semak ini juga risau. Rumah Kak Z lah yang paling dekat.



Bukan orang lain pun saudara mara juga. Tapi duduk di luar kawasan Mak saudara Kak Z pernah beritahu supaya mengemaskan kawasan yang semak tersebut. Tapi jawapannya memang sakit hati kalau korang dengar lah. Ada sebelah tanah orang tersebut tanah sedara Kak Z juga. Kak Z pernah minta dia membersih kawasan beliau.. hampa dengan jawapan beliau.. Mudah sahajanya .."biarkan lah".

Diaorag tidak rasa kita yang duduk kawasan tersebut yang rasa apa terjadi. Sudah di beritahu secara baik. Kak Z faham..may be diaorang duduk jauh. Masih boleh bersabar. Hanya mengadu pada Kakak kak Z takut ular masuk rumah sebab kawasan yang semak tersebut.



Sekarang betul-betul keadaan terjadi. Kak Z risau kan anak-anak. Jangan sampai ada yang dah mati, rumah dah roboh dan ada yang cedera parah baru ada yang nampak. Kalau hendak harapkan Kak Z dan anak-anak kemaskan sekali atau dua kali boleh lah. Anak-anak Kak Z lagi lah sekarang sibuk dengan hal sekolah. Mana mungkin boleh selalu nak bantu. Kawasan sendiri pun sudah cukup besar untuk Kak Z handle.

Ada orang beri cadangan supaya mengupah orang membersihkan kawasan tersebut. Mana mungkin Kak Z mampu. Sekarang sekali upah cecah RM500.00. Ada 2 kawasan wooiii... Kak Z pun orang yang tanggung dek non. Mana mungkin hendak cari RM500.00 tu. Pastinya 2-3 bulan sekali kena bersihkan.



Korang nak tahu tak? Atap rumah Kak Z sekarang ni ada yang bocor sebab monyet bergaduh. Monyet-monyet ini datang dari kawasan semak yang dah jadi hutan tu lah. Pernah juga babi hutan masuk kawasan rumah Kak z. Pernah sekali Kak Z nampak harimau akar. Bila Kak Z orang kata ilusion semata-mata. Cik pontianak pun suka mengilai di belakang tu. Kak Z dan anak-anak sudah lali dan jadi tidak takut dengan bunyi tersebut sebab selalu sangat



Apa yang Kak Z harapkan tuan tanah, pihak berkuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah, Adun Lendu, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan JKKK Kg Seri Terubukbacalah tulisan Kak Z ini.

Bila selalu sangat bersuara orang akan menyampah. Sekarang Kak Z terpaksa ambil jalan penyelesaian bergini. Maybe mulut Kak Z tidak power. Biarlah ayat-ayat di blog boleh di baca dan di fahami setiap orang. Bukan niat Kak Z untuk memalukan sesiapa. Tapi mengharapkan sesuatu yang terbaik. Mohon Maaf Kak Z pinta atas tulisan yang maybe akan menyakit hati orang yang terasa. Saya hanya insan kerdil dan ibu kepada 4 orang anak yang hanya berlindung di rumah peninggalan kedua ibu bapa Kak Z. Tahun depan kitaorang datang raya hokey..peace no war

Ok bai

Tag: MPAG Majlis Perbandaran Alor Gajah Adun Lendu Ahli Parlimen Masjid Tanah  JKKK Kg Seri Terubuk

MELEPAK DI GRAND BEACH RESORT PORT DICKSON

$
0
0



Kali ini tempat percutian Kak Z tidak jauh. 1 jam perjalanan dari rumah. Mana yer? The Grand Beach Resort, Port Dickson. Korang nak tau tak bila last Kak Z duduk di hotel ni. Lama sangat tak ingat. Port Dickson memang terkenal dengan pantai yang cantik di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. Mudah untik datang ke sini dari Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.



Grand Beach Resort menyediakan bilik yang selesa kepada para pengunjungnya. Masa Kak z lepas disini, datang sorang ker. Sebab ada kerja. Cukup relax sebab boleh melihat pantai yang pasirnya memutih.



Pasir di The Grand Beach Resort ni putih lah. Kalau adakan aktiviti pantai seperti bola pantai atau bola tampar pantai syiok. Pasir halus jer. Tidak seperti sesetengah tempat yang kita pergi. Pasir pantai kasar. Sebab itu ramai orang suka datang ke Port Dickson.



Kak Z selalu miss untuk ambil gambar matahari tengelam. Hari tu Kak Z nekad tunggu. Subhanallah..cantik sungguh lah keadaan matahari tenggelam waktu tu. Berkhayal sekejap. Romantiknya suasana ini.



Ada swimming pool yang besar. Kalau budak 4 orang tu datang.. berendam dari pagi sampai ke petanglah nampaknya. Lepas mandi laut masuk kolam.. keluar kolam lapar. Sebelah kolam cafe. Mau taknya seronok kalau datang sini. Ada kolam dewasa dan ada kolam kanak-kanak. Jangan risau ada lifeguard kat tepi kolam untuk menjaga keselamatan kita dan anak-anak...hiii.






Masa kak z datang ada majlis perasmian hotel. Hotel ini telah diambil alih oleh anak syarikat Felda iaitu Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) pada tahun 2014. Majlis ini di rasmikan oleh Pengerusi Kumpulan Felda Y.B Tan Sri Datuk Utama Hakij Mohd Isa Datuk Haji Abdul Samad pada 9hb Disember 2016.



Kalau korang hendak mencari hotel Port Dickson hujung minggu ini boleh hubungi no tel: 06 - 6474090. Jom cuti-cuti Malaysia

Ok bai

JANGAN SUMPAH SERANAH ANAK-ANAK SEBAB MEREKA ADA HATI DAN PERASAAN

$
0
0

Arwah ayah Kak Z memang terkenal dengan garang. Anak-anak semua takut. Dia jarang marah, kalau dia marah orang kata kecut telur..hiii. Taoi walau macam mana dia marah, tidak pernah Kak Z dengar dia menyumpah seranah anak-anak dia.

Sampai sekarang Kak Z ingat pesanan arwah mak dan ayah jangan sumpah seranah anak-anak sebab takut sumpahan tersebutan akan jadi betul-betul pada anak. Contoh bodoh punya anak. Sial punya anak. Kita tidak mahu anak kita bodoh dan sial jadi jangan lah marah begitu. 

Kak Z macam mana punya marah perkataan yang tidak baik cuba kawal. Anak-anak lelaki dah tentu tukarkan mak dia jadi Hulk bila-bila masa. Bersedialah baju koyak rabak.. Hijau mak ko jadinya. Marah tetap marah, rotan tetap rotan. cubit tetap cubit kalau dia orang buat salah. Tapi perkataan tidak elok pastinya Kak Z jauhkan.

Bukan lah Kak Z ni bak sangat, still ada kelemahan. Cuma cuba menjadi rasional. Ada satu kejadian yang Kak Z lalui di depan mata. Mak menyumpah anak dia..hurmmm..Kesian..

Anak Kak Z dapat bantuan baju sekolah. Jadi kami perlu beratur untuk mendapatkan baju tersebut barisan depan kami..kawan satu kelas adik dan ibu dia .Terkejut dengan  perbicaraan dua beranak tu.
Anak dia kata mak baju ni kecil. Mak dia jawap anak dia... hey bodoh ko jangan bising aku tahu nak . buat apa. Kemudian dia ketempat kasut pulak.. hey bodoh cepat aku nak balik. Akhir sekali ke tempat seluar..hey bodoh tadi kenapa ko tak tukar..sial betul bdk ni Budak tu terkebil-kebil tengok mak dia..

Anak-anak pun ada hati dan perasaan. Kak Z kalau lepas marah, akan duduk tanya dan bincang kenapa Kak Z marah dia orang. Apa penjelasaan dia orang dan macam mana hendak selesaikan. Sebab mas akita marah kadang-kadang kita terlupa diri kejap. Kak Z lah tu. Tapi masih bawah kawalan. Tidk mengeluarkan sumpah seranah. Kalau marah pun anak-anak dan sedih. Inikan lagi menyumpaah dia orang

Kesimpulannya, jaga mulut korang setiap kali hendak marah anak. Jangan panggil anak sebarangan contoh bodoh, bangang atau sial. Perbuatan itu mukin tidak dapat di lihat sekarang Kesannya di kemudian hari. 

Sekian

Ok bai



LAKSA IKAN SARDINE YANG SEDAP

$
0
0



Anak-anak Kak Z suka makan Laksa ikan sardine sebab lemak sedikit dari laksa guna ikan segar. Kak Z guna ikan sardine dalam tin. Kak Z guna jenama Ayam brand.

Sekarang ini musim hujan. Bunga kantan kat rumah Kak Z galak sungguh mengeluarkan bunga.. geram tengok dia mengembang. Kalau beli di pasar atau supermarket sebatang cecah harga RM2.50 sebatang. Daun kesum pun banyak. Masak asam pedas pun sudah. Jadi otak belegar-legar hendak makan benda lain. Ternampak ikan sardine . Apa lagi melaksalah kami

Jom Kak Z share buat Laksa ikan sardine

Resepi

Bahan:-
1 pek laksa.. rendam
1 tin ikan  sardine jenama ayam brand
2 biji bawang besar kisar
3 sudu besar cili boh
1L air
Bunga kantan
Daun kesum
6 Asam keping
Garam
Gula

Cara:-
1. Rebus laksa hingga lembut dan tapis air
2. Ramas ikan sardine hingga hancur
3. Campurkan ikan sardine, cili boh dan bawang
4. Masak dengan air dan asam keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan bunga kantan dan daum kesum
7. Biarkan hingga mendidih dan nampak pekat
8. Kalau kurang masam boleh tambah asam keping

Nota:-
1. kemasaman asam keping bergantung kepada jenis asam keping yang kita beli. Jadi anda mungkin boleh tambah atau kurang bagi mendapatkan masam yang anda suka.

2. penyedap laksa ialah belacan. Kak Z tidak mengunakan belacan sebab anak-anak Kak Z alah kepada belacan dan seangkatan belacan. jadi Korang boleh letak belacan besar ibu jari. Ferrrhhh guwa tahu memang tahu sedap.

Korang boleh cuba resepi ini. Ringkas dan sedap. Kalau adik-adik duduk di asrama juga boleh cuba. Mee laksa boleh juga beli yang telah siap tanpa rebus. Korang hanya basuh dan celur dengan air panas. Macam jenis mee laksa dalam pasaran. Kak z guna mee laksa cap harimau..hii.
Akak kan anak rimau..sudah tentu suka rimau

Selamat mencuba
Ok bai

MERANCANG PERCUTIAN JADI MUDAH DENGAN TRAVELOKA

$
0
0



Setiap kali cuti sekolah  mesti rasa macam nak pergi bercuti kan? Tak kiralah sama ada bercuti di dalam mahupun di luar negara. Lebih-lebih lagi bila hujung tahun macam ni. Dalam pemikiran mesti terbayang-bayang tempat percutian yang best-best. Anak-anak Kak Z selalu tanya cuti sekolah kita hendak bercuti kemana. Tapi apa yang selalu menjadi masalahnya bila Kak Z sendiri tak tahu nak pergi bercuti kemana, tak tahu nak plan macam mana dan tak ada idea macam mana nak mulakan perancangan. Bagi yang sudah ada perancangan untuk bercuti pula mesti tengah pening nak memikirkan tempat penginapan semua. Alahai, semakin stress laa pula jadinya kan? Haha. Tapi tak apa, tak perlu risau sebab setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.

PERCUTIAN KE LEGOLAND

Nak tahu cara paling mudah untuk mencari tempat percutian? Meh sini Kak Z share dengan korang. Haaa, masing-masing ada smartphone kan? Jadi, apa kata korang download Traveloka Appuntuk memudahkan korang membuat tempahan mana-mana hotel dan penerbangan yang korang mahu. Adanya aplikasi ni, korang boleh menggunakan TravelokaQuick untuk menempah, membayar dan mendapatkan e-tiket atau baucar hotel korang dalam masa yang sangat singkat. Memang menjimatkan masa! Tambahan lagi, korang tidak perlu cetak e-tiket atau baucer hotel tersebut. Hanya perlu tunjukkan pada aplikasi korang bila korang daftar masuk dan korang juga boleh mengakses e-tiket atau baucer tersebut pada bila-bila masa walaupun korang tak ada internet. Haa, senang kan? Betul tak?

DALAM FLIGHT  AIRASIA KE PENANG
Untuk pengetahuan korang, dekat Traveloka ni ada banyak pilihan untuk menempah lebih 100 hotel di Malaysia, Indonesia, Singapore dan serata dunia dari hotel bajet hingga hotel 5 bintang. Jadi, korang boleh pilih mengikut kemampuan atau bajet percutian korang. Korang juga tak perlu dah pening-pening nak compare kan dengan hotel lain satu persatu sebabnya website ni dah filter and soft siap-siap untuk korang. Nak fikir apa lagi? Dah ada cara yang senang kan. So kita take a chance laa. Inilah masanya untuk korang alami ciri hebat dengan hanya di hujung jari korang pada bila-bila masa dan di mana jua. Acewah! Nak godek-godek aplikasi ni sambil tengah makan pun tak ada masalah tau.

DALAM BUGGY DI LEXIS HIBISCUS

Agak-agak kalau korang malas nak memandu bila pergi bercuti, boleh juga tempah sekali dengan tiket flight. Harganya juga sangat berpatutan dan siap ada promosi potongan harga lagi. Korang boleh terbang menerusi lebih 100 laluan penerbangan yang disediakan oleh pelbagai syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa antaranya adalah seperti MAS, Air Asia, Citilink, Malindo Air dan banyak lagi. Bagi korang yang memang seorang traveller sangat sesuailah dengan aplikasi ni sebabnya mudah untuk korang nak check promosi atau tawaran harga yang diadakan serta boleh menikmati penjimatan yang hebat. Dan yang paling best, no hidden charges. Berapa harga yang korang nampak itulah yang korang perlu bayar.
 
PENANG INTERNATIONAL AIRPORT
Percutian seterusnya, Kak Z rancang nak pergi ke Pantai Cenang, Langkawi sebab katanya pantai ni sangat happening untuk bersantai bersama keluarga dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan lebih-lebih lagi aktiviti sukan air seperti parasailing, jet ski, banana boat dan lain-lain lagi. Kawan-kawan Kak Z kata di pantai ni juga bukan setakat waktu siang saja yang riuh, malah waktu malam pun riuh juga. Banyak kedai-kedai di tepi jalan yang menjual macam-macam benda, makanan, cenderahati, pakaian, barang hiasan dan yang paling best, harga semuanya murah-murah saja. Tempat percutian yang bebas cukai kan memanglah murah sebab tulah tak sabar rasanya nak pergi bercuti ke sana. Hihi.
RAMADA PLAZA HOTEL MELAKA
 Bila dah ada destinasi percutian ni, Kak Z dengan serta-mertanya terus buka Traveloka untuk pilih hotel dan penerbangan mana yang sesuai dengan bajet Kak Z. Sejak ada Traveloka Android/IOS App Kak Z memang lebih suka survey dan tempah dengan aplikasi ni sebab sambil bercuti sambil kita dapat ganjaran. Aish, takkanlah korang tak suka kalau dapat ganjaran kan? Okay korang cepat-cepat pilih destinasi percutian korang pula dengan menggunakan aplikasi ni. Tak payah buka laptop atau komputer pun dah boleh buat tempahan. Jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama, promosi semua dikebas orang. Haha. Have fun korang!

Ok bai

PULUT PANGGANG JUADAH MINUM PETANG

$
0
0


Pulut Panggang mestilah sedap kalau inti cukup rasa manis, masin, lemak dan pedas. Kak Z belajar dari kawan Kak Z. Dia kalau buat beribu biji. Bukan beratus tapi beribu. Kak Z buat yang 15 biji ni pun macam nak patah pinggang. Maknanya mak dah tua nak. Sebab ada permintaan buat lah untuk lepaskan rasa anak tekak. Kalau korang suruh Kak Z buat lagi..ampun beribu ampun..omak tak sanggup.

Meh sini Kak Z ajar macam mana hendak buat pulut panggang. Jadi korang buat sendiri. Senang jer..hii. Rasa malas ko beli jer kat kedai jual kuih. Kalau masa Kak Z duduk Sungai Petani orang panggil pulut panggang ni pulut udang. Yang paling sedap Kak Z beli ialah dekat makcik yang jual ni kedai kat simpang Sungai Pasir - Bukit Apit.. alaaa.. jalan hendak pergi Tikam Batu dari Bukit Kechik. Di ajual 5pcs RM2.00. Murahkan? Tapi itu 2 tahun lepas masa masih di Sungai Petani. Hari ini mungkin harga sudah berubah. Kak Z rasa di Kuala Lumpur mungkin harga RM80-RM1.00.

Hendak membuat pulut panggang ini perlu melalui banyak peringkat. Buat inti, masak pulut, pembungkusan dan memanggang pulut tersebut. Cost juga meningkat, sebab harga barang mentah juga sudah naik. Korang cuba buat mesti korang setuju dengan tulisan kak Z ni.

Kak Z tidak mengunakan udang kerig sebab anak-anak alah kepada udang kering dan belacan. Jadi Kak Z tukar kepada ikan bilis. rasanya sama. Cuma udang kering boleh bikin hidug gatal. Ikan bilis tidak. Dah jom buat

Inti:-

Bahan: - 

1 biji kelapa tua parut
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
50 gm ikan bilis
2 sudu besar cilih boh
1/4  sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak 

Cara:- 

1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus
2. Masukkan ikan bilis jangan kisar terlalu halus
3. Panaskan minyak untuk menumis
4. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau
5. Masukkan cilih boh hingga garing
6. Masukkan serbuk kunyit dan kacau
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
8. Masukkan kelapa dan masak hingga sedikit garinng. Jangan terlalu garing biar lembap sedikit.
9. Biarkan sejuk.

Jom Buat pulut

Bahan untuk pulut

300gm pulut susu
100ml santan
50 ml air
sedikit garam

cara:-
1. Rendam pulut 3 jam
2. Toskan 
3. Tanakkan dengan santan dan air
4. Masukkan garam
5. Api biar kecil supaya pulut tidak hangit di bahagian bawah.
6. Jangan lupa kacau
7. Biarkan pulut masak dengan tutup periuk.
8. Lebih Kurang 20 minit pulut akan masak.
9. Biarkan sejuk


Cara membungkus

bahan:-

Daun pisang secukupnya. 

Cara:-
1. Layukan daun pisang atas api
2. Potong ikut saiz 6 x 6 inci


Ikut cara bawah:-


Letak Pulut atas daun pisang.. pastikan tangan korang berair supaya pulut tidak melekat pada tangan


Letakkan inti atas pulut


Tutup inti dengan pulut


lepas tu korang bulatkan bentuk silinder dan Kak Z guna stapler untuk tutup hujung pulut. Ada ynag mengunakan lidi. Tak de lidi dik..mana nak cari pokok kelapa dah melangit. Jadi cara mudah guna stapler


Kak Z bakar atas hot plate. letak sedikit minyak masak. Macam mengoreng sedikit. Api kecil yer. Kalau tidak hangus. Masak sampai daun pisang tukar coklat. Baru lah dalam tu garing


Selamat mencuba

ok bai


AJAL DI MANA-MANA

$
0
0


Betul orang kata..ajal orang mati kita nampak. Keadaan mereka dan dimana mereka mati. Ajal kita tak tahu. Dimana dan bagaimana. Hari ni Kak Z beli barang di Pasar Tani Pekan Masjid Tanah. Sebelah Station bus Masjid Tanah, Melaka. Tetiba kecoh sebab ada lelaki meninggal. Dari jauh Kak Z nampak mayat lelaki tersebut ada di atas kerusi tempat duduk penumpang. Katanya sejak subuh lagi lelaki tu ada di situ. Orang ramai sedang menunggu polis untuk mengambil mayat tersebut

Pengajaran yang Kak Z dapat. Di mana saja kita berada Allah boleh mengambil nyawa kita. Kita ni hanya pinjaman. Bila tak pasti. Sebab tu Allah rahsiakan tarikh kematian kita. Allah hendakkan kita sentiasa ingatkan dia. Ikut perintah dia. Kita tidak boleh menghakimi perangai orang. Mungkin luaran nampak jahat. Dalaman hanya Allah yang tahu.

Bila fikir senangnya lelaki tadi tu mati. Parking motor lepas tu duduk atas kerusi rebah dan meninggal. Kita macam mana..walhualam.. tunggu bila-bila masa aje Allah boleh ambil nyawa. Apa pun kurang solat jangan tinggal. Redha dan sabar. Insyallah

Ok bai

SERI MUKA JINTAN MANIS

$
0
0


Seri Muka Jintan Manis yang Kak Z akan share resepi ini adalah sesuatu yang menarik. Betul tak? Cukup santan dan gula pasti rasanya lemak berkrim. Aroma daun pandan dan pengukus buluh lagi lagi menaikkan bau seri muka ini. Jintan bukan hanya untuk masakan kari atau masakan pedas. Tapi kalau di jadikan bahan dalam seri muka baru korang tau "kick" nya rasa seri muka ini.



Kak Z mula belajar buat kuih talam ni selepas lahirkan si kembar dengan Makcik Hasma Nor. Dia menulis pelbagai buku resepi dan berpengetahuan luas dalam bidang masakan. Melalui resepi yang Kak Z belajar , Kak Z membuat research dan development untuk sesuatu yang baru dan baik pulih resepi yang Kak Z belajar di internet. Buat dahulu dan baiki kelemahan. Sedap tekak dan elok kejadian baru boleh jual.

Kak Z bukan nak bangga dengan korang. Korang gaduh sana sini sebab tidak mahu share resepi. Berhentilah. Zaman Kak Z buat kuih mana ada google.. yang ada yahoo. Fb dan blog pun tarak. Buku resepi ada. Tapi masalahnya kadang-kadang jadi ..kadang-kadang tidak jadi. Akhirnya kita jadi hulk...hiii

Jintan apa yang Kak Z guna? Kak Z guna jintan manis. Jintan yang kecil. Bukan jintan besar...itu jintan putih. Aroma kedua-dua jintan ni berbeza. Korang jumpa jintan putih lain rasa. Ada korang hawau Kak z. Please jangan. Google yer macam mana ruoa jintan manis


Jintan manis

Kukus buluh? Kukus pau lah. Kak z ada bermacam jenis kukus. Pengukus yang besar. Atau Kak Z guna kuali dan letakkan jaring kemudian penutup. Masalahya pengukus ini akan berwap lebih dan air akan jatuh banyak atas kuih kita hingga kuih berlubang dan berair. Dah tak cantik kejadiannya. Betul tak? Kalau korang pengusaha kuih talam masalah satu tingkat sahaja boleh menalam. Tapi kukus ini boleh hingga 3 tingkat. Pengalaman Kak Z menjual kuih talam quantiti yang banyak..Kak z guna cara ini. Kukus buluh ini juga di kenali dengan kukus pau. Sebab tu bila kukus pau cantik aje kan? Korang kena cari.


Kukus buluh atau kukus pau


Jom buat untuk loyang bersaiz 10 x 10 inci

Bahan-bahan

A. Bawah

500gm beras pulut
200ml santan
100ml air
1 sudu kecil garam
Sehelai daun pandan


Cara

1. Pulut di bersihkan dan rendam sekurang-kurangnya 2 jam tapis
2. Masak atau tanak pulut besama santan, air daun, pandan dan garam dengan api yang kecil hingga masak
3. Periuk perlu ditutup dan sentiasa kacau supaya tidak berkerak
4. Masak masukkan kedalam loyang tekan dan ratakan
5. Letakkan atas pengukus ya g dipanaskan sementara mengadun lapisan atas


Lapisan Atas

20 helai daun pandan
400ml air
300ml santan
4 biji telur (A)
280gm gula
200gm tepung gandum
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh garam


Cara

1. Kisar daun pandan dan jintan dengan air
2. Tapis dapatkan air pandan 400mlm kalau kurang tambah air kalau lebih kena dapat 400ml air juga
3. Pukul telur dan gula dengan senduk atau whisk
4. Masukkan santan, air pandan, tepung dan garam
5. Tapis dan keluar halus
6. Buat teknik double boiler hingga adunan menjadi pekat seperti air yougart bliss dan berkilat
7. Pastikan korang sentiasa kacau supaya tidak berketul
8. Kak z nasihatkan pakai whisk untuk teknik bagi mengelakkan adunan tidak berketul.
9. Masukkan bahan ini diatas pulut dan kukus selama 35-45min
10. Bukak kukus bila masaka dan biarkan sejuk.


Teknik double boiler betul

Nota: teknik double boiler mesti mengunakan cara yang Kak Z tunjukkan di atas. Jangan korang rendamkan bekas yang belah atas tu dalam air panas macam gambar kat bawah. Habis masak tepung korang masak. Tak cantik dan tegang


Teknik double boiler salah

Selamat mencuba

Ok bai

Pic:- credit to google and picture owner. Thank you.

MAIN CHESS .. ADIK MENANG.. ABANG KALAH

$
0
0


Adik, anak Kak Z ni bila masa dia belajar main chess pun tak tahu. Malam tadi dia lawan dengan abang kembar dia. Boleh pula dia menang si abang kalah. Kak Z tengok dari jauh sambil mengadap kerja di komputer. Bila abang kalah boleh bergaduh. Kata adik main tipu. Budak 8 tahun lawan budak 14 tahun. Tetiba budak 14 tahun kalah. Memang dia hangin..haaa. Mak kena duduk tengah tenangkan keadaan.

Kak Z tanya si adik. Adik belajar main chess di mana. Main kat dalam komputer lah. Dulu adik selalu kena tipu dengan Haris. Adik belajar kat komputer. Hurmmm... dia kalau duduk depan komputer senyap jer. Mak mesti tanya.. adik main game ker? Jangan main game kang meletop komputer tu kang.. dia senyum. Ada sekali tengok dia tengah main chess. Abang hakim pun kata adik dia memang pandai main chess. Lepas ni boleh masuk kelab chess sekolah. Nanti kita boleh jalan-jakan satu dunia main chess.. tak zabarnya..

Tapi si adik ni cerdik lain macam. Panjang akal. Mak pun pening. Kalau kita marah dia. Satu hari ni leterkan balik kat kita dengan kesalahan yang kita lakukan. Contohnya satu Kak Z tengok cerita Korea sampai pukul 4.00 pagi. Bangun lambat sikit untuk solat subuh. Kak Z kena leter dengan dia sebab Korea jer. Kak Z selalu bising kat dia asyik kartun jer..solat pun lupa. Akhirnya aku terkena.

Ok bai

KUIH BAKAR TRADISI ORANG MELAKA

$
0
0


Kuih Bakar ada banyak versi. Sebab Kak Z orang Melaka, kuih bakar kami ada rasa rempah. Arwah mak Kak Z dulu adalah pengusaha kuih muih tradisi di kampung kami. Kak Z ingat lagi bila dia masak kuih bakar. Kak Z berumur 5 tahun. Dia membakar cara konservatif. Cara mengunakan kayu api. Ovennya pula ialah mengunakan tin minyak. Zaman dulu minyak di jual mengunakan timbang. Minyak perlu di pam dari tin besar.




Tin tersebut di potong melintang . 1 bahagian atas 1 bahagian bawah. Bahagian bawah di letak batu kecil dan dipanaskan atas kayu api. Bahagian atas di jadikan penutup dan di letak bara sabut kelapa. Sangat tradisi kan? Tapi itu lah oven mak Kak Z.



Dia mengunakan telur itik. Kerana rasa lebih lemak. Orang yang akak duduk tepi oven tu sampai kuih masak. Kak Z lah. Sebab orang laim pergi sekolah. Kak Z jer di rumah. Sabar sungguh arwah mak. Duduk dekat api bawah pokok rambutan. Dia mengunakan acuan bunga 8. Acuan tersebut dibuat dari tembaga. Kak z ada 1. Dari arwah mak. Yang lain guna yang biasa di jual di kedai.



Dari tahun 2006, Kak z buat kuih bakar ni, lama sudah acuan tersebut. Jangan mengumpat kalau nampak acuan ni hangit. Lama dah.. dulu beli RM6.00 di bawah pokok besar Chow Kit Road. Sekarang pasti mahal.

Rasa rempah kuih bakar ini pastinya lain dari yang lain. Ada orang tidak suka rasa rempah tersebut. Dengan resepi inu korang boleh aje keluarkan rempah tersebut. Jadikan nya kuih bakar biasa. Kurang kick lah. Apa pun resepi ini Kak Z guna masa mengusaha kuih muih dulu. Korang boleh cuba

bahan A

300ml air
500gm gula (kalau tak mau manis kurangkan 100gm)
1/4 sudu teh pewarna hijau
secubit garam
(masak bahan ini hingga gila hancur)

bahan B

500 gm tepung gandum
300ml santan
4 biji telur
20 helai daun pandan
400ml air

Bahan C

1 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 batang kulit kayu manis
1/4 sudu teh jintan manis



Cara:-

1. Bakar serai hingga naik bau
2. Bakar kunyit hingga masak
3. Tumbuk kulit kayu manis hingga halus kerana perlu dengan bahan lain dan tidak merosakkan blander
4. Potong serai halus
5. Kisar daun pandan, serai, kunyit, kulit kayu manis dan jintan dengan air hingga halus
6. Tapis perlu mendapatkan air bahan kisar 500ml
7. Bancuh tepung, telur, santan dan air bahan kisar
8. Kemudian blander sampai aduanan jadi halus dan tapis













Proses seterusnya adalah untuk membakar kuih.

Bahan:
Bijan perlu disangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan
Minyak masak secukupnya

Cara:-

1. Panaskan acuan kuih bakar.
2. Ambil 3 sudu besar minyak dan masuk kedalam acuan
3. Biarkan acuan betul-betul panas dan berasap
4. Masukkan adunan 3/4 acuan
5. Taburkan bijan
6. Bakar hingga masak dengan api atas bawah 220c
7. Atau sehingga aduanan sedikit coklat
8. Perlu di pusing adunan dalam oven supaya masak rata.










Nota
1. Kepanasan oven lain.
2. Jika kita ukur air pandan tidak cukup 500ml selepas di tapis boleh tambah air untuk mengenapkan 500ml
3. Jika rasa terlalu manis boleh kurangkan gula 100gm
4. Ingat jangan blander kulit kayu manis yang tidak di hancurkan lagi kerana boleh merosakkan blander anda.

Selamat mencuba

Ok bai

Pic : credit dari Mr google

NAIB JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 16 TAHUN

$
0
0


Tiap petang sepanjang cuti sekolah ni dia pergi main boleh. Setiap Sabtu petang dia kata ada lawan bola di Sekolah Adi Putra. Minta RM2.00 nak beli air katanya. Hari Rabu gigih basuh kasut. Kak Z tengok jer lah.

Lepas tu mengadu kaki kejang. Adik lah tukang urut. Mak dia bagi yoko yoko. Saja diam tak nak tanya. Hari Jumaat di cerita. Esok ada perlawanan besar ni. Hakim dapat masuk final. Patut lah gigih basuh kasut.



Masa duduk di Kedah dulu, dia bermain untuk sekolah dan sampai ke peringkat daerah. Balik sini main juga bola. Tak sangka pula dia masih aktif. Kak Z suka dia masuk acara memanah. Tapi di sekolah dia tak ade aktiviti memanah. Bola pun bola lah Bang Kim. Jangan ke arah lain sudah.

Bukan hanya bola dia ni. Presiden Silat Sekolah Men Keb Ghafar Baba. Atas bawah Kak Z tengok dia. Dia memang rajin. Jarang minta duit. Kerja cari duit sendiri. Ramai yang suka bagi kerja dengan dia. Murah rezeki dia. Alhamdullilah.



Malam tadi dia balik bawa sijil dan piala. Momee, abang naib juara. Dapat RM700.00. Ok lah tu. Bahagi 18 orang..Hiii. Hendak celebrate mandi di Afamosa Water World. Nangis mak.. tanya ada duit tak? Ada sebab orang bagi kerja 3 hari. Bagus lah tu. Gigih anak mak ni. Selalu cakap kat dia. Where ever you go you can survive. Dia tanya nape? Sebab pandai buat kuih koci. Hiii. Sebenarnya ikhtiar hidup yang dia ada menyebabkan mak dia cakap macam tu. Terharu.. mak doakan terbaik untuk awak abang.



Kejohonan yang di sertai ialah Bola Sepak Bawah 16 tahun Piala Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Masjid Tanah 2016. Fuuhhh..UMNO ko..haaa..

Ok bai

MASK MUKA MURAH DAN MENYEGARKAN

$
0
0


Kak Z memang dari dulu suka pakai mask muka. Sama ada beli yang peeling, jenis topeng, tanah liat dan sapu Kak Z cuba. Tapi kebanyakan harga mahal. Murah pun jenis cream sapu di muka kemudian cuci. Masalahnya kemudia bila Kak Z mengalami rasa gatal dan jerawat akan timbul. Hancus muka..

Kak Z suka baca macam mana artis Korea jaga kulit muka mereka. Kadang-kadang tak terfikir otak kita. Kak Z pun cuba sesuai pulak. Seriously muka memang fresh selepas pakai mask tersebut. Dah lah murah dan tidak ada bahan chemical yang boleh menyebabkan kulit gatal. Vietnamese Rice Paper.





Harga hanya RM6.70 di Tesco. Kak Z guna rice paper ni untuk buat popia. Bila artis tu kata dia guna rice paper sebagai mask muka. Apa lagi Kak Z cubalah. Sukanya ..kulit rasa macam baby. Patut lah dia cantik. Dia potong kecil-kecil dan boleh di bawa kemana sahaja kalau dia hendak pakai. Jimat pun ia.. selamat pun ia...jom Kak Z cara mengunakannya.



Bersihkan muka terlebih dahulu



Potong dua..satu atas satu bawah



Rendam dalam air 2 saat



Pakai bahagian dahi dan rata kan seperti di bawah





Bahagian bawah











Ikut cara diatas untuk cara mudah dan ratakan



Biarkan selama15-20min rice paper akan kering





Buka perlahan-lahan sebab sakit sedikit.





Kulit korang rasa segar

Nota: rendam jangan terlalu lama kerana rice paper mudah koyak. Angkat dari air terus pakai jangan tunggu.
Rice paper banyak. Tidak seperti yang kita beli tanya boleh guna 2 kali seminggu. Tapi rice paper boleh guna setiap hari.

DIY begini murah dan selamat.

Selamat mencuba

Ok bai

GULAI KERUTUK AIR TANGAN ORANG MELAKA

$
0
0


Kali pertama makan lauk kerutuk, kakak ipar Kak Z yang buat. Sedap pulak tu. Memenuhi citarasa. Kalau duduk di Kuala Lumpur mana nak cari rempah kerutuk. Sekali tu Adabi keluarkan rempah kerutuk. Best sangat. Kak Z pun buat sendiri. Memang umph... rupanya kerutuk ni ialah kari yang di makan dengan nasi dagang. Mungkin cara Kak Z buat tidak sama dengan orang Kelantan. Apa pun alhamdulilah boleh belajar sesuatu ya g baru.



Rempah kerutuk keluaran Adabi pun hanya sesetangah tempah sahaja di jual. Kak Z jumpa rempah gulai nasi dagang keluaran Tok Mak. Beli di Tesco. Dalam hati kata jadi lah kerutuk. Sebenownya rempah kerutuk tapi nama lain.. Kak Z buat 1/2 daging. Sekejap sahaja habis. Itu pun Kak Z dah modify kasi pedas sikit dan tidak berapa manis. Jom buat

Bahan
1 /2 pek serbuk rempah gulai nasi dagang keluaran Tok Mak
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm halia
1batang serai
2 biji cili kering
1 helai daun pandan
Sedikit daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1/2kg daging lembu potong dadu
200gm santan
100gm kerisik
2 biji kentang
200ml Air asam
Garam dan gula secukup rasa
150ml minyak masak
Air


Cara:-
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2. Tumiskan kayu manis, pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
3. Masukkan daun pandan, serai dan daun kari
4. Cili kering potong 6 masukkan kedalam tumisan untuk tambah pedas sedikit
4. Masukkan bahan kisar dan biarkan naik bau
5. Bancuh serbuk gulai dengan sedikit air dan masukkan kedalam tumisan
6. Kacau supaya tidak hangit dan biar sedikit garing
7. Masukkan daging dan biarkan air daging keluar
8. Masukkan santan dan air asam tambah sedikit air untuk berkuah
9. Biarkan mendidih dan masukkan kerisik garam dan gula
10. Biar daging masak dan masukkan kentang potong 4
11. Biarkan gulai pekat dan tutup api

Nota: Kak z masak kerutuk ini adalah mengikut citarasa Kak Z. Mungkin caranya tidak sama dengan orang Kelantan. Mungkin ada terkurang atau terlebih. Anda boleh mengikut cara yang di ajar di belakang bungkusan rempah ini.

Selamat mencuba

Ok bai

BLUEBERRY CHEESE CUP CAKE

$
0
0



Blueberry cheese cup cake

Anak kawan Kak z hendak bertunang esok. Malas pulak hendak keluar cari bahan untuk buat coklat kek. Buka peti sejuk tinjau apa yang ada. Bahan yang ada ada perfect untuk buat cheese cupcake. Keluar semua bahan biarkan lembut dalam setengah jam. 

Sambil tu Kak Z boleh tengok si adik lawan chess dengan Haris. tergelak pula tengok sebab adik memang abang kalah. Haris kata dia bagi chance kat adik. Hakikatnya adik dia terror main. Next entri Kak Z cerita macam mana dia boleh terror.

Bila bahan sudah lembut. Kita start godek. Tak sampai sejam cupcake siap. Kawan Kak Z mesti suka. Pengemar cheese cake. Siaplah puji aku sampai gunung Kinabalu. Apa pun sedap. Resepi ini adalah resepi lama yang Kak Z olahkan semula. Jom buat..


BAHAN-BAHAN UNTUK BLUEBERRY CHEESE CUPCAKE

Bahan:-
250gm cream cheese - akak guna tartura
125gm gula castor
100gm butter -nak guna selain anchor pun boleh
3 biji telur
1 pek oreo
1/2 sudu teh esen vanilla
Blueberry fruit filling
Cup  secukupnya

Cara:-

1. Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu
2. Masukkan butterndanb pukul lagi
3. Masukkan telur dan esen vanilla
4. Pukul sampai semua bahan rata
5. Susun cawan dalam loyang pembakar
6. Oreo perlu di buang cream putih dan susun dalam cup
7. Isikan bahan cheese tadi 3/4 cawan
8. Bakar dengan suhu 160c atas bawah selama 30min atau masak
9. Bila sejuk letakkan blueberry diatas cake
0. Simpan di dalam petisejuk sebelum makan untuk rasa lebih enak.




Pukul cream cheese dan gula


Pukul hingga gebu

Masukkan telur dan pukul lagi




Susunkan cawannkek dalam tray pembakar dan masukkan biskut oreo




Isikan adunan 3/4 bahagian cawan dan bakar 

Cupcake ini mudah di sediakan dan murah. Jika mahu buat jualan boleh di jual antara RM2.50-RM3.00. 

Anak-anak suka apa sahaja dinamakan cheese dan cheese tartura memang sentiasa ada di dalam peti sejuk. Sebab murah dan senang di dapati

Selamat mencuba

Ok bai

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

$
0
0

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

Hari ini akak menunjukkan cara membuat brownies langkah demi langkah mengunakan resepi kak Azlita Aziz mudah dan cepat. Ini adalah versi copy dan paste. Tapi Kak Z ubah sedikit untuk citarasa anak-anak. Diorang suka coklat. 


Bahan A

250 gm butter  - potong kecil
500 gm coklat masakan -  potong kecil

Cara:-

  1. Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
  2. Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
  3. Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, 
  4. Kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
  5. Biarkan ia sejuk sebentar

Bahan B

90 gm tepung
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu

Cara:-

  1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
  3. Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
  4. * kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.


Bahan C

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Cara:-


  1. Panaskan oven pada suhu 160 C.
  2. Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
  3. Sapukan loyang dengan sedikit butter.
  4. Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  5. Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
  6. Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
  7. Kacau rata.
  8. Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
  9. Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
  • proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
  • Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

  1. Tuangkan adunan ke dalam loyang. dan ratakan.
  2. Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
  3. Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
  4. Potonglah brownies kepada kepingan.
  5. * Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.


Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.



Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.


 Kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar


Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.


Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.


Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.



Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.


Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.


Untuk resepi ini akak mengunakan cooking chocolate jenis Beryl. Di syorkan mengunakan cooking chocolate yang mahal supaya mendapat hasil dan rasa yang sedap. Akak tidak mengunakan kekecang sebab anak-anak tidak mengemari kekacang. Jangan kacau terlalu kuat. Ini mengakibatkan berbuih banayk dan permukaan tidak. Kita akan tertanya kenapa brownies masak tidak keredut seperti yang kita ingin . Biarkan sejuk baru keredut itu timbul. 

Alas kertas dengan grease paper sebab senang hendak mencuci loyang pembakar. jika tidka kena rendam. Brownies sedap di makan dengan ice krim kalau tidak percaya anda harus mencuba.

Nota: cara kal z, suhu pada awal pembakaran perlu rendah 120c. setelah 1/2 jam. selepas itu di naikkan ke 180c  selama 1/2 jam. mengikut suhu oven masing-masing.

selamat mencuba 

ok bai

MEE TARIK GORENG HIDANGAN UNTUK SARAPAN

$
0
0
Sepanjang cuti sekolah ni pilihan sarapan ialah apa yang Kak Z masak di rumah. Sebab kalau makan di luar belanja besar oww.. Belum cukup bulan account dah kering baik masak. Puas hati. Masak pagi boleh makan sampai tengahari. Masak simple jer. Nasi goreng, mee goreng, mee hoon goreng atau kueh teow goreng.
Anak-anak Kak Z kategori pemakan juga. Anak lelaki semua nak membesar.. betul tak semua kuat makan. Kali ini Kak Z masak Mee Tarik goreng. Kak Z beli mee tarik segera. Mana nak mampu tarik tepung pagi-pagi. Kejung mak.

Inilah dia mee tarik tu. Jenama Fat Boi. Kak Z beli masa di MAHA tu hari. Keluaran Life.. alaaa sos KFC tu. Ada 3 jenis mee tarik. Oat, biasa dan labu. Kak Z beli yang Oat dan biasa. Labu kang ada yang berangin dan tak nakan. Baik tak yah
Jom Kak Z share resepi cara buat Mee tarik goreng.
Resepi mudah
1 pek mee tarikh 1 sudu minyak masak
Cara:-
1. Didihkan air dalam periuk dan letakkan minyak masak 2. Masukkan mee tarik dan rebus selama 8 min /ikut arahan belakang plastik bungkusan 3. Cukup 8 minit angkat dan tapis untuk buang air 4. Lalukan air supaya tidak melekat dan ketepikan
Bahan untuk memasak
300gm isi ayam di potong kecil 2 sudu besar cili boh 1 biji bawang besar cincang halus 3 ulas bawang putih cincang halus 5 sudu besar kicap manis Garam secukupnya 2 biji telur 200ml air
Cara:-
1. Tumiskan bawang besar dan putih hingga naik bau 2. Masukkan cili boh dan biarkan garing 3. Masukkan ayam dan kacau ayam hingga masak 4. Masukkan air, kicap dan garam secukupnya. 5. Biarkan mendidih 6. Masukkan mee tarik dan kacau rata. 7. Pecahkan telur atas mee tersebut dan kacau hingga telur masak 8. Boleh di hidangkan
Nota: Kak Z tidak letak sayur kerana anak-anak hanya meminati bunga kubis, dan salad. Jadi bahan tersebut kurang sesuai untuk di masuk kedalam mee tarik goreng. Korang boleh jer masukkan sayur dalam mee korang.

Mee tarik ini juga boleh digunakan untuk mee rebus, sup atau kari. Sedap. Mee tarik jenama ini Kak Z pernah lihat di Tesco dan Aeon. Korang boleh beli di sana.
Selamat mencuba
Ok bai

CONCHIGLIE PASTA BAKED CHEESE

$
0
0

CONCHIGLIE PASTA BAKED CHEESE

Sebelum keluar rumah pagi tadi tanya anak-anak hendak makan apa untuk dinner. Masing-masing menyatakan hasrat dah lama tak makan macaroni cheese. Barang-barang untuk macaroni cheese memang sedia di rumah. Cuma pasta bukan macaroni, Kak Z beli Conchigle pasta. Sejenis pasta juga cuma bentuk seperti cengkerang siput.

Anak-anak memang suka makanan Itali. Ialah membesar di Itali... Mak pun suka masakan Itali. Nasib baik tak kahwin orang Itali. Verangan betul mak ni kan. Jadi masakan Itali pasti akan ada di rumah seminggu sekali. Terutamanya Spagetthi. Senang dan kenyang.. Terutama hari Rabu, Dia orang balik pukul 4 petang selepas kokorikulum. Dah makan disekolah, Kalau masak banyak rugi. Jadi hari rabu adalah hari mudah sama ada pasta atau mee. 


Jangan kata rajinnya mak dia masak. Sebenarnya mak dia lah paliing malas hendak masak. Suka masak simple. CONCHIGLIE BAKED CHEESE senang sahaja untuk di buat. Mengambil masa 45 minit. Kak Z catat masa tersebut sebab mengambil kira Kak Z hendak menulis di blog nanti orang tanya.pasal berapa lama hendak memasak conchigcle pasta? Kak Z beli cconhiglie pasta ini di Tesco. Korang tahu tak  dia Tesco menjual pelbagai jenis pasta yang murah. Pasta sause atau rempah untuk membuat masakan barat dan pasta. Cuma kadang-kadang tidak mempunyai stok. Di bawah Kak Z sertakan sample pasta yang mungkin boleh menjadi rujukan korang.  


Related image

Jenis Pasta - credit pinterest

Jom kita buat janji semua barang siap. Insyallah dalam masa 45min- 1 jam kan siap.  Korang mesti suka. Siap sedia untuk menaikkan berat badan.

Resepi:-

Bahan A

500gm Conchigle
1 tin  sos bolognese Kimball
500gm daging hancur Saudi
1/2 sudu teh garam
2 helai daun bay
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
minyak masak

Cara:-

1. Rebus Conchigle hingga kembang dengan 2 sudu besar minyak
2. Tumis bawang besar dan  putih yang telah di potong halus hingga wangi
3. Masukkan daging dan kacau hingga daging sedikit garing
4, Masukkan daun bay dan sos bolognese
5. Masukkan garam dan biarkan hingga mendidih
6. Tutup api dan masukkan Conchigle 
7. Kacau hingga rata

Bahan B - Sos putih 

500ml susu segar
1 sudu besar  lada hitam
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk basil
3 ulas bawang putih
1/4 sudu teh garam

Cara:-

1. Bawang putih di cincang halus
2. Lada hitam di tumbuk halus
3. Panaskan butter dan tumiskan bawang puth bersama lada hitam hingga naik bau
4. Masukkan tepung gandum dan goreng bersama lada hitam dan bawang putih
5. Campuran akan menjadi pekat dan masukkan susu
6. Korang kena kacau supaya tidka berketul tau bergental
7. Masukkan garam dan biar menjadi pekat

Bahan C

250gm Mozarella Cheese

Proses membakar:-

1. Isikan campuran conchiglie tadi kedalam bekas pembakar
2. Curahkan sos putih seluruh di atas conchiglie
3. Taburkan Cheese dan bakar dengan suhu 200c sehingga kekuningan

Teknik step by step di bawah Kak Z guna semasa membuat macaroni cheese. Caranya sama cuma pasta yang berbeza. 


1.



Semua bahan tersedia

Gaulkan sos bolognese dengan macaroni dan masukkan kedalam bekas pembakar


Tuangkan sos putih sekeliling atas macaroni 



Taburkan cheese dan bakar dengan suhu 200c sehingga kekuningan

Nota:- Daging boleh di ganti dengan ayam atau makanan laut seperti udang dan sotong. Kak Z Suka mengunakan Mozarella kerana lebih lemak dari Cheddar mungkin masin. Cheddar juga tidak sesuai untuk topping kerana mudah hangit.

Selamat mencuba

ok bai





KUIH CHANG @ RICE DUMPLING..DO IT YOURSELF

$
0
0

Kuih  Chang  

Kuih Chang  atau nama Inggeris "Rice Dumpling" adalah makanan orang Cina. Kak Z belajar makan kuih ini dengan arwah mak. Sebenarnya bukan kuih tapi pulut yang di isi  dengan beberapa bahan seperti daging, cendawan dan kekacang. Kita sebagai orang Islam daging mengunakan samada daging lemuh, ayam atau kambing. Untuk yang kaum yang bukan beragama Islam mereka mengunakan daging khinzir. Sebab Kuih Cang ini berasal dari negara China yang di kenali dengan nama Zongzi. Di Malaysia, zongzi dikenali sebagai bakcang, bacang, atau zang (dari Hokkien Cina: 肉粽; Peh-OE-ji: bah-chàng), kerana Hokkien biasanya digunakan di kalangan orang Cina di luar negara.


Kuih Chang berasal dari  China tapi dari wilayah mana Kak Z tidak pasti. Dari pembacaan Kak Z, kuih chang ini selalu di buat sebagai bekal jika mereka pergi mengembara atau berniaga. Kuih chang ini boleh tahan selama seminggu jika berada dalam udara kering. Jika musim memang sesuai untuk makan kuih ini kerana salah satu bahan yang ada dalam kuih ini ialah rempah panas. atau 5 spices. Lepas makan kuih ini memang badan panas. Bahan-bahan dalamnya susah cukup dengan rasa manis, masin dan pedas tanpa perlu ada bahan lain. Kuih Chang ada 2 jenis manis dan pedas. Pilihan Kak Z pedas. Betul tak?


Oleh kerana susah hendak mendapatkan yang halal, Kak Z belajar dengan Mak Intan atau Facebook : Adidah Mak Intan. Itu pun setahun yang lepas ingat-ingat lupa. Hendak beli tidak halal kalau ada jual yang halal pun jauh dan ikut musim. Jadi gagah juga buat sendiri. Ingat-ingat lupa. Google semula car pembungkusannya. Resepi dah ada.. masalah hendak membungkus Kak Z tidak berapa hendak yakin. Cuba gunakan teknik dari blog ini;  http://messywitchen.com/how-to/grandmas-nyonya-chang-rice-dumplings-step-by-step-pictures-on-how-to-wrap-chang/. Jadi tapi tidak secantik masa mula-mula buat dengan cikgu..haaa. Maknanya kena gi jumpa cikgu semula. Hari tu tak khatam sepenuhnya.

Mari lah kita buat mengunakan  mengikut resepi Kak Z. Shooting untuk kuih ini mengambil masa 7 jam dari awal penyediaan hingga siap masak. Jika ada tanya kenapa mahal. Korang tengok bahan-bahan yang di gunakan dan berapa lama masa untuk membuatnya. Kalau Kak Z hendak buat jual. setakat 5 biji minta maaf Kak Z tidak ambil kerana penat dan barang yang mahal memnag tidak berbaloi. Jadi Kak Z share resepi ini untuk korang buat sendiri.



Bahan A:-

500gm daging hancur
2 sudu besar rempah kari daging
Garam secukup rasa
1 sudu besar gula pasir
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
minyak untuk menumis

Cara:-

1. Tumis  bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
2. Masukkan rempah kari dan goreng repah hingga garing sedikit
3. Masukkan daging goreng sampai daging masak
4. Masukkan gula dan gara secukup rasa
5. Masak dan tapiskan daging bag mendapatka minyak dan air dari daging tadi.


Bahan B

1/2 kg pulut - rendam semalaman dan tapis
20 gm udang kering - rendam bagi lembut dan tapis air simpan untuk memasak pulut.
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar rempah panas atau 5 spices
1 batang kulit kayu manis
Garam secukupnya
Gula 1 sudu besar
50ml air
Minyak yang di tapis dari bahan A

Cara:-

1. Tumis mengunakan minyak dari bahan A.
2. Masukkan kulit kayu manis, bawang besar dan bawang putih biar garing
3. Masukkan rempah panas dan kacau sampai naik bau.
4. Masukkan kicap pekat dan sos tiram
5. Masukkan air dan garam
6. Masukkan pulut dan kacau  rata hingga pulut sedikit melekit.
7. Kacau berulang kali jangan dibiarkan supaya tidak berkerak.
8. Angkat dan sejukkan
Bahan C:-

Daun buluh  dan tali mengikat secukupnya - di rendam semalaman
20 biji Cendawan shitake - rendam semalaman, buang pangkalnya dan tapis buang air
100gm Gajus - Rendam 2 jam dan tapis buang air
20 biji Telur Masin - Rebus dan ambil kuning sahaja
Bahan dari B

Cara:-

1. Lap Daun memudahkan proses membungkus
2. Buat seperti kon
i- bahagian pertama masukkan pulut 1/2 bahagian daun
ii- masukkan bahan B sebagai lapisan kedua
iii- masukkan telur masin, gajus dan cendawan
iv- jika rasa cendawan terlalu besar boleh di bahagi 2
v- tutup lapisan atas dengan pulut semula.
3. Ikut cara pembungkusan di bawah langkah demi langkah
4. Rebus selama 2 jam
5. Rebusan biar sama dengan paras ketinggian Chang tadi.
6. Angkat atau tapis kemudian di gantung untuk membuat air supaya tahan lama.

LANGKAH DEMI LANGKAH


 Bahan Untuk Inti Daging


Daging hancur


Rempah kari daging


Garam 


Gula pasir


Bawang besar


Bawang putih


CaraMembuat Inti Daging


Tumis Bawang


Rempah Kari


Masukkan Daging


Masukkan Garam


Masukkan Gula


Penyedian Pulut


Rendam Pulut



Rendam Udang Kering


Sos Tiram dan Kicap Pekat

Image result for 5 spices

5 Spices atau Rempah Panas




Minyak dari tapisan Inti Daging


Tumis bawang merah dan putih


Masukkan 5 spices


Kicap pekat


Sos Tiram


Garam


Masukkan pulut dan kacau hingga sedikit melekit


PROSES MEMBUNGKUS KUIH CHANG



Bahan untuk membungkus


Daun Buluh atau Bamboo Leave


Rebus atau Rendam semalaman hingga lembut



Cendawan Shitake kering


Cendawan Shitake yang telah di rendam semalaman




Gajus yang telah di rendam


Kuning telur masin



Daun di potong hujung


Buat Kon


Isi Pulut 1/2 kon dan inti




Letakkan Telur masin, cendawan dan gajus 


Tutup dengan pulut


tutup







Ikat


DIBAWAH INI ADALAH CARA DARI

CREDIT FOR HER BECAUSE OF THE GREAT TUTORIAL


How To Wrap Nyonya Chang

How To Wrap Nyonya Chang

How To Wrap Nyonya Chang


How To Wrap Nyonya Chang

How To Wrap Nyonya Chang

How To Wrap Nyonya Chang

How To Wrap Nyonya Chang

How To Wrap Nyonya Chang

How To Wrap Nyonya Chang

Nyonya Chang


Nota:-

1. Daun buluh ada di jual di kedai cina. Kadang-kadang bermusim. 
2. Rasa ada mengikut citarasa anda. Kak Z share ada mengikut citarasa Kak Z
3. Boleh mengunakan Ayam atau kambing
4. Jika tidak mahu mengunakan daging hancur. Boleh juga mengunakan daging ayam di carik atau daging di hiris halus. ikut suka
5. 5 spices atau rempah boleh di beli diTesco atau mana-mana supermarket.


Selamat mencuba




Viewing all 450 articles
Browse latest View live